11 July 2012

Kartun doodle bermesejkan dakwah | Beruntungnya mereka yang punya kreativiti

-



dni tertarik dengan kartun-doodle hasil karya FatinHambaHina yang berbentuk islamik. bukan setakat kanak-kanak suka tengok kecomelan kartun sebegini. orang dewasa pun suka termasuklah dni, hehehe. Alhamdulillah... secara tidak langsung, ianya dapat menyampaikan mesej dakwah dan peringatan buat kita semua dengan lebih ringan dan santai. hati gembira, ilmu pun dapat. bestnye! banyak pahala empunya diri yang kreatif menghasilkan kartun bermotifkan dakwah sebegini...








gambar paling last tu, dni dah jadikan sebagai wallpaper pada laptop dni. sangat comel... jom ke blog FatinHambaHina untuk dapatkan ilmu agama yang lebih santai penyampaiannya. menarik dan kreatif! bertuahnya beliau punya daya kreativiti sedemikian... ^__^




-

10 July 2012

Mengira gerakan bayi di dalam kandungan

-



actually dni masih dalam samar-samar cara mengira gerakan bayi di dalam kandungan seperti yang telah disarankan oleh nurse. masa check up di private clinic pun dni terlupa nak tanya doktor macam mana cara mengira dengan betul tu. yang dni pasti, baby dalam kandungan dni bergerak setiap jam. kadang-kadang kuat, kadang-kadang banyak kali, kadang-kadang slow...






dni ada terbaca cara kiraan gerakan bayi di forum-forum bakal ibu. tapi, cara diorang kira tu tak sama. maybe sebab penerangan nurse pada diorang tu berlainan kut kan... contohnya macam ni:




  1. mengira dari jam 9pagi-10pagi... dalam masa 1 jam, cukupkan 10 gerakan... kalau jam seterusnya kurang dari 10 gerakan, mungkin baby ada masalah.
  2. mengira dari jam 9pagi-1omalam. kira gerakan yang paling kuat. dalam masa 1 jam gerakan yang paling kuat dikira 1x gerakan... jam seterusnya pun kalau baby gerak banyak kali dikira satu. cuma ambil kira yang paling kuat.



dua keadaan ni... yang mana satu betul cara kiraannya ya? dni pun tak pasti. apa yang dni pasti, baby dni setiap 1 jam, kadang cukup 10x, kadang tak cukup, kadang lebih 10kali. dengan pusingannya, dengan tendangannya... dengan rasa macam dikuis-kuisnya... hehe... boleh terkejut dni kalau kena tendang kuat2. so..., yang dah berpengalaman, macam mana korang kira gerakan baby ya?boleh share tak dengan dni yang baru nak belajar nih ^___^




-

e-book percuma untuk Mom to be dan juga Dad to be!


tengahari tadi dni dapat satu email daripada Suzlin berkenaan dengan e-book yang sesuai untuk dibaca oleh para bakal ibu dan bapa. terus rasa terharu... sebab cik adik manis Suzlin sudi berkongsi ilmu dengan mom to be nih... :') sobsss...





email daripada Suzlin

lepas bukak je laptop, terus dni download e-book yang Suzlin berikan. InsyaAllah, malam ni dni nak godek-godek e-book tu.







Linkkorang berminat tak nak dapatkan e-book M2B dan D2B? boleh ke blog Suzlin dan baca ENTRY beliau berkenaan BUKU BABY. ada beliau selitkan di situ macam mana caranya untuk dapatkan e-book ini secara percuma. kalau nak tahu, kena pegi blog dia dulu taw ^____^




actually bukan M2B je boleh baca... yang mana merancang nak kawen, merancang nak baby, dan yang bujang pun boleh baca. jadikan ilmu sebagai persiapan di masa akan datang. ceywah... so... apa tunggu lagi? cepat ke blog Suzlin sekarang!






klik sini:



-






Istighfar | Untungnya mereka yang selalu beristighfar

-



Assalamu'alaikum, selamat pagi semua ^__^



mari kita mulakan pagi ni dengan istighfar...





Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan, jalan keluar daripada kesempitan, serta memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."(Riwayat Sunan Ibnu Majah).




beruntungnya mereka yang sentiasa mengamalkan istighfar. jom sama-sama kita amalkan dalam kehidupsan seharian. sambil berjalan, memandu, buat kerja, dan lepak2 pun boleh istighfar di dalam hati. semoga diberkati Allah SWT, amin. InsyaAllah...






-

08 July 2012

Hari ni nak realisasikan impian untuk memiliki buku diari hamil ^__^

-



actually dni tak sure hubby ada masa tak nak keluar dengan dni hari ni sebab nampak dia macam busy je... tapi dni harap hari ni sempat la dni nak beli buku yang dni idam-diamkan... at least, boleh buat bahan bacaan sambil baring-baring... lepak-lepak... ada manfaatnya daripada dni duk lepak tengok tv sambil mengunyah. hahaha ;p kalau baca buku, peratusan nak mengunyah tu tipis sket sebab kita pegang buku dan fokus... tengok tv, herpmhhh! kalau 1paket biskut oreo tu sekejap je abis.







dni percaya, ramai yang dah beli buku ini berpuas hati dengan isi kandungannya. dni google pun memang ramai yang cakap best. dat y dni tak sabar nak beli... harap2 dapat la beli :D nak kua petang ni. yeay!



-