MAMAWAY BABY SLING FAEDAH DAN PENGALAMAN MENGGUNAKANNYA
MAMAWAY BABY SLING | Sebelum ini Dini biasa guna baby carrier je. Itupun masa Darwish dah berusia 3tahun lebih. Dia malas jalan / takut jalan sendiri. Barulah kami suami isteri buat keputusan beli baby carrier sebab bukan semua tempat sesuai guna baby stroller contohnya pasar malam, gerai makan, dan juga pantai. Lebih senang guna baby carrier
Kali ni untuk adik Darwish, Dini nak cuba guna baby sling ataupun gendongan. Nampak macam lebih santai dan mudah digunakan. Nak pakai masa buat kerja rumah dan jalan-jalan untuk Dalisa. Lagi satu, baby sling mudah dicuci, cepat kering dan jimat ruang apabila disimpan. Masuk handbag pun muat. Makanya pilihan yang tepat untuk kemudahan dengan Dalisa adalah baby sling.
Duk usha-usha nak beli, Dini jumpa banyak info berkenaan dengan baby sling. Faedahnya penggunaannya memang banyak. Yang penting pilih baby sling yang betul dan berkualiti.
Walaupun gendongan atau baby sling ni dah terkenal sejak zaman dahulu lagi, tapi kita perlu tambah ilmu agar tak tersilap guna yang boleh membahayakan bayi yang dikendong. Pendek kata, baby sling, baby carrier, baby stoller semua tu dah jadi 'gajet' golongan ibubapa. Sekurang-kurangnya perlu ada salah satu kerana gajet ini sangat membantu dalam mempermudahkan ibubapa menguruskan anak-anak terutamanya apabila di luar rumah.
Faktor pemilihan baby sling sangat penting untuk keselamatan bayi yang dikendong. Kita perlu menitik beratkan kualiti fabrik yang kukuh dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan bayi rasa selesa, tenang, selamat dan tak panas. Dalam banyak-banyak baby sling, Dini tertarik dengan baby sling dari Mamaway.
Dini pilih Mamaway Baby Sling corak Tropical Fruits sebab berkenan dengan warnanya yang ceria dan juga unisex. Kemudian hari kalau-kalau ada rezeki adik Dalisa pula tak adalah nak kena beli baby sling yang baru. Hehehe... Kegunaan long-term gitchew!
Lepas dapat je parcel dari Mamaway, terus Dini buka tutorial cara menyarungkan baby sling. Sabar sajalah ye Dalisa dengan mama yang terkial-kial nak biasakan diri sarung baby sling kat awak. Mama cuba dengan berhati-hati sebab Dalisa baru saja berusia 2bulan. Tak kuat lagi tulang badannya. Liuk-lentok lagi. Maka bermulalah episod baby wearing...
Nak guna baby sling pun bukan sebarang guna je tau. Mesti ikut tutorial yang betul dan juga ikut usia baby. Kalau pakai cara yang salah, boleh beri kesan buruk pada tulang baby, tau. Untuk usia Dalisa, Dini ikut panduan teknik pemakaian ala koala. Dalisa selesa dengan posisi tu macam nak burpkan dia.
Fabrik baby ring sling dari Mamaway mampu menampung berat sehingga 50kg. Yang penting fabrik ni tak panas, bebaskan haba dan berkualiti premium. Sesuai untuk penggunaan cuaca di negara kita.
Selain memudahkan pergerakan ibubapa, pemakaian baby ring sling juga mudahkan baby nak tidur sebab baby rasa selamat dan rapat dengan ibu/bapanya. Tambahan pula kain baby sling tu boleh dijadikan sebagai poncho ataupun nursing cover bagi ibu-ibu yang direct feeding. Dinilah salah sorang daripadanya. Anak-anak Dini semuanya tak nak menyusu botol. Bila berada di tempat awam atau ada orang datang rumah, kenalah cover bila nak menyusu. Ha... tak payah susah-susah dah sekarang sebab baby sling Mamaway ni pun boleh guna terus buat nursing cover. Multipurpose gitu.
Apa yang Dini dapat kenalpasti, bila Dalisa berada dalam baby sling, Dini dapat pantau Dalisa dengan mudah dan cepat daripada guna baby stroller. Mommies yang nak gendong anak masa buat kerja rumah pun boleh. Menyapu ke vacuum rumah ke menyidai kain ke. Kalau Dini, nak menyidai tak boleh gendong anak sebabnya kat jemuran tu tak ada peneduh. Panas matahari, jadi tak gunalah masa menyidai. Masa masak pun risaukan keselamatan di dapur. Jadi, lebih banyak guna baby ring sling masa di luar rumah.
Oleh sebab itu, Dini recommendlah pada mommies yang masih rasa berkira-kira nak gunakan atau tidak baby sling. Mesti cuba untuk kegunaan santai sebab mudah sangat nak pakai.
Mommies yang sedang mencari baby sling boleh dapatkan baby ring sling berkualiti di Mamaway tau.
Istimewa buat pembaca ilhamdinidot com # mommies boleh gunakan promo kod : MAMABLOG-ARDINI untuk potongan RM25 dengan pembelian RM180 ke atas di laman web Mamaway.
Info lanjut boleh layari:
Website: www.my.mamaway.com
Facebok: www.facebook.com/mamawaymalaysia
Instagram: www.instagram.com/mamawaymy