19 December 2019

Selamat tinggal, Titi

Arnab pertama peliharaan Darwish ada dua ekor. Kedua-duanya arnab betina. Pemberian oleh kawan Darwish di Pasti Al-Munawwarah bernama Anis Sofia dalam bulan Mei 2018. Seekor dinamakan Titi dan seekor lagi diberi nama Tutu. Titi berwarna kelabu muda manakala Tutu pula berwarna kelabu gelap. Sebenarnya dah lama Darwish mohon nak bela kucing/ arnab tapi mama dan papanya tak pandai nak jaga. Tambahan pula bila kami balik kampung makan masa sebulan juga. Risau bila ada haiwan peliharaan, nak tinggalkan lama-lama.

Setelah mendapat tips-tips yang meyakinkan oleh mama Anis Sofia, mama Darwish pun bersetuju untuk mengambil dua ekor arnab dari rumahnya. Alhamdulillah, dapat percuma je. Dengan syarat, jaga elok-elok. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak tau.




Maka lepas tu bermulalah episod Darwish dan arnab-arnabnya. Pagi petang siang malam mengadap arnab je kerjanya. Sebelum masuk tidur pun dia jenguk lagi arnab dia. Masa tu, bela arnab depan rumah dalam sangkar. 2minggu lepas tu papa Darwish bersihkan halaman belakang rumah untuk bagi arnab-arnab ni bebas. Letak pallet dengan botol air je dalam sangkar. Nanti pandai-pandai dia masuk makan dan minum sendiri.


.
3hari lepas bagi mereka bebas di belakang rumah, mama dan Darwish pulang ke Kelantan terlebih dahulu sebab masa tu, Sarawak dapat cuti selama sebulan untuk perayaan Gawai + Raya + cuti sekolah. Papa Darwish menyusul 4hari kemudian. Sebelum tinggalkan Titi dan Tutu di belakang rumah, ada mama pesan pada jiran sebelah rumah minta tengok-tengokkan mereka kalau-kalau makanan habis ke air habis ke. Nanti jiran sebelah baling dari pagar rumahnya sayuran untuk mereka makan kalau-kalau makanan mereka habis. Maklumlah sebulan lamanya meninggalkan mereka. Risau juga.



Namun, sekembalinya kami ke Miri, didapati seekor arnab hilang. Tutu yang hilang. Jiran sebelah cakap, beberapa hari sebelum tu ada terhidu bau bangkai. tapi tak lama. dalam 2-3hari je katanya. Mencarilah mama dan papa ke sana sini seluruh pelusuk belakang rumah. Tapi tak ketemu juga. Alhamdulillah, Titi yang dalam gambar-gambar Darwish duk pegang ni selamat sihat walafiat. Nampaklah banyak pokok-pokok di belakang rumah tu dimakan olehnya.



Keesokan harinya papa Darwish mencari lagi di mana hilangnya Tutu. Disebabkan ada nampak kesan cakaran pada kotak polisterin hidroponik papa + ada kesan muntah, papanya tergerak hati nak buka kotak tu. Dan akhirnya... terjawab sudah kehilangan Tutu. Rasanya Tutu mati dalam kotak tu akibat tersedut muncung pam racun yang mungkin disangka botol air. Ada kesan muntah kat luar kotak tu. Maksudnya, Tutu keracunan dan dia tahu dia nak mati, lalu membawa diri ke dalam kotak tu. Huhuuu...



Tinggallah Titi seekor menemani Darwish sampailah 4bulan selepas tu mama Anis Sofia bagi pinjam seekor arnab jantan untuk bagi Titi mengawan. Alhamdulillah, lepas daripada tu, Titi asyik beranak je sampailah kami dah nak pindah pun dia masih ada baby kat dalam lubang. memang sayu sangat nak tinggalkan Titi. Tapi apakandaya, jodoh kami sekeluarga dengan Titi sampai 2 Disember 2019 sahaja.


Selamat tinggal Titi. Banyak kenangan kami sekeluarga dengan Titi. Semoga Titi selamat dan berbahagia dengan tuan baru Titi di Miri. Kami saaaayang Titi. Gambar-gambar ni, lebih kurang seminggu sebelum Titi diserahkan kepada tuan barunya. Gambar kenangan buat tatapan anakanda kesayangan mama, Rayyan Darwish. 

