05 July 2019

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY TERBARU KHAS UNTUK JEJAKA


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Jejaka? Tentu sinonim dengan jenama terkenal Dashing kan?







Suami saya sendiri merupakan salah seorang pengguna rangkaian produk Dashing terutamanya deodorant. Dulu, lepas pakai deodorant kena spray pula minyak wangi. Sekarang, makin mudah! Kerana Dashing begitu memahami keperluan jejaka masa kini. Ha... makanya ini merupakan berita baik untuk para jejaka. Dashing telah menginovasikan deorant + perfume dalam 1 botol sahaja. Bukan sahaja mudah. Malah, ianya cepat dan ringkas!







Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.



  • Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!
  • Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.
  • Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.



Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari


Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.




DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam 4 variasi:





HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.












SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.







HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.







ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20


Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, layari laman berikut:






Anakanda Darwish memilih Deo + Perfume Hitman dan Hattrick manakala papanya yang sentiasa aktif bekerja dan bersukan memilih Dashing Deo + Perfume Ultimate Kick dan juga Speed.





15 May 2019

Program NAK UBAH HIDUP dengan Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes 2019


Korang masih tercari-cari potensi diri? 

Usah khuatir. Timba ilmu pada landasan yang betul. Jangan belajar dengan google. Belajar dengan berguru lebih afdhal. Gituuuu... Yang penting, cari guru yang betul. Bukan guru seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Ada Program terbaru dari Richworks yang bakal berlangsung pada bulan Ogos nanti tau! Dah ramai yang menyertai program/seminar/bengkel dibawah kelolaan Richworks. 


Artis-artis pun ikut serta. Kalau nak tahu apa menariknya program yang dianjurkan oleh Richworks sehingga mampu menarik ramai orang mengikutinya, korang kena rasaninya sendiri. Kata mereka, cuba sekali, nak lagi. Hah! Maksudnya, memang bestlah tu. Masakan mereka nak repeat pergi seminar kalau tak best? Paling best, dapat bergaul dengan lebih ramai orang yang positif dan bersemangat untuk menjadi lebih baik. Makanya, kita akan dapat tempias aura positif mereka. Tentu kita jadi lebih yakin dan bersemangat.




Richworks International Sdn Bhd  telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Rata-rata mereka mengatakan bahawa potensi diri mereka meningkat apabila menyertai program ini sekaligus dapat mengenali lebih ramai rakan baru.






"Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningaktan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini"



Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.



Sehingga hari ini, Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.





"Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komitef dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah."




"Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Instensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan. Program Nak Ubah Hidup ini akam 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat  membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami pontensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap keewangan mereka menjadi luar biasa" kata Azizan lagi.



Jom! Sertai program ini. Pendaftaran dibuka sekarang! 
Maklumat lanjut Program Nak Ubah Hidup:



Pendaftaran
www.nakubahhidup.com

No Tel

1 300 84 2424

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Youtube
Email
inquiries@richworks.com.my

07 May 2019

Hari Guru SK Kampung Luak 2019

Assalamualaikum. Hai semua ^___^


Dni nak kongsikan warna-warni sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak.  Setahun, hanya sekali... gitewww. Haruslah abadikan kenangan di blog kesayaangan ni. Tahun 2019 sambutan hari guru yang dianjurkan oleh PIBG SKKL bertemakan "Orang Kampung". Meriah sungguh suasana dengan warna-warni gaya orang kampung pelbagai tradisi di Sarawak.


