Kulit kering dengan Dini tak dapat dipisahkan. Dini mengalami kulit kering sejak selepas bersalinkan anak pertama. Sebelum kahwin, kulit Dini jenis berminyak dan mudah juga naik jerawat. Sepanjang Dini mengandungkan anak pertama Dini tak pakai sebarang produk rawatan muka. Waktu tu rasa malas dan juga Dini ada terbaca mengenai apa yang kita sapu pada kulit mungkin boleh berikan efek pada bayi dalam kandungan. Maka sepanjang tempoh kehamilan Dini abaikan rutin skincare. Sekali haaa, kulit jadi kering kontang pula lepas bersalin. Macam musim kemarau, hehe. Padan muka, malas sangat kan...
Bila nak cari pelembap kulit je mesti Dini cari jenis water based sebab produk water based sangat bagus untuk kulit kering. Nak rawat kulit kering ni bukan senang. Kena rajin pakai pelembap setiap hari. Selalu baca tips memilih produk untuk kulit kering mesti cari kandungan utamanya adalah air.
Dan Dini dah jumpa. yeay! Hansaegee Aqua Whitening Cream. Dini 'in love' sangat dengan pelembap muka yang satu ni sebab bila pakai je kulit Dini betul-betul lembap. Kandungan pelembap ni pun helok-helok belaka. Krim ni tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben tau. Jom cekidaut :
Water, Cyclopentasiiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-1-/1 Dimethicone, DMDM Hydantion, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Tengok, kandungan utamanya water, kan? Tambahan pula krim pelembap ini mengandungi ekstrak herba dan minyak biji benih Camellia Japonica yang bagus untuk memperbaiki kelembapan kulit. Rumusan ini juga menjadikan kulit semakin cerah dan anjal serta bagus juga digunakan untuk melegakan kesan kemerahan akibat sunburn pada kulit. Sebabnya krim pelembab ni bersifat sejuk dan menghidrakan kulit.
Sesuai sangatlah dipakai dalam iklim negara kita ni. Yang paling penting, ia bersifat non-comedogenic yang sesuai untuk kulit sensitif dan melindungi faktor penyebab berlakunya jerawat. Tak risau tentang jerawat dah. Tengok tekstur krim ni pun dah boleh nampak krim ni terrrsangatlah lembap, kan...
Cara pakainya mudah sahaja. Yang paling penting, cuci muka terlebih dahulu. Macam Dini, selalu pakai pada waktu pagi selepas mandi. Lepas mandi tentulah kita dah bersihkan muka, kan... Siapa mandi tak cuci muka sini Dini nak rotan! Haha..
Okay lepas tu ambil sikit krim pelembab Aqua Hansaegee oles pada kulit muka dan urut lembut sampai rasa keluar titisan air halus. Kemudian dap dap je bagi titisan-tisan air tu meresap elok dalam kulit. Alaa... tampo-tampo manja camtu. Jangan duk tampo laju-laju lah karang ada juga yang berbekas setepek tapak tangan kat muka.
Jangan lupa pakai pelembap siang dan malam di muka dan leher barulah lembap sokmo kulit tu. Sebelum pakai pada kulit muka kalau risau tak sesuai ke apa, cuba dekat tangan dulu dalam beberapa hari.
Nampak, kan water drop tu? Wow!
Pemakaian pelembap ini secara konsisten dapat mencerahkan kulit dari dalam kerana Aqua Whitening Cream mengandungi kandungan Niacinamide iaitu vitamin B3 yang sangat bagus bertindak mencerahkan serta mampu mengawal sebum/ minyak pada kulit wajah. Oleh sebab itu, tona kulit akan jadi lebih bagus, cerah, sihat dan berseri. Tak adalah nampak kesan kulit menggelupas dan garis halus lagi. Tak nak lah nampak kulit lebih tua daripada usia sebenar, kan? Nak cantik kena rajin. Kalau malas, tak mampu den nak nolong aiiii.
Bau krim pelembap ni wangi tau! Bau macam... Hm.., namanya aqua.. haruman macam aqua gitu. Boleh imagine tak baunya? Bau fresh. Yes! Fresh! Korang pun mesti suka jugalah pelembap aqua ni sebab teksturnya pun ringan je tak rasa melekit.
Testimoni
Dini dah pakai selama seminggu pelembap ni. So far, Alhamduillah tak ada kesan sampingan. Helok je kejadiannya. Kulit rasa fresh. Bila tengok cermin tak nampak dah garis-garis kulit kering. Maklumlah biasanya Dini suka skip sapu pelembap bila dah jadi surirumah. Kekononya boleh cantik semulajadi uhwekkkkk sangat. Memang tidok leeee. Kena pakai produk rawatan wajah juga kalau nak jaga kesihatan kulit. Komen Dini mengenai Hansaegee Aqua Whitening Cream:
- Mudah meresap dan tak melekit
- Harum segar bau dan rasa kulit
- Kurangkan garis-garis halus
- Liang pori pun kurang jelas kelihatan dah (sebab kulit Dini terlampau kering)
- Jerawat tak ada naik
- kulit nampak lebih cerah
- Bila pakai waktu makan, bangun pagi tu rasa glowing je kulit awwww!
- Pakai masa duduk rumah pun selesa sebab tak berminyak, kalau makeup pun tak bercapuk.
- Lagi best bila gabungkan dengan Hansaegee CC Cream
- Suka tengok efek water drop masa tengah sapu pelembap
- Hansaegee dah jadi produk penjagaan kulit favourite Dini!
Tengok ni Dini pakai krim aqua dekat rumah. Tak mekap pun. Cuma Aqua Whitening Cream + oles lipbalm. Simple gaya suri rumah. Hehehe...
Yang ni pula Dini ready nak keluar rumah. Jadi, Dini add on CC Cream dari Hansaegee Nature juga dan pakai lipmatte dan blusher. Satu sebelum keluar rumah, satu masa kat taman tengah berpeluh main dengan famili. Haaa... makeup tetap nampak glowing dan tak bercapuk, kan? Sukaaaa sangat! Tak susah-susah nak touch up dah. kecuali kalau makan makanan berminyak, comot lah sikit lipmatte tu kan. Topup lipmatte je lah, gitewwww.
Korang yang rasa nak cuba juga dapatkan krim pelembap Aqua dari Hansaegee boleh tekan link di bawah. Dijamin authentic:
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
ramai dah kata elok produk ni...
ReplyDeleteMantap bu info nya. Sebelum dicoba pada wajah sebaiknya di coba pada bagian tubuh lainnya seperti tangan untuk mengetahui efeknya
ReplyDeleteEna pakai cc cream je sampai sekarang mmg bestlah jimat n myka tak rosak. Yang moisturiser ni pon baca review ckp best. Mcm nak try jgkla
ReplyDeleteRamai cakap produk ni bagusss sangat. Nak kena carik jugak laa nanti.
ReplyDelete