Showing posts with label alahan semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label alahan semasa mengandung. Show all posts

08 March 2012

Tak suka online guna laptop is normal masa pregnancy! yes!

-
-
-
-
sebelum ni Kak Ayu ada bagitahu dni yang ramai sebenarnya blogger yang sedang pregnant, tak ada mood nak online/update blog. mulanya dni rasa macam mood dni ditahap minima je tak ada mood tu. sekali... lepas beberapa minggu hamil, dni rasa semakin malas... hinggakan pernah dalam masa 2minggu berturut-turut dni langsung tak sentuh laptop. kalau blog berupdate pun kes dah autopost sesiap... and publishkan komen tru handphone. memang tak guna laptop langsung...







susulan daripada entry dni tadi, berkenaan dengan tak minat nak online tu dapat lagi satu komen from sis Zie fauzi yang dia pun sama ada rasa macam tak boleh nak ngadap laptop/pc gak... hehe... dan ramai sebenarnya yang jadi cemni... dni pun perasan... so, ianya adalah perkara yang NORMAL! ^__ ^ hehe.. lain la kalau dni sorang je yang alami perkara ni kan.... teman fb pun ada yang cakap dia pun ada rasa cemni.



InsyaAllah... tak lama lagi mood ni akan pulih sebab hal ni berlaku ada peringkat dia.. alahan pun dua - tiga bulan sekali lain-lain... hehe.. jadi dni rasa, tak lama lagi mood bloging dni datang macam biasa... coz, beberapa hari ni pun dni dah rajin guna laptop. tapi belum okay 100% lagi.. macam ditahap 40% gtu je ;p




apapun, dni rasa terharu coz korang tetap juga datang komen kat blog dni walaupun dni 'tak sihat' dalam berblog. temkyu so much :')





-

Ini adalah sebab utama kenapa lemau update blog + blogwalking :)

-
-
-
-
dni kerap mengendap twitter dan juga facebook bukan sebab suka sangat ber-fb dan twit tapi sebab tu je yang dni boleh buat dan senang nak tengok melalui handphone. nak update blog guna henpon, seriously sangat rumit nak masukkan gambar. tak centre dan sebagainye. lainla kalau yang guna galaxy tab ke... ipad ke... iphone ke kan.. senang je nak berblog...



tadi dni ada senaraikan beberapa sikap/perangai/alahan dni masa mengandung kat fb... ekceli ada lagi.. tapi rasa cam nak share yang ni je dulu. hehe... yang lain, dni kongsikan later ya! * heh, ayat macam ado orang nak tahu sangat je ;p *







korang boleh tengok yang dni merahkan tu... tu pasal la susah betul nak update blog apatah lagi nak blogwalking, dni tak suka guna laptop.. kalau on laptop pun dni susah nak menaip entry... kurang minat... sobsss... sian blog ni haaa... kalau bogwalking pun, dni jarang tinggal komen. nak komen cemano, mood menaip tak ado ^__^ hehe...



-

24 February 2012

tidur tak lena...

-
-
-
-
sekarang ni, setiap malam dni mesti terjaga 2-3kali masa tidur. kalau dah terjaga tu, susah nak lelap balik... kalau penat sangat barulah senang sikit nak tido. tapi, bab terjaga tengah-tengah malam tu dah jadi wajib. kena bangun ke toilet juga. perkara biasa bagi orang pregnant ni rasa cepat nak buang air kecil.. tapi mungkin juga faktornya sebab dni gemar minum air... tu pasal la kut. kalau terbangun je, lepas ke toilet, rasa nak minum air. kalau tak minum, macam tak fresh.. tak lena nak tido... minum juga lah separuh cawan. pastu kena bangun p toilet lagi. huhu.. siang hari tak de la kerap sangat rasa cemtu..





jadi, siang hari, dni tak cukup tdo... huhu.. kena ganti tdo juga di siang hari...
pengalaman korang mengandung cemana pulak?



-