Showing posts with label berpuasa di bulan muharram. Show all posts
Showing posts with label berpuasa di bulan muharram. Show all posts

22 July 2012

Day 1 | Berpuasa ketika hamil

-



Alhamdulillah... dah selamat puasa sehari semalam ^___^ hari ni pun rasa macam Alhamdulillah juga... tak ada sebarang simptom yang perlu dikhuatiri sepanjang kehamilan. 2 3 minggu lagi, Wallahu'alam... banyak yang dni baca dalam forum mengatakan seminggu dua puasa okay lagi, pastu badan mula jadi cepat penat sebab kekurangan air dalam badan. tak semua... kebanyakannya sahaja... jadi, jangan risau, selagi mampu, kita kerjakan ibadah puasa dengan semampu yang mungkin.




menu bersahur:

  • 7biji buah kurma
  • semangkuk bijirin + susu
  • setengah liter air masak


menu berbuka puasa dni pada hari pertama puasa adalah:

  • 4suap nasi bersama sup ayam
  • 3biji buah kurma
  • segelas air soya
  • dua gelas air masak
  • sedikit murtabak


sebelah malam antara jam 10-12 pula dni ambil:
  • 2biji kurma
  • sedikit murtabak
  • secawan 100 plus
  • dua keping roti
  • sekeping biskut bersalut coklat timtam
  • supplement: vitamin c, Fish Oil, VCO, tablet susu kambing, WUM
  • setengah liter air masak



dni paling suka makan buah kurma Yusuf Taiyoob. sedap dan terasa energy yang dibekalkan oleh kurma tu. biasanya dni beli yang Amina, Golden Fruit, kurma Madu, dan Safiyya. yang paling sedap adalah Golden Fruitlah bagi dni... tapi kalau nak rasa kegebuan buah kurma, dni makan Kurma Madu. sedap!






sekarang ni ada pula kurma terbaru YuTa iaitu chocodate... dni dah beli... cuma beli rasa lagi keenakan buah kurma bersalut coklat dan berintikan kacang almond. hari ni InsyaAllah dni akan cuba dan besok dni buat review ^__^ sepanjang kehamilan, eloklak bakal ibu ambil sebanyak yang boleh buah kurma untuk bekalkan tenaga. seriously, rasa tak cepat letih dengan pengambilan buah kurma. yang penting, air pun kena minum dalam kuantiti yang banyak taw... sebab kita tengah pregnant, kalau kurang air cepat aje kena dehidrasi dan juga buasir. tekanan janin makin kuat dalam perut... so, kena perbanyakkan air masak taw...




Sabda Rasulullah SAW:


“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


-