22 December 2020

BEGEDIL HIGH PROTEIN KIMBALL

 


Assalamualaikum dan hai hai hai korang! 


Ada yang dah tengok ig story Dini tak? Mesti dah tengok tu kan? Dini ada kongsikan hari tu video Dini buat unboxing satu kotak besar dengan riben hijau kuning dari Kimball Malaysia bersempena Kempen Kompem Gaya Malaysia. 



Alhamdulillah syukur sangat sebab Dini dapat pelbagai jenis produk keluaran Kimball dalam kotak istimewa tu. Jom tengok apa yang Dini dapat dalam kotak istimewa Kimball. Haaaa… inilah dia:




  • Sos Cili

  • Sos Tomato

  • Sos Tiram

  • Sos BBQ

  • Sos Cili Thai

  • Sup Tomato

  • Chick Peas (Kacang Kuda)

  • Tomato Puree

  • Foul Medammas (Kacang Parang)

  • Sos Spageti Tradisional

  • Spaghetti Pasta

  • Apron

  • 2X Pinggan Kimball

  • Welcome Card + Recipe Card




Apron & 2biji pinggan Kimball



Caption pada pinggan tu comel je… "Masak dengan Kimball la tu." & "Tambah ler lagi!" Hehehe...



Kad resepi & welcome card



Keluarga Dini memang gemar gunakan sos-sos jenama Kimball. Rasanya yang sungguh enak dan kena dengan selera tekak Malaysian ni. Selalu guna sos buat pencicah, perapan dan dalam masakan. Pastu masakan pun rasa enak macam dekat restoran. Sedap! Pastanya pun kami semua suka.



Kalau korang nak tahu, Kimball  merupakan produk tempatan keluaran Malaysia yang sudah terkenal sejak tahun 1970an lagi. Kompemlah rasanya digemari oleh masyarakat Malaysia. Setaraf dengan produk antarabangsa. Yang penting, ianya Halal.





Okay sekarang Dini nak kongsikan dengan korang satu resepi. Resepi ini Dini olah sendiri sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau diet. Hidangan ni menggunakan Kacang Kuda Kimball dan juga Sos Cili Thai Kimball. Kalau korang nak cicah Sos Cili Kimball pun boleh juga. Punnnn sedap!



Korang tahu tak? Dini baru je tahu rupanya Kimball ada produk Kacang Parang dengan Kacang Kuda dalam tin. Lepas cuba rebus kacang kuda Kimball satu famili Dini teruja sebab kacang kuda tu cepat lembut. Gebu.. sedap lemak-lemak. Teruslah terinspirasi buat resepi ni.





Tadaaa! Memperkenalkan… Begedil High Protein diberi nama. Begedil ni mampu mengeyangkan perut tau. Sebab tu Dini cakap tadi menu ni boleh jadi hidangan untuk diet. Nak makan macam tu sahaja boleh, cicah sos pun boleh, makan bersama menu lain pun juga boleh. Jom tengok resepinya:





Bahan yang diperlukan:


  • Setengah tin Kacang Kuda Kimball

  • 2biji ubi kentang saiz sederhana

  • 1tin tuna in chunk (ditoskan minyaknya)

  • Sedikit bayam brazil dihiris halus

  • 2biji cili padi dihiris halus

  • Setengah biji bawang besar dicincang halus

  • Sebiji telur 

  • Garam secukup rasa

  • Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball (untuk pencicah)




Cara-cara membuatnya:



Rebus ubi kentang dan kacang kuda Kimball terlebih dahulu, toskan kemudian lenyek hancur kesemuanya.




Gaulkan bersama kesemua bahan kecuali telur. Boleh masukkan garam juga jika suka. Dini tak letak garam dalam adunan ni.





Kemudian bentukkan begedil tu tak kisah nak buat membulat ke membujur ke… ikut suka koranglah ya. Dini suka bentukkan bujur-bujur.





Macam ni… dah ready untuk dicelup telur.





Telur tu kacau sebati dulu tau dan masukkan sedikit garam. Nak tambah pepper pun boleh juga.





Celup-celup pastu susun ke dalam loyang air fryer / oven. Nak goreng pun boleh tak ada masalah. 







Dini guna suhu 160'c selama 15-20minit. Ikut kesesuaian air fryer korang juga ya. Bakar sampai  begedil nampak kekuningan, kalau nak lebih garing tambah lagi 5minit. Seeloknya sejukkan dahulu sebelum dihidang sebab masa panas-panas tu begedil macam lembik. Tapi bila dan sejuk just nice je bentuk dia. Tak jadi mudah pecah macam ketika masih panas.






Yeayyy! Dah siap Begedil High Protein Dini. Bolehlah dihidang bersama Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball. Dini suuuuka sangat Sos Cili Kimball. Rasanya sangat berbeza. Secukup rasa sangat sosnya tu. Kalu buat burger mesti letak Sos Cili Kimball.  Sos Cili Thai pula Dini suka buat cicah keropok lekor, french fries, ayam goreng, cucur.. alahai kecur liur pula sebut banyak-banyak menu, hehehe… ha ni nak buat cicah dengan begedil. Nikmat betul. Cenggini haaa 👍🏻





Ada baaanyak lagi resepi masakan Malaysia bersama Kimball yang korang boleh cuba. Layari https://kimball.com.my/recipe.html



Dengan Kimball, masakan di rumah pun rasa seperti masakan restaurant. Kompem Gaya Malaysia. Seisi keluarga semua menggemarinya. Jom korang kita masak-masak guna resepi Kimball. 

Selamat mencuba!



Info lanjut: 

Website: https://kimball.com.my/ 

FB Page: KIMBALL MALAYSIA 





#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

13 comments:

  1. Okay nanti nak try la plak bergedil letak kacang kuda camni.. healthy betul ni pakai air fryer je..

    ReplyDelete
  2. thanks Dini share resipi menarik ni.
    this one nampak mcm mudah nak buat.
    ok nak cari pula kacang kuda tu, saya suka makan, tapi malas nak rebus lama lama.

    ReplyDelete
  3. Menariknya resepi ni. Yaya pun baru tahu ni Kimball ada kacang kuda dalam tin.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu Dini... cicah pulak dengan sos kimball fevvvvv

    ReplyDelete
  5. wahh menariknya resepi ni harus cuba lah.. tambah makan dgn sos kimball tu sedap la cicah

    ReplyDelete
  6. Thanks for the recipe Dini! Boleh try :)

    ReplyDelete
  7. nmpk sedap tu begedil high protein sbb guna tuna..biasa mkn begedil daging or ayam

    ReplyDelete
  8. Wahh nampak sedap plak dini masak. Ena pon suka jgk produk kimball mcm pasta n mayonis xmiss ada kt rumah

    ReplyDelete
  9. Fuyooo nampak sedap jer ni. Kena try jugak laa nanti untuk anak2.

    ReplyDelete
  10. wah sedap lah nampak resepi ni. nak buat lah nanti.

    ReplyDelete
  11. Menarik menu ni. Cam senang je nak buat. Boleh try ni

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaa tengok.. Ok nak try buat nnati.. Pkp ni boleh buat

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.