Showing posts with label biskut corn flakes. Show all posts
Showing posts with label biskut corn flakes. Show all posts

14 May 2020

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP



Assalamualaikum 😊✌️

Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos. 





Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.


Ada yang terhangus 5 ketul 😂😂😂 entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.




Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.



Bahan-bahan A:

250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
 
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati. 

Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.



Selamat mencuba😊

27 July 2012

Resipi | Biskut Cornflakes

-


tiba musim raya je gerenti biskut cornflakes antara biskut raya yang mesti dibuat oleh umi dni dan dibantu oleh adik-beradik. resipinya begitu simple... cuma masukkan cornflakes je... pastu hias dengan buah ceri atau nak letak choc chip ke apa ke terpulang... yang paling best, biskut ni rangup!






resipi untuk buat biskut cornflakes sama je kat mana-mana buku atau kat internet. tapi yang ni dni copy daripada website My Resipi sebab kitab resipi yang selama ni dok guna buat biskut tu kepunyaan umi dni. mana boleh rembat umi punya. hihihhh... so dni google aje. kalau biskut sarang semut, nak kena mintak resipi dengan umi sebab resipi tu memang sedap tahap maxxx lah! sedara-mara sume suka biskut sarang semut yang umi dni buat termasuklah kengkawan. okay jom kita tengok cara buat biskut cornflakes.




Bahan-bahan :

  • 250gm butter (1 buku)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
  • *Papercup dan ceri untuk hiasan

Cara-cara membuatnya :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan ke dalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min.





kalau tak nak guna papercup, just tekap-tekap je guna acuan yang cencomel atau jadikan biskut tu bulat-bulat macam dalam gambar kat atas tu. biasanya dni buat bulat-bulat cemtu je. senang nak buat dan senang nak makan... ^___^ selamat mencuba!



p/s:
dni tengah berangan nak buat biskut cornflakes minggu ni ;p




-