16 May 2021

DUA LANGKAH MUDAH UNTUK RAWATAN KULIT KERING DAN BERJERAGAT




Suri rumah ni kerja duk rumah je pun nak kena buat rutin penjagaan kulit muka juga ke? Selalulah juga dengar suri rumah lain tanya soalan macam tu. Sebabnya tak kena keluar ke mana-mana macam wanita lain yang bekerjaya. Takkanlah nak kena sapu itu ini juga pada kulit muka. Rasa malas nak pakai sebab leceh nak kena cuci. Hah, itu jugalah yang Dini pernah rasa pada awalnya. Lama-lama kulit muka Dini jadi kering nampak makin banyak kedutan.


 


Tahu tak? 




Kerosakan kulit muka sebenarnya mudah berlaku walaupun hanya berada di dalam rumah.  Kulit jadi berjeragat sebab selalu terdedah dengan sinaran uv dan juga suhu tinggi seperti di dapur dan haba panas dalam rumah. Cuaca di Malaysia ni so hot you know... 



Skincare Dini di rumah. Nak tanggalkan sebelum solat guna je makeup remover cleaning wipes. 




Bukan itu saja, mengadap handphone dan televisyen lama-lama pun boleh rosakkan kelembapan kulit tau. Ia menyebabkan kulit menghasilkan melanin yang menyebabkan pigment gelap terbentuk. Semakin banyak melanin terhasil semakin banyak berlakunya jeragat. Mulalah kulit nampak kusam.  Kerana itulah kita perlu pakai skincare walaupun hanya berada  di rumah bagi memastikan kelembapan kulit terpelihara. Tak perlu makeup tebal, cukuplah sekadar menyapu pelembap dan sunblock.



Kat rumah pun kena pakai skincare. Biar nampak bermaya dan berseri


Ada juga yang berpendapat, berada dalam bilik berhawa dingin dan bertutup lebih selamat kerana terhalang daripada sinaran matahari. Korang silap sebab apa? Bilik berhawa dingin juga boleh sebabkan kulit bertambah kering. Kulit kering pula boleh menyebabkan masalah kedutan semakin ketara pada kulit. Nampak tua you all! Pendek kata, tak boleh mengelak daripada memakai skincare. 





Dua langkah penting



Orang tua kita dulu-dulu pun jaga kulit muka juga kan walaupun duduk rumah. Cuma, mereka guna cara tradisi seperti menyapu aloe vera, bedak sejuk, tomato, timun, dan sebagainya. Hah, kita di zaman moden ni banyak.produk yang boleh dipakai dengan mudah, tapi nak malas pula. Rugilah! Jadi, Dini cuba sedaya upaya amalkan sapu pelembap setiap hari supaya masalah kulit dapat diatasi dengan hanya dua langkah.







LANGKAH PERTAMA:


Inisiatif kulit kering dengan HANSAEGEE AQUA WHITENING CREAM


Lepas tengok ramai rakan-rakan pakai produk Hansaegee Dini tanya mereka dan mereka syorkan agar Dini gunakan Hansaegee AQUA WHITENING CREAM. Krim ini mampu mengawal kulit berminyak, melembapkan kulit dan mencerah kerana mengandungi Niacinamide yang kaya dengan vitamin B3. Pigmen gelap akan nampak semakin pudar dan terasa kulit lembap dari dalam. Yang bestnya sebab krim ini jenis water based yang sangat sesuai dengan semua jenis kulit. Tak melekit. Paling penting ianya tidak mengandungi paraben dan alkohol.


 


 




 


Cara penggunaan


Cara menggunakannya mudah sahaja. Seeloknya elakkan daripada calit krim menggunakan jari. Ambil guna stick bagi mengelakkan krim rosak. Tapi dah terbiasa guna jari je kan? Maka pastikanlah jari tu bersih terlebih dahulu. Sapu seperti biasa pada seluruh muka sebanyak 2x sehari pagi dan malam. Dap-dap sambil perhatikan titisan air akan terbentuk masa kita tengah dap-dap tu.  Terasa lembut je kulit muka jadinya. Bau krim tu pun menyegarkan. Kalau nak solat, sebelum tu boleh cuci muka dulu dah siap solat nak sapu nipis lagi pun boleh. Berseri-seri kulit jadinya.


