09 April 2020

Projek sepanjang PKP/RMO


Assalamualaikum

Korang ada projek tak sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan? Husband Dini suka menanam. Kebetulan pula banyak kawasan lapang sekitar kuaters. Bolehlah tanam beberapa jenis sayur sikit-sebanyak. 



Sejak awal kahwin lagi cik abe Dini suka bercucuk-tanam. Awal 2012 dulu dia tanam pokok limau kasturi, limau purut, pandan, dengan kesum. Tapi kawasan terhad masa tu semuanya bersimen. Makanya tanam dalam pasu sahaja.




2013 kami berpindah ke rumah sewa baru. Kat belakang rumah sana ada tanah lapang. Dia pindahkan pokok-pokok yang dah subur dari dalam pasu kat kat rumah sewa lama ke laman belakang rumah sewa yang baru. Alhamdulillah, semuanya hidup subur. Cuma, semua kena makan dengan arnab akhirnya pada tahun 2019 termasuklah pokok kunyit, ulam raja, dan juga pokok bunga kantan 😂



Tahun 2020, tanam pokok bendi, sawi, lada besar, lada burung, kailan, serai wangi, limau kasturi, limau nipis, kesum, bayam brazil dan akan bertambah lagi.


Nampak subur meranum semuanya, Alhmdulillah. Nanti tuai hasil tanaman ni kongsi dengan jiran dan juga saudara-mara terdekat. Hehehe.. manfaatkan cuti sepanjang PKP ni tau. Semoga Malaysia dan dan seluruh dunia segera bebas daripada Covid-19, aaamin.


#stayathome #kitajagakita #qurantime

07 April 2020

Resepi Sandwich Egg Mayo Simple

Assalamualaikum
😁 Musim PKP apa lagi mahu buat... Ambil gambar masakan je lah yang paling banyak. Outdoor mana nak hado kan? Jadi, jomlah tengok ambe nak kongsikan sandwich egg mayo yang senang mudah simple gitchew.



Bahan-bahan:
Telur 2biji
4keping roti
Mayonis
Lada sulah
Sedikit garam (tak letak pun tak apa)

Optional:
Mentega untuk sapuan roti
Hirisan timun, tomato, salad. Semua dini tak letak 😂

Cara-cara:

1. Goreng telur hancur menggunakan nonstick pan tanpa guna minyak.



2. Masukkan telur hancur, mayonis dalam dua sudu, lada sulah dalam setengah sudu kecil-1sudu kecil ikut citarasa, boleh masukkan sedikit garam kalau suka. Tak masukkan garam pun dah cukup rasa dah mayonis tu sebenarnya. Gaul rata



3. Sapukan mentega pada roti (tak sapu pun tak apa). Letak inti setebal mana yang korang suka. Kalau korang  suka letak hirisan timun ke tomato ke letak terus masa ni. Lepas tu boleh potong 2 atau potong 4 secara segitiga.





Haa... Sedia dihidang. 😊 Dini malas nak rebus telur, lepas tu nk kopek kulit telur pula. Makanya buat scramble macam ni lebih ringkas. Sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau makan petang. 

Selamat mencuba ! #stayathome

04 April 2020

AISYAH Istri Rasulullah Lyrics | MOHAMED TAREK & MOHAMED YOUSSEF



Lirik Bahasa Arab
ضياء منه القمر يستحي كُلُّ النِّسَاءِ تَؤَدّ أَنْ تَكُون مِثلَكي يَا عَائِشَةُ بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ حَبِيببُ رَسُولُ اللَّهِ فازت بِقَلْبِ خَيْرٌ الْمُرْسَلِين فِي الْعِلْمِ فَاقَت عِلمَ كُلِّ الْعَالَمِين خَبَرٌ جَلِيلٌ يَزِفه جِبْرِيل يَجُوبُ الدُنْيا عائشة حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فَصِرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتِ أَبِي بكرٍ حَبِيبًا رَفِيقًي النَّبِيِّ رسول الله عائشة حَبَاك اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتِ أَبِي بكرٍ يَا عَائِشَةُ حَمِيرًا حَبِيب رَفِيقٌ النَّبِىّ رَسُولُ اللَّهِ رَفِيقهُ النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ حُبّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوق الْمُعْجِزَات ياعائشه بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ رَفِيقِه النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ حُبّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوق الْمُعْجِزَات ياعائشه بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ عائشة حَبَاك اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتِ أَبِي بكرٍ حَبِيبًا رَفِيقًي النَّبِيِّ رسول الله عائشة Lyrics Walid salahuddin Music Arranger & Mix Mahmoud Awad #MohamedTarek #محمد_طارق #Aisyah

Credit to : https://youtu.be/2zl4aAXtegE


02 April 2020

Resepi Roti Puri Mudah

Assalamualaikum
Salam Stay at Home 😊


Dah lebih 14hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, hari ni baru berkesempatan untuk update blog. Dini ada buat roti puri petang tadi. Jadi Dini nak kongsikan dengan korang resepi yang Dini gunakan untuk buat roti puri yang mudah dan ringkas.