Azyma Care | Clay Body Wash berkesan untuk penyelesaian masalah bau badan



Biasanya kita dengar mengenai kandungan tanah liat dalam produk masker je kan? Selalu jugalah Dini beli masker berasaskan tanah liat. Rasa sejuk je pada kulit, lembap dan bersih. Tapi yang ini berbeza tau! Produk keluaran Azyma Care ni merupakan mandian yang berasaskan tanah liat yang premium jenis Kaolin.

Kaolin Clay / tanah liat kaolin sangat terkenal dengan kemampuan detoksifikasi dan menghilangkan bau pada badan. (Boleh buat carian mengenai Kaolin Clay dengan lebih lanjut). Malah, produk luar negara khususnya banyak menggunakan tanah liat Kaolin bagi produk yang berasaskan tanah liat. Maksudnya, tanah liat jenis Kaolin ni sangatlah bermutu tinggi.



Haaa... yang paling penting, Clay Body Wash dari Azyma Care merupakan produk Muslim tempatan yang diiktiraf Halal oleh Jakim dan diiktiraf oleh GMP, ISO dan US FDA. Keistimewaan Azyma Care Clay Body Wash ini adalah:

  • bebas bahan kimia (paraben, sles, pewarna tiruan)
  • sesuai untuk kegunaan seisi keluarga (2tahun ke atas)
  • sesuai bagi menghilangkan masalah bau badan
  • sesuai bagi merawat kegatalan kulit/ ruam/ jerawat/ kudis/ kuat berpeluh
  • merawat ekzema
  • boleh dijadikan sebagai syampu
  • melembapkan kulit






Dini sendiri dah cuba Clay Body Wash ni. Bila siap mandi je rasa segar dengan haruman citrus dari Azyma Care. 



Sebtol Clay Body Wash berharga RM68 untuk 300ml. Bagi para pembaca sekalian yang berminat untuk mencuba keberkesanan Azyma Care Clay Body Wash bolehlah hubungi no telefon di bawah untuk membuat pesanan. Sekarang ada promosi istimewa tau, belian dua botol mandian ini dengan harga RM100 sahaja. Mahal? Mestilah tidak. Bandingkan harga mandian/ produk lain yang berasaskan Kaolin Clay barulah boleh dapat jawapannya. Selamat mencuba ^___^



Maklumat lanjut hubungi
 +6019 776 0647/ +603 6732 0647

atau layari

Survey Arnab sekitar Pasar Malam Pengkalan Chepa




Sejak pindah dari Miri, Darwish selalu sebut nak cari arnab baru. Nak bela di rumah sewa baru nanti. Mama dah jumpa tempat jual arnab dekat Terengganu tapi Darwish tak sabar-sabar nak tengok arnab kat Kelantan. Jadi mama ajak makcik-makcik dia ke pasar malam  berdekatan. 

 

Sebelum sampai ke pasar malam mama dah pesan banyak kali. Kita nak tengok je arnab tu bukannya nak beli. Kena tunggu balik Terengganu dahulu barulah dapat beli. Nanti nak simpan arnab tu kat mama kalau beli? Dia nampak macam boleh faham. Tapiiiiii.....


Lepas dah jumpa gerai jual pets, nampak je arnab putih tu dia jadi dah tak keruan. Buat muka macam paksa mama beli. Memang tak laaa mama nak beli. Nanti nak bawa balik ke Terengganu dari Kota Bharu ke Kuala Berang tak kuasa nak hadap bau arnab dalam kereta (~___~)  makanya muramlah dia sepanjang balik dari pasar malam tu.



Balik Kuala Berang nanti baru kita beli tau sayang. Mama papa faham nanti Darwish sunyi kalau tak bela arnab. Dah sebati dengan jiwa Darwish bela arnab selama 2tahun di Miri. Nanti kita beli ya ;)


26 November 2019

SUMBANGAN BERJUMLAH RM594,800 | PROGRAM KOMUNITI McDONALD'S BANTU RAKYAT PANTAI TIMUR


Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-k anak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia. YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.






Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.








Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.




Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.






(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).





(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.






(empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.



Latar belakang McDonald’s


McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my



Latar belakang RMHC


RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/


Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.



Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.


“Program Kembali ke Sekolah”


Seramai lebih daripada 1,900 orang kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” pada tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonalds Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonalds Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.





Dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta, Program “Kembali ke Sekolah” 2019 ini merupakan program yang terbesar setakat ini sejak dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu. Melalui program ini, seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020.


Pada tahun 2018, McDonalds Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Manakala pada tahun 2017 pula menyaksikan McDonalds dan RMHC membantu seramai 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.


Pek “Kembali ke Sekolah” yang bakal diagihkan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.



Pada tahun 2018, McDonalD'Ss Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. 


Jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 
atau  layari 

McDonalds Malaysia : www.mcdonalds.com.my
RMHC Malaysia : https://rmhc-malaysia.my/


16 November 2019

PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Assalamualaikum buat pembaca Ilham Dini dot com


Sebagaimana yag kita tahu, ZAKAT merupakan sebahagian daripada Rukun Islam. Terbaru -Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan satu kempen bagi seluruh warga Selangor iaitu Perlaksanaan Kempen Zakat@Family. Jom Dini kongsikan serba sedikit mengenainya.





Pengenalan Zakat@Family

Zakat@Family adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri-ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.  Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.







Kaedah Dan Tanggungjawab


Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk:  
  1. Diri Sendiri 
  2. Pasangan 
  3. Tanggungan 
  4. Individu di bawah jagaan 
  • Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”. 
  • Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.  
  • Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :




Jenis Zakat dan Kategori Harta




Semoga dengan perlaksanaan kempen dan promosi Zakat@Family oleh LZS ini dapat memberikan kefahaman serta kemudahan kepada masyarakat khususnya di Selangor untuk menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. Insya-Allah.


Untuk rujukan dan kupasan yang lebih mendalam berkaitan dengan Zakat@Family bolehlah menonton Video INI atau ke laman Facebook rasmi ZAKAT SELANGOR serta portal rasmi LZS di www.zakatselangor.com.my  Kongsikan info ini untuk hebahan kepada umum berkenaan dengan ZAkat@Family.

Sekian, terima kasih.

14 September 2019

Pantai Peliau, Subis, Miri, Sarawak



Assalamualaikum

Padi minggu yang lepas dni sekeluarga berpeluang menerokai Pantai Peliau yang terletak di kawasan Subis, Miri. Selama 8tahun tinggal Miri, inilah kali pertama kami menjejaki Pantai Peliau. Sebelum ni tidak sedar/ tidak tahu mengenai kewujudannya. Lokasi Pantai Peliau tidak jauh dari Pantai Bungai.




Rancangan awalnya nak ambil angin di Pantai Bungai. Bila dah sampai di Pantai Bungai Darwish lena tidur. Tak sampai hati mama dan papanya nak kejutkan bangun dari tidur. Jadi, kami patah balik dan ternampak signboard ke Pantai Peliau. itulah dalam gambar di atas, dia gosok mata baru bangun tidur. hehehe,...





Pantainya agak bersih, kawasan yang sederhana, tak luas macam Pantai Bungai. Area perkampungan nelayan. Di sana dapat lihat banyak bot nelayan bersidai. 






Sesuai dijadikan lokasi bergambar. 







Ada pondok jeti mini di atas sungai berdekatan. Suasana di sekitar yang redup banyak pokok disekeliling. Seronok duduk di sana ambil angin pantai.




InsyaAllah lain kali boleh ke sini lagi ;)

05 August 2019

Resepi Sambal Bambangan



Assalamualaikum

Hai semua 😊 Hari ni dni nak kongsikan resepi buat sambal bambangan. Buah ni mudah didapati di Sarawak. Semenanjung, dni tak pasti. Sebab dni sendiri tak pernah kenal buah bambangan ni setelah merantau ke Sarawak. Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Entahlah! Hehe...





