Showing posts with label pengalaman mengandung. Show all posts
Showing posts with label pengalaman mengandung. Show all posts

08 August 2012

Pengalaman Braxton Hicks yang mendebarkan | Tanda-tanda nak bersalin





Ya Allah! semalam, hanya Tuhan je yang tahu cemana cemasnye dni... mulanya dni tak rasa panik sangat. cuma apabila perut mengeras lebih 10minit, disertakan dengan gerakan baby yang agak kuat daripada biasa rasa macam... "EHHH! AKU DAH NAK BERSALIN KE????" masa tu jam baru menunjukkan jam 10lebih... hubby dah tidur kepenatan. sebelum dia tidur, dia ada usap-usap perut dan cakap, baby mengeras. time tu dah rasa macam aaaaa abehla kalau mengeras lama-lama. tak selesa nak baring. skali, haaa betul! memang lama!



teruslah dni google tanda-tanda nak bersalin... 50% cakap keluar tanda, 50% cakap tak ada sebarang tanda. cuma ada rasa baby mengeras atau sakit pinggang je... antara tanda2 nak bersalin adalah:

  1. pecah ketuban air/darah
  2. keluar air jernih / air jernih + darah
  3. sakit pinggang
  4. sakit bahagian V
  5. perut mengeras (braxton hicks)
  6. bahagian atas perut terasa kosong, bahagian bawah rasa keras/penuh
  7. kerap buang air kecil
  8. terasa nak membuang / perut memulas
  9. sakit perut
  10. dll



apa yang dni alami sekarang adalah no 4, 5, 6 dan 7 sahaja... tentang buang air kecil dengan kerap tu terjadi pada waktu malam. dni akui dni stail minum air banyak. so dni tak ambil kisah mengenai kerap buang air kecil... cuma bezanya, dulu ianya terasa seperti perkara biasa, sekarang ni rasa lain macam coz tempoh buang air kecil tu lamaaaa sangat. memang lamalah duk dalam bilik air. anddd, sekarang bukan masa nakk tahan-tahan kencing. gamaknye terkeluarlah sikit kalau ditahan. janin makin membesar tekan pundi kencing, kan... haaaa, tetengah malam buta nak tak nak kena bangun juga.






sakit pada bahagian V tu terasa kalau dni berdiri lama... berjalan terlalu lama/banyak. maklumlah jadi cikgu, kan... nak mengajar kat depan, hendap kerja budak-budak lagi... or, kalau keluar shoppping, memang terasalah juga bahagian V tu senak...



Braxton Hicks! kemain canggih alaf baru namanya kan... ianya adalah tanda-tanda kontraksi palsu yang mampu memberikan persiapan awal untuk otot rahim sebagai persiapan awal nak bersalin. so, mom to be kena alert mengenai tempo kontraksi braxton hicks yang berlaku... contohnya dalam 10minit, 20 minit... bezanya, kontraksi braxton hicks dengan kontraksi nak bersalin, braxton hicks punya akan menghilang, semakin lama semakin tenang gerakan baby... kalau tanda dah nak bersalin, perut mengeras + baby gerak makin kuat2 dan tak reda-reda...





tapi masalahnya tak semua cemtu.. ada yang mengalami braxton hicks dalam tempoh yang lama.. macam dni semalam... dekat 1 jam! perut mengeras + baby gerak-gerak... risauuu sangat. sebab tak ada tanda air ketuban pecah ke apa... orang cakap, kalau doktor yang pecahkan air ketuban lagi sakit daripada air ketuban pecah sendiri... so scarry! sobsss...




Alhamdulillah jam 11 lebih semuanya berakhir... perut dah tak rasa mengeras, gerakan baby pun makin perlahan... cuma, dni still tak dapat tidur nyenyak... sampai sekarang... belum tidur dengan secukupnya... syukur Alhamdulillah petang ni dni ada check up... so, bolehh dni tanyakan nurse tu cemana... sebab bahagian atas perut dni dah rasa lembik... maybe kepala baby dah ke bawah... kalau diikutkan, minggu ni masuk 33 weeks... daripada pembacaan dni kat forum, memang ramai yang bersalin normal 34 weeks ke atas... dni kena betul-betul get ready... kut-kut betul dah nak bersalin dalam masa terdekat ni... doakan dni ya!
       






-

29 July 2012

Pengalaman mengandung

-



ada beberapa pembaca blog dni buat permintaan untuk dni ceritakan pengalaman-pengalaman atau peringkat mengandung. macam mana boleh dapat tahu dni mengandung... ada alahan ke tak.. jenis-jenis alahan yang dni alami... macam mana nak tahu mengandung... makan apa... haid teratur ke... ada mengidam ke... best ke tak... maca-macam pertanyaanlah yang dni dapat ^__^






InsyaAllah dni akan cuba explain pada korang pengalaman dni yang excited sebab dapat rasa daripada peringkat awal yang dni mengandung cuma dni tersilap teknik je maasa buat pregnancy test tu. orang test awal pagi, dni test tetengahari. hehe... sebab tak tahu... and, actually ada sesuatu yang mencemaskan pada peringkat awal kehamilan dni... sampai kena jumpa pakar di usia kandungan mencecah 4bulan. Alhamdulillah semuanya selamat... dni ceritakan later... so, pastinya cerita peringkat kehamilan dni banyak episod... mana mungkin nak abiskan dari minggu pertama hingga sekarang ni dalam 1 entry je ;p




tunggu taw
;)








-

08 March 2012

Ini adalah sebab utama kenapa lemau update blog + blogwalking :)

-
-
-
-
dni kerap mengendap twitter dan juga facebook bukan sebab suka sangat ber-fb dan twit tapi sebab tu je yang dni boleh buat dan senang nak tengok melalui handphone. nak update blog guna henpon, seriously sangat rumit nak masukkan gambar. tak centre dan sebagainye. lainla kalau yang guna galaxy tab ke... ipad ke... iphone ke kan.. senang je nak berblog...



tadi dni ada senaraikan beberapa sikap/perangai/alahan dni masa mengandung kat fb... ekceli ada lagi.. tapi rasa cam nak share yang ni je dulu. hehe... yang lain, dni kongsikan later ya! * heh, ayat macam ado orang nak tahu sangat je ;p *







korang boleh tengok yang dni merahkan tu... tu pasal la susah betul nak update blog apatah lagi nak blogwalking, dni tak suka guna laptop.. kalau on laptop pun dni susah nak menaip entry... kurang minat... sobsss... sian blog ni haaa... kalau bogwalking pun, dni jarang tinggal komen. nak komen cemano, mood menaip tak ado ^__^ hehe...



-

24 February 2012

tidur tak lena...

-
-
-
-
sekarang ni, setiap malam dni mesti terjaga 2-3kali masa tidur. kalau dah terjaga tu, susah nak lelap balik... kalau penat sangat barulah senang sikit nak tido. tapi, bab terjaga tengah-tengah malam tu dah jadi wajib. kena bangun ke toilet juga. perkara biasa bagi orang pregnant ni rasa cepat nak buang air kecil.. tapi mungkin juga faktornya sebab dni gemar minum air... tu pasal la kut. kalau terbangun je, lepas ke toilet, rasa nak minum air. kalau tak minum, macam tak fresh.. tak lena nak tido... minum juga lah separuh cawan. pastu kena bangun p toilet lagi. huhu.. siang hari tak de la kerap sangat rasa cemtu..





jadi, siang hari, dni tak cukup tdo... huhu.. kena ganti tdo juga di siang hari...
pengalaman korang mengandung cemana pulak?



-