(boleh baca dengan lebih lanjut review Dini untuk Aqua Whitening Cream DI SINI)






LANGKAH KEDUA:


Merawat kulit kusam dan berjeragat dengan NANO GOLD CC CREAM SPF50+ PA+++


Part ni paling susah nak rawat sekiranya MALAS. Serius cakap. Bila malas memang tak dapat nak tolong. Jeragat dan kulit kusam tak mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu hari. Kena konsisten. Lama-lama jeragat akan pudar dan masalah kulit dapat diatasi. 



Jadi, marilah kita rajin bersama-sama amalkan sapu krim yang mengandungi perlindungan uv. Dini pula yang nak syorkan pada korang lepas disyorkan oleh kawan-kawan untuk menggunakan GOLD NANO CC CREAM.




Tak perlukan solekan tebal dengan cc cream ni kerana ia boleh buat kulit wajah kita kelihatan bermaya dan berseri. Kulit nampak efek glowing tau. Cc cream ni juga mengandungi Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold yang tinggi antioksida dan menghalang sinar uv dengan berkesan. 




Walaupun CC Cream ni berkesan menghalang sinar uv, tapi.. Kita mesti guna skincare pada setiap hari. Kalau kita rasa kulit dah baik dan menghentikan penggunaan skincare, tak mustahil makin jeragat semakin bertambah. Sebab kulit kita terdedah dengan sinaran uv ni setiap hari. Bukan pakai kadang-kadang. 




Cara menggunakannya:


Ini pun mudah juga. Mula-mula sapukan Aqua Whitening Cream sebagai pelembab lepas tu boleh sapu CC Cream. Untuk di rumah boleh sapu tipis. 





Cuma picitkan Cc Cream ke atas dua belah jari dan titikkan pada wajah kemudian ratakan dengan jari. Tak melekit. Sapu sehingga krim meresap rata dalam kulit. Warna krim ni ikut warna kulit kita jadi tak akan buat kulit muka nampak bercapuk. Natural dan berseri. Bila berpeluh pun maintain je malahan bertambah glowing.














Haa.. itu lah dua langkah mudah cara Dini pulihkan masalah kulit kering yang Dini alami masa malas nak jaga kulit muka dulu. Sangat berkesan. Menyesal sangat dulu fikir tak mengapa tak pakai skincare ketika di rumah. Ingatkan tak keluar bekerja tak apalah tak sapu sebarang skincare rupanya kulit jadi semakin teruk. Kalau korang yang bekerja lagilah kena rajin pakai skincare. 


Tambahan pula Nano Gold CC Cream sangat bagus digunakan bila kita ada aktiviti outdoor. Kulit tak nampak comot dan berminyak. Lepas tu bila makeup, nampak pigmented. Dia beri kesan WOW pada solekan. Sekejap je bersiap tak perlu touch up lama-lama. Nak bersihkan pun mudah juga. 





Sebelum memakai Aqua Whitening Cream


Selepas sapu Aqua Whitening Cream + lip balm, kulit nampak segar bermaya



Selepas memakai Aqua Whitening Cream + Nano Gold CC Cream, lebih cerah kan 😁




Panas lit lit nak angkat kain di jemuran. Mujur dah pakai Krim Aqua dan Nano Gold CC Cream.





 


Tak susah pun, kan? Cuma dua langkah sahaja.




Nak dapatkan produk Hansaegee pun mudah juga. Kat Shopee pun ada. Kalau korang nak dapatkan produk Hansaegee bolehlah ke mana-mana laman rasmi Hansaegee di bawah ya. Jom ber-Hansaegee!








 Website: www.hansaegee.com/shop 

Shopee: Hansaegee Nature

IG page: @hansaegeenature

FB page: HansaegeeNature

Youtube page: HansaegeeNatureMalaysia


 


 















3 comments:

  1. Ada jeragat tu yang tak best hehehee... memang kena rajin rawat muka setiap hati.

    ReplyDelete
  2. nampak sangat beza..ritu ternampak di ig produk ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.