Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP
Ardini Humaira
5/14/2020
0
Assalamualaikum 😊✌️
Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos.
Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.
Ada yang terhangus 5 ketul 😂😂😂 entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.
Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.
Bahan-bahan A:
250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)
Cara membuatnya:
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati.
Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.
Selamat mencuba😊