Buahnya bulat, berkulit tebal. Ada iras bau macam buah Machang. Kat sini juga dipanggil buah Embang. Rasa dia manis, masam, sedap macam makan buah mangga dengan machang. Tapi, cara buka buah ni tak boleh sembarangan tau. Kena betul cara dia. Kalau tak, mau korang termakan kulit dia habisla bibir kena getah lepas tu jadi tebal macam kena injection botox 😆😆😆

Caranya belah 4 sekeliling buah bambangan tu dalam-dalam. Lepas tu kopek keluar kulit tebal dia sampi keluar isi. Kopek sampai habis. Lepas tu parut isi buah bambangan untuk buat sambal.



Resepi sambal bbangan/embang:

Cili besar
Cili padi
Gula
Garam
Belacan

Ikut sukatan ikut suka korang. Tumbuk lumat. Gaulkan dengan parutan buah bambangan/embang. Kalau kurang masin, tambah garam.

Makan bersama nasi dan ikan bakar ke.. daging bakar ke... Ambuyat ke... Sedap!

Selamat mencuba 😘

03 August 2019

Beautea by Safi | Rangkaian pencuci wajah terbaharu dari Safi




Assalamualaikum, hai semua ^____^

Ada nampak tak produk terbaharu daripada Safi? BEAUTEA by Safi. Ianya merupakan rangkaian pencuci wajah yang diformulasi daripada ekstrak teh premium dan bebas alkohol, paraben, SLS/SLES, dan silikon. 






White Tea & Damask Rose merupakan pencuci wajah yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal-kering. Ia mampu mengurangkan/mengecilkan pori wajah dengan efektif. Pencuci wajah ini jenus gel, berharuman teh + bunga ros yang segar.





Apricot Tea pula merupakan skrub pencuci wajah yang diperkaya dengan biji skrub yang mampu membuang sel kulit mati dengan berkesan. disamping itu juga, skrub ini dapat membersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi, kulit wajah kita akan jadi berseri dan warna kulit akan lebih sekata.



Green Tea & Neem sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal dan masalah kulit berjerawat. Ia mampu mengawal pengeluaran sebum terutamanya ketika stress dan kulit terdedah kepada pencemaran alam sekitar.



Black Tea & Black Orchid pula pencuci wajah jenis gel yang mampu menyingkirkan kotoran pada kulit yang sensitif. Rumusan ini berkesan dalam mencegah kulit daripada penuaan.







 Dni pilih Apricot Tea dan juga White Tea & Damask Rose sebab kulit dni jenis kering. Setelah mencuba keduanya, dni rasa sangat best. Boleh bagi 5 bintang. Sebab apa?





  • tekstur skrub yang best. Dapat Rasa skrub ni mencuci dengan berkesan.
  • bau kedua-duanya sangat harum. Semerbak bila kita mencuci. Selesa!
  • dengan pek 150g, boleh tahan untuk penggunaan sehingga 2bulan - jimat
  • rasa lembap pada kulit. efektif.
  • harga juga berpatuttan.



Jadi, bagi kawan-kawan yang nak mencuba pencuci wajah ni boleh layari laman web Watsons http://bit.ly/2JTItHO  atau boleh terus walk in ke Watson untuk dapatkanya. Harga RM23.90 sebelum diskaun. Kalau ada diskaun, lebih kurang RM18.++ tau. So, pandai-pandai korang cari bila ada sale ya. Hehehe...






Maklumat lanjut: Layari laman web rasmi Safi Malaysia


Facebook



#BeauteabySAFI  #premiumteacleansers #safibeautea #safimy #S
afiMalaysia #safi #rm #rushmedia #ilhamdinidotcom #lifestyleblogger #dinireview


Kerang-kerangan


Assalamualaikum, hai semua 
...

Sebenarnya, dni suka sangat ambil gambar. Kadang-kadang rasa nak jadi Photographer pun ada. cuma, bajet tak ada pula nak beli kamera mahal-mahal buat modal. Kihkih... jadilah photographer cabuk. Ini ada beberapa keping gambar hasil karya dni kat tepi laut. Saja nak simpan. Buat kenangan.









Lokasi: Esplanade Luak Miri, Sarawak