14 May 2020

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP



Assalamualaikum 😊✌️

Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos. 





Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.


Ada yang terhangus 5 ketul 😂😂😂 entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.




Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.



Bahan-bahan A:

250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
 
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati. 

Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.



Selamat mencuba😊

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.