10 July 2012

Istighfar | Untungnya mereka yang selalu beristighfar

-



Assalamu'alaikum, selamat pagi semua ^__^



mari kita mulakan pagi ni dengan istighfar...





Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan, jalan keluar daripada kesempitan, serta memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."(Riwayat Sunan Ibnu Majah).




beruntungnya mereka yang sentiasa mengamalkan istighfar. jom sama-sama kita amalkan dalam kehidupsan seharian. sambil berjalan, memandu, buat kerja, dan lepak2 pun boleh istighfar di dalam hati. semoga diberkati Allah SWT, amin. InsyaAllah...






-

08 July 2012

Hari ni nak realisasikan impian untuk memiliki buku diari hamil ^__^

-



actually dni tak sure hubby ada masa tak nak keluar dengan dni hari ni sebab nampak dia macam busy je... tapi dni harap hari ni sempat la dni nak beli buku yang dni idam-diamkan... at least, boleh buat bahan bacaan sambil baring-baring... lepak-lepak... ada manfaatnya daripada dni duk lepak tengok tv sambil mengunyah. hahaha ;p kalau baca buku, peratusan nak mengunyah tu tipis sket sebab kita pegang buku dan fokus... tengok tv, herpmhhh! kalau 1paket biskut oreo tu sekejap je abis.







dni percaya, ramai yang dah beli buku ini berpuas hati dengan isi kandungannya. dni google pun memang ramai yang cakap best. dat y dni tak sabar nak beli... harap2 dapat la beli :D nak kua petang ni. yeay!



-

06 July 2012

Lampin bayi | Hadiah daripada kawan husband!

-



ALhamdulillah, last week dni & asben dapat hadiah awal daripada kawan sekerja asben, kak Mira namanya... ^___^ usia kandungan baru je 7bulan dah dapat hadiah untuk keperluan baby. syukur sangat... sebab masa tu we ol dah plan nak beli... bila dapat lampin bayi sebagai hadiah, maka kami berdua pun buat keputusan tak nak beli dah kain lampin. sebab kegunaan kain lampin tu pun cuma nak buat lap2 dan balut badan baby je... maklumlah zaman sekarang dah guna lampin pakai buang... lebih mudah dan jimatkan tenaga...






kak Mira hadiahkan baby kain lampin jenama Kiko. 10 helai sepaket. dah cukup untuk kegunaan baby.





tq so much ye kak Mira! ^__^



-

Surah-surah yang dibaca ketika mengandung/hamil

-



ketika sedang hamil/mengandung, seeloknya si ibu memperdengarkan bayinya bacaan ayat suci al-Quran. daripada bagi baby dengar lagu-lagu cinta ke apa, lebih baik bagi baby dengar ayat suci al-Quran. dni dapat rasakan gerakan baby yang aktif ketika dni membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah... paling tidak, kalau tak sempat nak baca al-Quran, amalkan sahaja zikir, selawat dan membaca surah-surah yang dihafal. terutamanya pada waktu-waktu relax macam sebelum tidur. kalau tak dapat tidur, daripada mengelamun, better baca surah2 yang kita ingat. baby pun suka, pahala pun dapat, InsyaALlah lebih diberikatiNya, amin....








antara surah-surah yang selalu dibacakan untuk baby ketika sedang hamil adalah seperti surah di atas. surah yang paling femes orang suruh mom to be baca adalah Surah Maryam dan Surah Yusuf, kan? haa... tapi ada lagi surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. tapi, bukan bermakna kena baca surah-surah ni je. kalau dapat baca semua surah, laaagi bagus ^___^ tambah-tambah pula di bulan Ramadhan. kalaulah dapat habiskan 30juzuk di bulan barakah nanti alangkah indahnya.... InsyaAllah dni akan cuba sedaya upaya khatamkan al-Quran Ramadhan nanti. seingat dni, baru 2x Ramadhan dni khatamkan al-Quran dari juzuk 1-30. kali ni dni nak cuba sekali lagi... korang mesti dah banyak kali kan berjaya khatamkan 30jusuk di bulan Ramadhan? bestnyeee... kena betul-betul istiqamah... bukan senang, kan :')




jom sama-sama kita amalkan baca al-Quran!
:)



-

03 July 2012

Tahun pertama berpuasa bersama suami

-




tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak... tentu ramai yang berkobar-kobar nak berpuasa, kan? dni pun sama... cuma feelingnya lain sket this year..berpuasa + akan beraya di perantauan bersama suami tercinta... tak dapat balik berpuasa dan beraya kat kampung walau sesaat pun. sobsss...




juadah fav untuk bersahur dan berbuka puasa, sup tulang!



dah terbayang menu bersahur + berbuka family. seronoknye bersahur beramai-ramai, kan ^___^ makan menu yang mak masak lak tu. nyummmm... Ramadhan kali ni... dni dengan hubby je... hehe... dan baby inside... hopefully dni dapat gigihkan diri berpuasa. risau sangat sebab musim panas terik kat miri. takut dehidrasi, nanti cepat rasa pening nak pitam bagai terutamanya pada hari bekerja. hari ni dni ingat nak puasa sunat, tapi tak dapat teruskan niat memandangkan semalam rasa tak sedap badan. besok pula ada taklimat untuk Guru KAFA. jadi, tunda next week lah. hehe...



-