KITSUI REVIEW PERBEZAAN DI ANTARA WHITENIN BB DAN VITAMIN C+ SHINE
Ardini Humaira
6/05/2021
1
Assalamualaikum
Hai semua! Ingat tak hari tu Dini ada kongsikan mengenai KITSUI VITA C+ SHINE? Haaa sekarang Dini nak kongsikan dengan korang mengenai Whitenin BB dan apakah perbezaannya dengan Vita C+ Shine.
Bukan apa, ada yang beranggapan bila dah ambil Whitenin BB maka dah tak perlu ambil Vita C+ Shine. Silap tu! Kenapa silap? Sebab dua jenis produk ini fokus khasiatnya berbeza. Jom ketahui perbezaan di antara keduanya 👇🏻
KITSUI WHITENIN BB
Ianya dirumus khas untuk membantu merawat masalah, mencerah serta menghaluskan kulit. Apakah masalah kulit yang selalu dihadapi? Kalau macam Dini, masalah kulit kering. Ramai juga yang menghadapi masalh kulit berminyak. Hal inu berlaku kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh kita. Bila tak jaga pemakanan, stress, kurang bersenam, kurang minum air putih, banyak makan manis-manis, berminyak dan berlemak, ia boleh jadi punca kepada kulit bermasalah.
Yang bagusnya, Whitenin BB sesuai diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai alahan terhadap kolagen. Kalau korang ada masalah kulit sensitif, alergi terhadap kosmetik, sering terdedah pada tempat panas dan terbuka pun elok juga amalkan Whitenin BB sebab kolagen ni dapat membantu membaik pulih kesihatan kulit dari dalam. Bila kulit sihat, liang pori akan mengecil dan masalah bintik hitam, berminyak dan jeragat dapat diatasi. Malah, kulit jadi lebih lembap dan tiada lagi masalah kulit kering. tona kulit akan lebih sekata, cerah dan berseri.
____________________________________________________