19 July 2012

Puasa bagi ibu hamil | Sebab dan keadaan untuk meninggalkan puasa

-



sejak duk Miri dni selalu saja dengar kes ibu mengandung tidak berpuasa... bahkan dni sendiri terkejut dengan kenyataan murid-murid kelas dni mengenai ibu mereka yang hamil tidak berpuasa... mereka siap cakap pada dni pagi tadi masa dni tanya persiapan mereka untuk berpuasa...


murid:"bestlah ustazah tak payah puasa..."

dni: "ehh... kenapa pula? puasa tu wajib.. ustazah pun akan berpuasa macam kamu.."

murid: "macam mana ustazah nak puasa? kan ustazah mengandung?"

dni: "mengandung bukan alasan untuk tidak berpuasa kecuali kalau uzur..."


murid: "uzur tu datang bulan eyyy ustazah?"

dni: "uzur tu bukan datang bulan je... macam-macam lagi.. kalau sakit sangat-sangat macam demam takleh bangun ke... kena makan ubat ke... pengsan ke... haa tu baru boleh berbuka puasa... bukannya tak payah puasa terus..."

murid: " pelik lah ustazah ni. orang mengandung tak payah puasa, kan?" murid tu cakap pada murid lain dan murid lain mengiyakan..

dni: "salah macam tu. kalau ustazah tak larat yang boleh mudaratkan diri ustazah atau baby je baru ustazah boleh berbuka puasa..."

murid: "dah tu tak payah la puasa terus. mak saya tak puasa pun kalau mengandung."

dni: "hmmm, ustazah nak puasa..."

murid: "suka hati ustazah lah!"

eh ehh.. dia pulak nak marah kita. huhu.. budak zaman sekarang...






penat dah explain kat murid kelas dni.. tapi diorang tak faham... bagi diorang, pregnant mom ni katagori 'orang sakit'. mungkin memang mentaliti diorang macam tu. sebab dengar kisah parents diorang pun macam tu. agak gerun juga bila difikirkan.. betapa mudahnya mereka meninggalkan ibadah puasa yang termaktub dalam Rukun Islam. sepatutnya kalau nak berbuka/meninggalkan puasa kena bersebab. bukan tak puasa sebulan terus gara-gara pregnant... apeeelah nak jadi... ada hadis tau mengenai puasa ibu hamil...





Riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.



oleh sebab itu, kalau yang sedang pregnant nak tinggalkan puasa kena ikut pula syarat-syarat ini... tak boleh main bedal je tinggal puasa pastu lepas tangan.. tak jalankan tanggungjawab selepas tu...


1) Bagi yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudarat pada dirinya sendiri, wajiblah ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.

2) Sekiranya ia berbuka kerana membimbangi bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudarat, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah wajib qada dan fidyah.








-


12 comments:

  1. org sekarang amik mudah je benda2 mcm nie..ibu bdk tu mgkin tk explain pnjg pada anak2 dia.mcm mne yg bleh puasa dn mcm mne yg tk bleh puasa kan?

    didiklah bdk2 tu btul2 yea ustazah.rasanya pkerjaan mnjadi ustaz/ustazah plg mncabar skrng,sbb kena bagi lebih dlm bab ugama nie..

    ReplyDelete
  2. singgah cni & follow :)

    http://hellonashina.blogspot.com/2012/07/jom-same-same-melayari-dunia-pink.html

    ReplyDelete
  3. macam tu pulak ye? bln mulia ni bukan dtgnya selalu pun. sekali setahun je. kalau blh nak puasa penuh. tambahan pulak lagi pregnant kecuali memudaratkan. habis tu mak dia orang ganti tak puasa dni?

    ReplyDelete
  4. mase bersalin anak sulung, saya berpantang dlm bln puasa. saya tetap ganti dan byr fidyah. then, thn lps merupakan cabaran buat saya jugak sbb fully bf bby. so, takut memudaratkan, saya x berpuasa. tp saya ttp qada' dan byr fidyah. :D

    ReplyDelete
  5. ni agaknya dorang tengok mak dorang tak puasa. bila tanya, mak dia jawab, "mak pregnant."

    ReplyDelete
  6. boleh pulok dier marah...kikikikiki...alhamdulillah sue selama pregnantkan syawal, bersalin, menyusu, N pregnant kali kedua ni...pose penuh jaa 2 tahun ni..insyallah...kali ni kali ke-3 insyallah penoh...kena siap sedia susu la sahur ni...

    ReplyDelete
  7. bagus latih anak puasa dari dalam perut lagi..moga Allah memudahkan,niat yang baik, insya Allah dipermudahkan..sian plak kat mak2 diorang tp tu lah mungkin pemahaman tak sampai..harap2 anak dia boleh sampaikan..hmm

    take care dini :)

    ReplyDelete
  8. Eh2, macam gitu plak ek orang kat sana.. Tak pernah dengar dalam mana2 hadis pun ibu mengandung tak perlu puasa.. Gerun sungguh dengar ni pun.. Ish2..

    ReplyDelete
  9. tu kena terangkan betol2 kat budak2 kan kak.. mentaliti dorang kena betolkan tentang puasa ibu hamil.. selagi terdaya tak mudaratkan baby berpuasa lah.. jangan amik mudah..

    ReplyDelete
  10. agaknya diorang fikir masa mengandung ni takut mudarat kt baby kot kalau puasa x..tu yg berpuasa tu..

    ReplyDelete
  11. huhuhu...kena explain betul2 sampai jadi fahamla maksudnya tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.