Resepi Roti Puri:

2cawan tepung gandum
1sudu besar gula
1/2sudu kecil garam
1sudu besar yis (tak letak pun tak apa)
3sudu besar minyak masak
3/4 cawan air suam


Cara-cara membuatnya:
Satukan gandum + yis. Gaul rata. Dalam cawan berisi air suam, larutkan gula dan garam. Masukkan minyak masak dalam bekas sebatian gandum yis. Kemudian tambah air suam sikit demi sedikit sampai doh tak melekat pada tangan. Melekat sikit-sikit tu biasa lah 😁


Perap doh selama 10minit kemudian boleh gelek sebesar bola pingpong untuk digoreng. Jangan gelek nipis sangat. Goreng dalam minyak yang banyak, sederhana panas. Tengah goreng tu boleh simbah minyak atas roti tu sampai kembung dan dan terbalikkan.




Macam ini lah rupa roti puri yang Dini buat. Elok kembungnya 😁 percubaan pertama buat sendiri. Sebelum ni suami yang buatkan. Hehehe. 


Dini suka cicah dengan sambal sardin. Roti puri ni boleh juga dihidangkan bersama kari ayam/daging/ikan, sambal ikan bilis, sambal kosong, atau dimakan dengan begitu sahaja. Okay, selamat mencuba!

19 December 2019

Selamat tinggal, Titi

Arnab pertama peliharaan Darwish ada dua ekor. Kedua-duanya arnab betina. Pemberian oleh kawan Darwish di Pasti Al-Munawwarah bernama Anis Sofia dalam bulan Mei 2018. Seekor dinamakan Titi dan seekor lagi diberi nama Tutu. Titi berwarna kelabu muda manakala Tutu pula berwarna kelabu gelap. Sebenarnya dah lama Darwish mohon nak bela kucing/ arnab tapi mama dan papanya tak pandai nak jaga. Tambahan pula bila kami balik kampung makan masa sebulan juga. Risau bila ada haiwan peliharaan, nak tinggalkan lama-lama.

Setelah mendapat tips-tips yang meyakinkan oleh mama Anis Sofia, mama Darwish pun bersetuju untuk mengambil dua ekor arnab dari rumahnya. Alhamdulillah, dapat percuma je. Dengan syarat, jaga elok-elok. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak tau.




Maka lepas tu bermulalah episod Darwish dan arnab-arnabnya. Pagi petang siang malam mengadap arnab je kerjanya. Sebelum masuk tidur pun dia jenguk lagi arnab dia. Masa tu, bela arnab depan rumah dalam sangkar. 2minggu lepas tu papa Darwish bersihkan halaman belakang rumah untuk bagi arnab-arnab ni bebas. Letak pallet dengan botol air je dalam sangkar. Nanti pandai-pandai dia masuk makan dan minum sendiri.


.
3hari lepas bagi mereka bebas di belakang rumah, mama dan Darwish pulang ke Kelantan terlebih dahulu sebab masa tu, Sarawak dapat cuti selama sebulan untuk perayaan Gawai + Raya + cuti sekolah. Papa Darwish menyusul 4hari kemudian. Sebelum tinggalkan Titi dan Tutu di belakang rumah, ada mama pesan pada jiran sebelah rumah minta tengok-tengokkan mereka kalau-kalau makanan habis ke air habis ke. Nanti jiran sebelah baling dari pagar rumahnya sayuran untuk mereka makan kalau-kalau makanan mereka habis. Maklumlah sebulan lamanya meninggalkan mereka. Risau juga.



Namun, sekembalinya kami ke Miri, didapati seekor arnab hilang. Tutu yang hilang. Jiran sebelah cakap, beberapa hari sebelum tu ada terhidu bau bangkai. tapi tak lama. dalam 2-3hari je katanya. Mencarilah mama dan papa ke sana sini seluruh pelusuk belakang rumah. Tapi tak ketemu juga. Alhamdulillah, Titi yang dalam gambar-gambar Darwish duk pegang ni selamat sihat walafiat. Nampaklah banyak pokok-pokok di belakang rumah tu dimakan olehnya.



Keesokan harinya papa Darwish mencari lagi di mana hilangnya Tutu. Disebabkan ada nampak kesan cakaran pada kotak polisterin hidroponik papa + ada kesan muntah, papanya tergerak hati nak buka kotak tu. Dan akhirnya... terjawab sudah kehilangan Tutu. Rasanya Tutu mati dalam kotak tu akibat tersedut muncung pam racun yang mungkin disangka botol air. Ada kesan muntah kat luar kotak tu. Maksudnya, Tutu keracunan dan dia tahu dia nak mati, lalu membawa diri ke dalam kotak tu. Huhuuu...



Tinggallah Titi seekor menemani Darwish sampailah 4bulan selepas tu mama Anis Sofia bagi pinjam seekor arnab jantan untuk bagi Titi mengawan. Alhamdulillah, lepas daripada tu, Titi asyik beranak je sampailah kami dah nak pindah pun dia masih ada baby kat dalam lubang. memang sayu sangat nak tinggalkan Titi. Tapi apakandaya, jodoh kami sekeluarga dengan Titi sampai 2 Disember 2019 sahaja.


Selamat tinggal Titi. Banyak kenangan kami sekeluarga dengan Titi. Semoga Titi selamat dan berbahagia dengan tuan baru Titi di Miri. Kami saaaayang Titi. Gambar-gambar ni, lebih kurang seminggu sebelum Titi diserahkan kepada tuan barunya. Gambar kenangan buat tatapan anakanda kesayangan mama, Rayyan Darwish.