Showing posts with label guru kafa. Show all posts
Showing posts with label guru kafa. Show all posts

19 July 2012

Puasa bagi ibu hamil | Sebab dan keadaan untuk meninggalkan puasa

-



sejak duk Miri dni selalu saja dengar kes ibu mengandung tidak berpuasa... bahkan dni sendiri terkejut dengan kenyataan murid-murid kelas dni mengenai ibu mereka yang hamil tidak berpuasa... mereka siap cakap pada dni pagi tadi masa dni tanya persiapan mereka untuk berpuasa...


murid:"bestlah ustazah tak payah puasa..."

dni: "ehh... kenapa pula? puasa tu wajib.. ustazah pun akan berpuasa macam kamu.."

murid: "macam mana ustazah nak puasa? kan ustazah mengandung?"

dni: "mengandung bukan alasan untuk tidak berpuasa kecuali kalau uzur..."


murid: "uzur tu datang bulan eyyy ustazah?"

dni: "uzur tu bukan datang bulan je... macam-macam lagi.. kalau sakit sangat-sangat macam demam takleh bangun ke... kena makan ubat ke... pengsan ke... haa tu baru boleh berbuka puasa... bukannya tak payah puasa terus..."

murid: " pelik lah ustazah ni. orang mengandung tak payah puasa, kan?" murid tu cakap pada murid lain dan murid lain mengiyakan..

dni: "salah macam tu. kalau ustazah tak larat yang boleh mudaratkan diri ustazah atau baby je baru ustazah boleh berbuka puasa..."

murid: "dah tu tak payah la puasa terus. mak saya tak puasa pun kalau mengandung."

dni: "hmmm, ustazah nak puasa..."

murid: "suka hati ustazah lah!"

eh ehh.. dia pulak nak marah kita. huhu.. budak zaman sekarang...






penat dah explain kat murid kelas dni.. tapi diorang tak faham... bagi diorang, pregnant mom ni katagori 'orang sakit'. mungkin memang mentaliti diorang macam tu. sebab dengar kisah parents diorang pun macam tu. agak gerun juga bila difikirkan.. betapa mudahnya mereka meninggalkan ibadah puasa yang termaktub dalam Rukun Islam. sepatutnya kalau nak berbuka/meninggalkan puasa kena bersebab. bukan tak puasa sebulan terus gara-gara pregnant... apeeelah nak jadi... ada hadis tau mengenai puasa ibu hamil...





Riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.



oleh sebab itu, kalau yang sedang pregnant nak tinggalkan puasa kena ikut pula syarat-syarat ini... tak boleh main bedal je tinggal puasa pastu lepas tangan.. tak jalankan tanggungjawab selepas tu...


1) Bagi yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudarat pada dirinya sendiri, wajiblah ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.

2) Sekiranya ia berbuka kerana membimbangi bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudarat, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah wajib qada dan fidyah.








-


11 June 2012

Guru KAFA?

-
-
-
-
ada yang bertanya, dni kerja apa? jadi cikgu macam mana? cikgu tetap ke? blablablabla... meh dni leraikan kekeliruan korang yang pelik tetiba dni boleh jadi cikgu pulak kan... tak ado angin tak ado ribut... tetiba dni dok cakap pasal dni mengajar. terus hairan u ols kan? ngehehehe... dni bukannya amik course pendidikan pun... GSTT pun bukan... cikgu ganti pun bukan... so cmana boleh jadi cikgu? yeah... ini jawapannya;






awal januari hari tu my hubby ada ambilkan borang permohonan jawatan Guru KAFA kat pejabat agama miri. saja nak cuba nasib. mana tahu kalau-kalau ada rezeki? tak salah mencuba... actually dni tak yakin sangat + tak berharap untuk dapat jadi Guru KAFA sebab dni tahu dni memang tak layak mana... bukan belajar kat sekolah agama pun, takat ado basic bahasa arab komunikasi tu aje. hehe... tapi Alhamdulillah.... setelah lulus dalam temuduga, ujian bertulis dan lisan untuk jawatan tersebut dni terus ditawarkan untuk mengajar di salah sebuah sekolah kat sini...



dni mula kerja lepas cuti sekolah bulan 3 hari tu. memang tak dapat nak dinafikan mulanya agak kekok + rasa blur tak tahu nak mengajar apa. Alhamdulillah, jiran-jiran dni yang dah berpengalaman jadi cikgu agama bagi tunjuk ajar dan tips. ditambah pula dengan bahan bantu mengajar yang dah tersedia kat sekolah, proses mengajar menjadi lebih lancar dan mudah. murid-murid pun ramai yang berminat nak belajar daripada murid yang nakal.



korang jangan tak tahu... dalam kelas dni ado ketua samseng kat sekolah. kalau dia masuk kelas, sakit kepala dni dibuatnya. nampak sangat kebiasaannya dia ponteng kelas, kan? haaaa tengoklah perangai budak zaman sekarang, baru darjah dua dah pandai ponteng bagai. jadi samseng pulak tu. apeeeelah nak jadi -_-"



nantilah dni sambung cerita lagi pasal budak-budak kelas dni. macam-macam ragam... kadang-kadang, dni dibulinya, huhu... okaylah, sekian dulu daripada ustazah dni ;p dni sambung later eyyy... Goodnight!



-