26 July 2012

Goats Milk Tablets | Khasiat susu kambing buat ibu mengandung

-



ada yang bertanyakan dni mengenai tablet susu kambing yang dni ceritakan dalam penulisan dni mengenai menu berbuka puasa iaitu BERPUASA KETIKA HAMIL. sebenarnya, dni tak jual supplement tu. cuma in case korang susah nak dapatkan produk tu, korang boleh order dengan dni. dni beli di Cosway je.







inilah dia tablet susu kambing yang dni amalkan. boleh consume 5-10biji sehari. berperisa butterscotch... sedap! budak-budak pun suka... macam gula-gula susu gitu... baunya pun wangi. serius! sekali cuba pasti mau lagi dan lagi.. hehe... kenapa kita perlu ambil susu kambing sepanjang kehamilan?



okay... actually bukan sepanjang kehamilan je... sepatutnya kita amalkan pengambila susu kambing untuk setiap hari. sebabnya minum susu kambing adalah sunnah Rasulullah SAW. susu yang terbaik adalah susu kambing. kalau baby ada kena penyakit kuning, biasanya diberi minum susu kambing dan disapukan pada anggota badan, InsyaAllah penyakit kuning cepat kebah.



untuk ibu mengandung pula, susu kambing dapat membekalkan vitamin yang diperlukan oleh baby... pastu kalau bersalin, InsyaAllah baby tak kena jaundice atau penyakit kuning. memang susu kambing diyakini untuk mencegah penyakit kuning. sebab tu ada susu bayi diperbuat daripadasusu kambing, macam Karihome...



banyak lagi khasiat susu kambing. korang boleh google sendiri kalau nak tahu dengan lebih lanjut tau ^__^ antaranya merawat kencing manis, mengelakkan kebas kaki dan tangan, merawat anemia, gastrik, darah tinggi, osteoporosis, buasir, dan lain-lain lagi... better consume susu kambing fresh kalau korang boleh telan dan tahan dengan bau hamis susu tu. macam dni, dni tak boleh nak telan susu kambing fresh. dah pernah beli... minum seteguk pun dah loya. so, inisiatif dni, amalkan tablet susu kambing untuk mendapatkan khasiatnya.



-

25 July 2012

Day 5 | Berpuasa ketika hamil

-




lepas je balik dari check up di klinik tadi, asben bawak dni ke bazar ramadhan. dia teringin nak makan ikan keli. so, kena beli jugala lauk di bazar coz ikan keli tak ada stok dalam peti. kalau ada pun, dni geli nak masakkan. dni memang geli dengan ikan keli. hihihhh.. nak wat cemana... tak boleh tengok kepala dia tuh. mak aihhh seriously dni tak boleh tengok, kalau terpegang kepala dia gerenti menjerit owh!





Alhamdulillah check up tadi okay... cuma berat badan je turun 1kg. nurse dok cakap maybe sebab berpuasa. tapi dia macam tak puas hati gak dni turun 1kg... jadi dni kena check up 2minggu lagi. dia nak tengok berat dni cmana... nak pantau kes nak suh minum air gula la tu. ngehehehe... okaylah jom dni story pasal menu berbuka puasa dni pada hari ni... 5hari berpuasa di bulan Ramadhan pada usia kandungan 8bulan, Alhamdulillah tak ada sebarang simptom yang merunsingkan. semuanya okay ^__^



BERSAHUR :

  • 3biji kurma
  • mi goreng
  • keropok ikan
  • air soya
  • air masak


BERBUKA :

  • 3biji kurma
  • 4-5suap nasi berlaukkan sekeping daging masak kicap, sekeping bebola begedil, dan sayur tauge+cendawan
  • air kelapa
  • air masak


(antara jam 9-11malam)

  • 6biji kurma
  • sedikit kerepek ubi
  • supplement (vco, fish oil, vita c, tablet susu kambing, wum)
  • sebiji epal
  • air kelapa
  • air masak


itu sahajalah menu pada hari ni...ekceli dni nak makan bubur kacang hijau yang dibeli di bazaar tapi tadi dah rasa masam pulak bubur tu. sedihnyeee :'( so besok dni rasa macam nak beli lagi bubur kacang hijau tapi kat gerai lain. sebab dni teringin nak makan bubur kacang hijau. nak masak, serba salah benau lah takat nak makan sorang diri je kan. huhu...






untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



-

24 July 2012

Day 4 | Berpuasa ketika hamil

-



hari ni dni beli makanan kat bazar je. besok InsyaAllah dni masak. tu pun kalau tak ke bazar. kalau dah ke bazar, alamatnya tak yah masak dah. beli 1 lauk pun dah cukup untuk makan dua orang. maklumlah kami duduk berdua je. makan berbuka bukan nak mentekedarah sangat. bila masuk waktu berbuka, makan sebiji kurma then minum air pun dah rasa kekenyangan sebenarnya kan...




