24 July 2012

Day 4 | Berpuasa ketika hamil

-



hari ni dni beli makanan kat bazar je. besok InsyaAllah dni masak. tu pun kalau tak ke bazar. kalau dah ke bazar, alamatnya tak yah masak dah. beli 1 lauk pun dah cukup untuk makan dua orang. maklumlah kami duduk berdua je. makan berbuka bukan nak mentekedarah sangat. bila masuk waktu berbuka, makan sebiji kurma then minum air pun dah rasa kekenyangan sebenarnya kan...




today dni beli nasi dagang untuk suami tercinta. sebab semalam dia request nak nasi dagang tapi tak ada lak semalam. sian dia kempunan nak makan nasi dagang. suruh bini buatkan, bini tak reti. kih3... Alhamdulillah, nampaknya rezeki asben hari ni, ada dijual nasi dagang di bazar berlaukkan acar dan juga gulai kari ikan tongkol. orang teganu lak yang buat. kena lah dengan selera asben. untuk dni pulak dni beli lontong dan bubur kacang hijau. tapi berbuka dengan lontong je. bubur dni simpan dalam peti. makan besoklah kut ^__^





menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari ni adalah:



BERSAHUR :

  • 7biji kurma
  • air masak
  • sekeping roti disalut mentega kacang
  • sebiji kueh cara




BERBUKA :

  • 3 biji kurma
  • air masak
  • segelas air tebu
  • lontong

(antara jam 9-11malam)

  • 5biji kurma
  • kerepek ubi
  • supplement (vco, fish oil, vita c, tablet susu kambing, wum)
  • air masak


itu sahajalah yang dni makan pada hari ni. no coklat! haha... nak tahu tak kenapa? sebab hari ni dni makan buah kurma madu YuTa. tahap kelazatannya dah rasa nikmat macam makan coklat. sedap tak terperi... Alhamdulillah... gebu-gebu gtu rasanya kan... chocodate dni dah makan semalam. jap lagi or besok dni wat review eyyy!





untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.





-

Pregnancy check up | Besok dni kena ke klinik!

-



-_____-" sebenarnya dni tengah rasa tak best nih... coz besok ada pregnancy check up di klinik kesihatan ibu dan anak. korang tau-tau lah kan kalau kena dengan nurse yang tegas, dia konfem nak suruh minum air gula sebab kerajaan kita dah buat syarat baru... tak kira keturunan ibu mengandung ada penyakit kencing manis atau tak, ibu mengandung tu tetap kena buat ujian minum air gula bagi memastikan penyakit diabetes ada atau tak pada diri ibu mengandung tu.




memanglah bagus sebagai langkah pencegahan awal. tapi, kena minum air gula tu lah yang tak bestnyerrr... ekceli dni disuruh nurse pegi buat ujian minum air gula last month. pastu dni cakap kat nurse tu dni nak pegi dekat private clinic je tak mo buat di hospital kerajaan. dni sebutkan nama klinik dni nak pergi then nurse tu luluskan. dia cakap klinik tu okay untuk buat ujian...




lepas pegi klinik swasta, doc cakap dni tak perlu buat ujian tu melainkan berat badan dni naik mendadak bulan depan. maknanya THIS MONTH! huhuhhh... dia cakap kalau berat badan dni naik dalam 3-4kg, dni better buat ujian minum air gula. isk isk isk... apa yang tak bestnya sebab bulan ni kalau kena minum air gula... sebab bulan puasa. maknanya kena tinggal puasa la selama satu hari. sobsss :'( itupun kalau besoknya tak letih... maklumlah ujian tu kena ambik darah paling kurang 2x... kena inject untuk amik darah tu pulak kalau tak jumpa urat alamatnye bersedialah kena inject banyak tempat, huhu ngeri... masa dni check up dekat klink swasta, dia cuma test guna alat pengesan kandungan gula dalam darah tu je... keputusannya cuma 4.3mmol. so doc kata tak perlu risau...





cuma... dni risau skang ni besok. uwaaa :'(



-

Ardini Humaira dalam Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya 2012

-




dah beli majalah kegemaran ramai Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya bercoverkan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU ke belum? kalau belum... cepat beli! ekceli majalah ni memang menarik. terutamanya edisi bumper raya coz ada baaanyak resipi raya untuk kita rujuk kat dalam tu...so kalau korang rasa rugi je nak beli sebab nak baca cerita dni, better korang pk kan resipi yang best2 dalam tu. konfem rasa tak rugi hehehe







cuma kali ni lebih bermakna bagi dni... sebab dni masuk dalam majalah tu pulak. kih3... dni ada story mengenai hal ni beberapa hari yang lepas kat ENTRY INI. pengalaman pertama dihubungi oleh penulis majalah yang nak tulis story mengenai family dni untuk dimuatkan kat dalam MW. ALhamdulillah, rezeki... ^__^







asben dni dah belikan majalah tu, tapi dni malas nak snap gambar, copy from blog kak Tihara je lah yang blog mengenai kisah dni dalam majalah tu. thanks kak Tihara!






kalau korang nak baca kisah dni, boleh buka page 100-102 eyh... hehe... thanks pada yang dah beli MW edisi bumper raya 2012!
*blushing*





