22 July 2012

Day 1 | Berpuasa ketika hamil

-



Alhamdulillah... dah selamat puasa sehari semalam ^___^ hari ni pun rasa macam Alhamdulillah juga... tak ada sebarang simptom yang perlu dikhuatiri sepanjang kehamilan. 2 3 minggu lagi, Wallahu'alam... banyak yang dni baca dalam forum mengatakan seminggu dua puasa okay lagi, pastu badan mula jadi cepat penat sebab kekurangan air dalam badan. tak semua... kebanyakannya sahaja... jadi, jangan risau, selagi mampu, kita kerjakan ibadah puasa dengan semampu yang mungkin.




menu bersahur:

  • 7biji buah kurma
  • semangkuk bijirin + susu
  • setengah liter air masak


menu berbuka puasa dni pada hari pertama puasa adalah:

  • 4suap nasi bersama sup ayam
  • 3biji buah kurma
  • segelas air soya
  • dua gelas air masak
  • sedikit murtabak


sebelah malam antara jam 10-12 pula dni ambil:
  • 2biji kurma
  • sedikit murtabak
  • secawan 100 plus
  • dua keping roti
  • sekeping biskut bersalut coklat timtam
  • supplement: vitamin c, Fish Oil, VCO, tablet susu kambing, WUM
  • setengah liter air masak



dni paling suka makan buah kurma Yusuf Taiyoob. sedap dan terasa energy yang dibekalkan oleh kurma tu. biasanya dni beli yang Amina, Golden Fruit, kurma Madu, dan Safiyya. yang paling sedap adalah Golden Fruitlah bagi dni... tapi kalau nak rasa kegebuan buah kurma, dni makan Kurma Madu. sedap!






sekarang ni ada pula kurma terbaru YuTa iaitu chocodate... dni dah beli... cuma beli rasa lagi keenakan buah kurma bersalut coklat dan berintikan kacang almond. hari ni InsyaAllah dni akan cuba dan besok dni buat review ^__^ sepanjang kehamilan, eloklak bakal ibu ambil sebanyak yang boleh buah kurma untuk bekalkan tenaga. seriously, rasa tak cepat letih dengan pengambilan buah kurma. yang penting, air pun kena minum dalam kuantiti yang banyak taw... sebab kita tengah pregnant, kalau kurang air cepat aje kena dehidrasi dan juga buasir. tekanan janin makin kuat dalam perut... so, kena perbanyakkan air masak taw...




Sabda Rasulullah SAW:


“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


-

19 comments:

  1. waaaaahhh.,nanti nak try lah yuta;)mcm best jek;)

    ReplyDelete
  2. Waa...icee nk try jugkla yg yuta tu....:-)
    Bagusla dni mkn kurma bnyk...nnt baby dni mesti comel,bijak:-)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan al-mubarak utk dini & family me dh beli and baca citer dini kat majalh mingguan wanita :) comel cikgu dini :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Dini.. semoga terus diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan. minta doa padaNya..

    ReplyDelete
  5. sedapp choco date tu.rin pena makann.nyummmy :)

    ReplyDelete
  6. wahhh...sihatnyaa kak dini makan, buah kurma memang bagus untuk pregnant mommy :)

    ReplyDelete
  7. wah! hebat lah menu tu... boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  8. sikitnya dni makan...hmm cukup ye...selamat berpuasa ye dni..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, memang best kurma yusuftaiyob tu..marin ada beli gak...take carre dni..selamat berbuka :)

    ReplyDelete
  10. macam sedap je chocodate tu, nanti buat review le, kalau sedap boleh le beli

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, masih larat berpuasa.:) YM dulu pun, alhamdulillah sebulan puasa masa preggy Yayan, syukur alhamdulillah.:)
    Take care ya!

    ReplyDelete
  12. chocodate baru tu eh...nampak macam sedap je..hehe selamat berpuasa kak..

    ReplyDelete
  13. pastikan semua zat yang baby plus dni perlukan tu cukup. insyaAllah... okay je.

    ReplyDelete
  14. Nampak mcm bes je chocodate tu..hihihi

    ReplyDelete
  15. kurma baik untuk org mengandung tau..

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. moga berjaya hingga 30 hari ..

    kurma mmg banyak khasiatnya... ade juga dgr kurma coklat letak almond.. teringin nak rasa .. mesti sedappkan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.