19 June 2014

Kereta baru Darwish




Assalamualaikum

hai korang! dah bangun tido? haha... yang tengah baca ni mestilah dah bangun tido kan. pi get ready solat subuh lekaihhh. kat Miri ni dah lama masuk waktu subuh. dekat jam 5pagi lagi subuh kat sini. terkulat-kulat nak bangun subuh kalau tak biasa. bila dah biasa, kat semenanjung pun jadi nak bangun awal. hehe... 






ni nak bercerita mengenai kesukaan anak teruna dini. dia suka sangat dengan mainan kereta dan bas. lori traktor pun ada cuma yang paaaling dia suka adalah kereta dan bas terutamanya kereta kecil-kecil. siap bawak pegi ke mana sahaja tak kira masa. tido pun boleh peluk mainan dia.







terbaru, kereta ni yang dibeli papa darwish. jadi macam penggemar kumpul koleksi kereta dah pula.






bangun tido terus cari kereta dia







hehe... Alhamdulillah anak mama hepi dengan mainan dia. semalam ada beli mainan bas baru untuk darwish. later dni stori eyyy... saja nak abadikan kenangan-kenangan mainan darwish dalam blog mama. nanti darwish dah besar darwish boleh tengok cerita-cerita dia kat sini :') love you sayang!

18 June 2014

Homemade playdoh tanpa guna krim tartar






Assalamualaikum


anak-anak korang suka main plastesin/playdoh? atau korang berkira-kira nak belikan playdoh tapi mahal? haaa... dni ada tips untuk korang. sebenarnya dni berkena nak peli pasir elastik untuk darwish. tapi memandangkan harga dia comel bangat, pastu risau nanti dia telan ke apa, dni batalkan niat suci murni nak belikan dia benda tu.



sori, rupa tak semenggah sebab darwish sebok nak main, mamanya tak dan nak snap gambar cencomei. 



tiba-tiba teringat hari tu ada tengok video homemade playdoh yang selamat untuk si kecil kita main dan andai kata termakan ke tertelan ke tak jadi masalah. lagipun doh yang dibuat ni banyak guna garam, masin! makanya nak mengunyahnya tu macam euwwww masin sangat kot. hahaha... mesti budak-budak luahkan balik kecuali yang suka makan masin-masin keje mengunyah la dia nanti. hehehe....



proses untuk menyiapkan playdoh ni makan masa sekejap je. cuma leceh sikit nak menguli macam nak buat donat. resepinya pun dah ala-ala doh donut cuma tak masukkan yis je. kalau letak yis terus jadi donut kalerful. comey jugak kot kan donat kalerful. hahaha boleh try lepas ni. okay, korang boleh ikut step by step melalui tutorial dalam video ni. senang je. yang penting, ada pelbagai pewarna, tepung gandum, air, dan juga garam jom cekidaut ^___^













 


Alhamdulillah, darwish suka sangat main playdoh ni.





macam-macam bentuk kami dok main. boleh la tahan dua minggu lebih atau sebulan kalau tak terdedah dengan cuaca panas. simpan dalam bekas kedap udara. selamat mencuba! ;)


16 June 2014

Tips bertudung | Bawal Bidang 45' jadi labuh


Assalamualaikum



hai korangggg! korang ada tudung bidang 45' tak? tak kisahlah tudung bawal ke tudung ruffle ke satin ke chiffon ke gojet ke ape ke ke ke ke tak kisahlah ^__^ yang penting bidang 45' atau kecik sikit. ada tips tau nak labuhkan pemakaian tudung tu. boleh jadikan bentuk pemakaian gaya shawl labuh. cantik sangat!





tadaaaaa!!!


lawa betul, kan? nampak labuh, selesa, dan sopan. macam fesyen shawl labuh/wide shawl pun ada. labuh bahagian depan dan belakang. dagu pun boleh cover sama. serious highly recommended kepada korang yang minat nak labuhkan tudung! so, korang jangan buang tau tudung-tudung lama. boleh berikan nafas baru dari segi penggayaannya. kena cara, Insyaa Allah... dapat berikan imej baru untuk gaya tudung korang. selamat mencuba!




p/s: tq kepada si adik manis yang sudi share gambar tips gaya tudung ni. love u!


;)

Resepi apam nasi




Assalamualaikum

ada yang masih belum tidur ke? dni belum lagi. melayan anakanda bangun 'breakfast' dekat jam 1am tadi.biasalah, anakanda dni sekarang terer guna jam united kingdom. haha! saborrr ajelah mamanya. siap amik unpaid leave lagi u olsss. besok ni tatau la cemano buleh pegi kerja ke idok tatau lah. kalau tak dapat pergi terpaksalah suruh kawan take over kelas dni. apapun, resepi tetap nak apdet sementara tunggu anakanda layan upin ipin kat laptop sebelah.





resepi ni dni ambil dari group resepi ringkas. sama je kalau google pun resepi ni juga yang akan digunakan.




Resepi Apam Nasi:
2 cawan nasi *
1 cawan gula *
2 cawan setengah air *

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu setengah yis

___________________


cara membuatnya:

blend semua bahan bertanda *
gaulkan bahan yang dikisar dengan semua bahan lain dalam satu bekas
perap sehingga 3jam
bahagikan beberapa bekas dan gaulkan dengan pewarna
tuang  dalam bekas adunan
kukus sehingga 15-20minit






adunan ni, dni terperap dia sampai 6jam. gara-gara tertidur punya hal. hehehe... sampai melimpah ruah ke atas meja adunannya. kan adunan ber-yis akan mengembang naik. tak pe kalau korang terperap adunan tu lama sikit tak de masalah. cuma kena standby guna bekas tinggi lah. karang, melimpah atas meja satu hal lak nak kena bersihkan. jenuh tau...






hasil dia, Alhamdulillah. sedap... darwish pun suka. selamat mencuba!





10 June 2014

Resepi Cheesekut sedap tanpa bakar







Assalamualaikum, hai korang!





sure kan raaaamai yang suka makan cheesekut dan dah cuba resepinya. mudah, ringkas, cepat, dan sungguh sedap! ada banyak versi cheesekut sebenarnya. resepi asalnya cuma layer cheese + biskut. tapi ramai yang kreatif, ubah sikit sebanyak resepi hingga menghasilkan versi cheesekut yang pelbagai perisa dan deconya ;)


ada yang tambah filling, milo tabur, nestum tabur, neslo tabur, layer nestum, layer milo, layer blueberry, layer strawberry, layer macam-macam lagilah. dni pilih layer nestum + tabur milo. sedap tak terperi. favourite darwish taw ^__^ kemain dia tak sabar nak ngap dan bertambah-tambah dia makan. Alhamdulillah...








Resepinya:
250gm Cream Cheese
sepaket biskut deluxe crackers
6-7sudu susu pekat manis (kalau nak manis tambah lagi)
susu segar/uht untuk celup biskut

-----------------------------------

optional:
nestum/jem/milo untuk lapis
milo untuk tabur




 


cara membuatnya:
1) blend/mixer cream cheese dengan 3-5sudu susu segar dan susu pekat manis
2) celup biskut dengan susu segar sekejap dan angkat susu dalam bekas (letak susu segar dalam mangkuk)
3) sapu cream cheese atas biskut yg disusun
4) tabur nestum/milo/jem atas cream cheese jika mahu
5) ulang no 2-4 sampai habis
6) sejukkan dalam peti 2-4jam dan pastu boleh dihidangkan


siap! ^__^ selamat mencuba