-

23 July 2012

Al-kisah sebelum pregnancy test naik dua jalur

-
bukan kisah jalur gemilang ni eyh u ols... jalur lebar pun bukan. ni al-kisah mengenai pregnancy test yang naik dua jalur merah kerana menandakan seorang wanita itu positif hamil. saja dni nak share dengan korang kenangan manis dni dengan asben pada 14 januari yang lepas...
malam sebelum dni buat ujian pregnancy dni ada teringiiiiiiiiiin sangat nak makan kek di secret recipe. rasa tak menahan. rasa nak menangis kalau tak dapat. rasa nak merajuk kalau asben takmo bawak pegi beli kek idaman. Alhamdulillah, masatu asben dni dah macam syak sesuatu. bini dia lain macam punya teringin. hehe... so malam tu we ol ke bandar, beli kek secret recipe dan balik untuk makan... masa sampai rumah, blackout la pulak. isk isk... terbantut hasrat nak ngap dengan jayanya... ye lah suasana gelap gelita... syukur ada beli lilin buat standby kalau-kalau blackout. makan kek bercahayakan lilin ajelah malam tu... lepas makan, rasa happy! kalau ada termometer ukur tahap kegembiraan, sah-sah dah boleh dni tayang kat sini skali tahap gembira dni dapat pekena kek SR yang diidamkan. hahaha! tapi tak ado. so boleh bagitau je lah betapa gembiranya dni...
besok paginya masa bangun tido nak solat subuh, dni capai pregnancy test yang dibeli di watsons. selama ni dok test lepas lunch hour. tak tahu pulak kena test sesubuh pagi... rupanya tepat jangkaan dni... dni pregnant! naik dua jalur pagi tu... terus meluru kasi ke asben tengok. pastu dia blur... sengih dengan muka macam berdebar ke apa tak tahulah. haha! lepas solat, dia mms gambar tu pada kawan dia yang dah ado pengalaman... kawan dia cakap dah dua jalur tu betullah tu pregnant... kena p check kat klinik lah sahkan... excitednye laaa kan ^__^
Alhamdulillah, lepas ke klinik pada 25 januari doktor sahkan dni betul-betul dah pregnant masa tu lebih kurang 7minggu... itu je lah yang dni nak stori.. hik3 -

Produk yang boleh digunakan untuk melegakan strechmark ketika hamil

-



strechmark/regangang kulit ketika hamil adalah satu perkara biasa berlaku kerana kulit semakin menegang apabila bayi semakin membesar. bukan setakat kulit perut sahaja yang meregang... malah, bahagian dada dan pinggul pun sama... kalau google gambar-gambar strechmark, ada yang menggerunkan dan ada pula yang cuma dapat strechmark yang tidak ketara...




Alhamdulillah, buat masa ni strechmark yang dni alamai bukan pada tahap yang teruk. cuma, still ada. terutamanya bahagian perut. ada nampk jalur-jalur menjalar kat bahagian tu. hubbylah yang tegur... kalau dia tak tegur, dni tak sedar pun dni ada strechmark. seriously! sebab tak jelas sangat warna pada masa tu. sekarang ni makin besar perut, makin jelas sikit warnanya...






pada mulanya, dni cuma pakai losyen vitamin e dan cocoa butter. tapi tak jalan.. bila pakai losyen je kalau berpeluh, ada rasa gatal-gatal.. kulit pun macam dapat tindak balas negatif. so dni stop.. dni bertukar kepada minyak... dni guna minyak kelapa dara aje untuk disapukan pada bahagian strechmark. ALhamdulillah tak ada rasa gatal dan kulit merah-merah. cuma satu je lah... ada bau minyak kelapa sikit... soft-soft gtu je baunya. komen dni, okaylah guna vco liquid. tak gatal dan strechmark tak makin teruk...







biasanya yang ada strechmark akan pilih bio oil sebagai solusinya kan? dni pun sama.. ada beli juga bio oil. baunya agak wangi dan bila pakai pun cepat nampak kesan. cuma.... harganyalah, agak mahal sikit berbanding minyak kelapa dara. so dni tukar-tukar aje guna vco dan bio oil. dua-dua dni guna ^__^





satu lagi produk femes untuk melegakan strechmark adalah palmer's cocoa butter. yang ni dni tak pernah guna minyaknya... dni pernah guna yang jenis losyen. maybe losyen tak okay dengan kulit dni yang jenis kering. jadi, dni pilih guna produk berasaskan minyak... so, no komen untuk produk ni. hehe...




pureen pun ada losyen khas untuk strechmark. dni pernah tengok tapi tak pernah cuba sebab terang-terang dah yang ni jenis losyen. so dni rijek awal-awal coz dni tak boleh guna losyen... alahan dengan losyen kut sejak preggy nih. dulu kalau pakai losyen okay je. sekarang, asal pakai je rasa gatal. sobsss....




so pada mana-mana mom to be yang ada strechmark jangan risau... tu normal. yang penting u ols jangan menggaru kat kawasan berlaku regangan. nanti bertambah teruk. setakat ni Alhamdulillah dni pakai vco liquid dan bio oil tak ada sebarang efek gatal. okay dan sesuai dengan dni. pakai b4 tdo jelah kebiasaannya. kalau pakai waktu tengahari, badan berpeluh. tapi sebaiknya pakai lepas mandi. dni je pemalas... suka pakai b4 tdo...




kalau korang dah malas sangat nak pakai, minta tolong je asben yang lumurkan. haha.... ada kemanjaan di situ ;p yang penting, pakai! kalau korang biarkan macam tu je, alahai... nanti susah nak hilangkan strechmark tu tau... tak cunnn nanti kulit u ols :)


-