today dni beli nasi dagang untuk suami tercinta. sebab semalam dia request nak nasi dagang tapi tak ada lak semalam. sian dia kempunan nak makan nasi dagang. suruh bini buatkan, bini tak reti. kih3... Alhamdulillah, nampaknya rezeki asben hari ni, ada dijual nasi dagang di bazar berlaukkan acar dan juga gulai kari ikan tongkol. orang teganu lak yang buat. kena lah dengan selera asben. untuk dni pulak dni beli lontong dan bubur kacang hijau. tapi berbuka dengan lontong je. bubur dni simpan dalam peti. makan besoklah kut ^__^





menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari ni adalah:



BERSAHUR :

  • 7biji kurma
  • air masak
  • sekeping roti disalut mentega kacang
  • sebiji kueh cara




BERBUKA :

  • 3 biji kurma
  • air masak
  • segelas air tebu
  • lontong

(antara jam 9-11malam)

  • 5biji kurma
  • kerepek ubi
  • supplement (vco, fish oil, vita c, tablet susu kambing, wum)
  • air masak


itu sahajalah yang dni makan pada hari ni. no coklat! haha... nak tahu tak kenapa? sebab hari ni dni makan buah kurma madu YuTa. tahap kelazatannya dah rasa nikmat macam makan coklat. sedap tak terperi... Alhamdulillah... gebu-gebu gtu rasanya kan... chocodate dni dah makan semalam. jap lagi or besok dni wat review eyyy!





untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.





-

Pregnancy check up | Besok dni kena ke klinik!

-



-_____-" sebenarnya dni tengah rasa tak best nih... coz besok ada pregnancy check up di klinik kesihatan ibu dan anak. korang tau-tau lah kan kalau kena dengan nurse yang tegas, dia konfem nak suruh minum air gula sebab kerajaan kita dah buat syarat baru... tak kira keturunan ibu mengandung ada penyakit kencing manis atau tak, ibu mengandung tu tetap kena buat ujian minum air gula bagi memastikan penyakit diabetes ada atau tak pada diri ibu mengandung tu.




memanglah bagus sebagai langkah pencegahan awal. tapi, kena minum air gula tu lah yang tak bestnyerrr... ekceli dni disuruh nurse pegi buat ujian minum air gula last month. pastu dni cakap kat nurse tu dni nak pegi dekat private clinic je tak mo buat di hospital kerajaan. dni sebutkan nama klinik dni nak pergi then nurse tu luluskan. dia cakap klinik tu okay untuk buat ujian...




lepas pegi klinik swasta, doc cakap dni tak perlu buat ujian tu melainkan berat badan dni naik mendadak bulan depan. maknanya THIS MONTH! huhuhhh... dia cakap kalau berat badan dni naik dalam 3-4kg, dni better buat ujian minum air gula. isk isk isk... apa yang tak bestnya sebab bulan ni kalau kena minum air gula... sebab bulan puasa. maknanya kena tinggal puasa la selama satu hari. sobsss :'( itupun kalau besoknya tak letih... maklumlah ujian tu kena ambik darah paling kurang 2x... kena inject untuk amik darah tu pulak kalau tak jumpa urat alamatnye bersedialah kena inject banyak tempat, huhu ngeri... masa dni check up dekat klink swasta, dia cuma test guna alat pengesan kandungan gula dalam darah tu je... keputusannya cuma 4.3mmol. so doc kata tak perlu risau...





cuma... dni risau skang ni besok. uwaaa :'(



-

Ardini Humaira dalam Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya 2012

-




dah beli majalah kegemaran ramai Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya bercoverkan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU ke belum? kalau belum... cepat beli! ekceli majalah ni memang menarik. terutamanya edisi bumper raya coz ada baaanyak resipi raya untuk kita rujuk kat dalam tu...so kalau korang rasa rugi je nak beli sebab nak baca cerita dni, better korang pk kan resipi yang best2 dalam tu. konfem rasa tak rugi hehehe







cuma kali ni lebih bermakna bagi dni... sebab dni masuk dalam majalah tu pulak. kih3... dni ada story mengenai hal ni beberapa hari yang lepas kat ENTRY INI. pengalaman pertama dihubungi oleh penulis majalah yang nak tulis story mengenai family dni untuk dimuatkan kat dalam MW. ALhamdulillah, rezeki... ^__^







asben dni dah belikan majalah tu, tapi dni malas nak snap gambar, copy from blog kak Tihara je lah yang blog mengenai kisah dni dalam majalah tu. thanks kak Tihara!






kalau korang nak baca kisah dni, boleh buka page 100-102 eyh... hehe... thanks pada yang dah beli MW edisi bumper raya 2012!
*blushing*





-