Warga pendidik SK Kampung Luak 2019


candid ;)

daku menyelit kat depan tu, hehe



Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua PIBG yang terlibat bersusah-payah dan meluangkan masa bersama kami warga pendidik di sana. Layanan tiptop. Walaupun daku cuma seorang guru kafa di sana, tapi tak ada layanan berat sebelah, semua sama rata. ^___^ rasa dihargai gitew. Di bawah ni antara gambar momen Hari Guru yang dapat dipotretkan.

bersama Ustazah Hasnita & diapit oleh ajk PIBG


 Bersama Ustazah Siti Fatimah

bersama Guru Kelas Darwish, Cikgu Jenifer Tamoh

bersama ahli kumpulan 1 ketika acara sukaneka (tidak kelihatan, Guru Besar berbaju melayu biru)



bersama cikgu-cikgu yang ayu di bawah pokok ^__^ Ustazah Zalwani, Ustazah Dayang Islawaty, Cikgu Thahirah, Ustazah Hajrah, Ustazah Hasnita & Ustazah Humi Hermilia


diapit oleh Ustazah Hasnita & Ustazah Humi Hermilia


Barisan pedidik guru kafa



senget pula gambar yang darwish ambilkan ni... bersama Ustazah Dayang Islawaty.


teman sejawat ;) bunga kat sisi kepala tu sebenarnya brooch sejak tahun 2011 lagi. dijaga rapi. sebab asalnya tempah bunga tu untuk dipakai ketika majlis kahwin. tapi tak jadi. ada sentimental value. hehe



okay, next entry nak cerita mengenai hari guru Darwish dan kawan-kawannya pula.

bye!

11 March 2019

Resepi Kuah Lodeh Lontong simple dan sedap

Mokcik terliur nak makan lontong sejak minggu lepas. Last makan lontong masa raya tahun lepas u olsss. Tu yang rasa teringinnn sangat nak makan. Sebab mokcik spisis suka makan lontong๐Ÿ˜†

Alhamdulillah semalam tercapai hajat nak makan lontong walaupun dah nak sampai ke rumah dari pasar baru teringat belum beli nasi himpit. Syukur cik abe mokcik paham mokcik betul-betul nak makan lontong, patah balik pegi kedai beli nasi himpit instant. Bertukanglah mokcik di dapur semalam menyiapkan santapan idaman. Lepas tu makan lontong sejak petang semalam, malam tadi, lajak ke pagi ni. Alhamdulillah.

Puaih hati ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Mokcik tak reti masak. Takat jadi makanan tu boleh la. ๐Ÿ˜




Ini resepi yang mokcik guna. U ols pepandai tambah la itu ini kalau resepi yang mokcik guna ni tak menepati kriteria kuah lodeh peberet u ols ye..

Bahan-bahan kisar:
segenggam udang kering
sebiji bawang besar
5biji bawang merah
1inci kunyit
1inci lengkuas

 Bahan kuah:
1paket santan
5cawan air
gula garam secukup rasa
fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 
serai 2batang diketuk

Cara-cara membuatnya:
panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



Sedia dihidang bersama potongan nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah serunding daging/ayam. Selamat mencuba ☺







08 March 2019

PK24 ADVANCED : PRODUCT REVIEW




PK24 Advanced ๐Ÿ’ž 


Produk keremajaan bahagian intim wanita yang selamat digunakan oleh semua golongan wanita terutamanya bagi mereka yang telah berumahtangga, berusia (menopaus) dan yang telah melahirkan. Ianya dapat membantu otot pada bahagian intim wanita kembali kuat. 



Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kekeringan terutamanya ibu-ibu yang menyusu dan yang telah melahirkan. Yang paling penting, produk ini telah diuji secara klinikal dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Ia juga tidak mempunyai bau dan bahan pewarna. Kesan penggunaan boleh dirasai seawal 10 minit setelah disapu pada bahagian tersebut. Sebaiknya digunakan 2x sehari atau 1x sehari atau apabila perlu.




PK24 Advanced boleh dijadikan sebagai alternatif kepada wanita yang memerlukan penyelesaian untuk masalah/merawat bahagian keintiman. Juga sesuai bagi wanita yang tidak dapat mengamalkan produk herba untuk menguatkan kembali otot pada bahagian tersebut. Dapatkan PK24 Advanced di mana-mana klinik atau hospital. Pastikan hanya produk yang original.


 Selamat mecuba๐Ÿ˜‰ 

www.pk24advanced.com 

Pengedar utama: www.cosderm.com.my
 #pk24advanced