02 July 2012

Widget About Me beserta gambar | Thanks Jijah!

-



suka!!! sebab dni dah berjaya edit widget untuk About Me kat blog dengan jayanya setelah mengikuti tutorial yang dibuat oleh Jijah. ni bukan About Me yang biasa tu taw. boleh letak gambar... memang menarik ^__^







sape2 nak add fb dni leh klik kat situ je. nak g blogshop dni pun dah siap kat situ... birthday dni pun dah terpampang... so pasni akak-akak yang dok panggil dni kak/sis tu boleh sengih2 ye. sebab dni buat bisnes online, ramai yang lebih tua daripada dni dok panggil dni akak lak. kih3... kadang rasa lawak juga ;p



nak buat About Me korang jadi cemni juga?
jom ke blog Jijah. klik aje kat nama Jijah tu ye...
^__^



-

01 July 2012

Kamar baby yang cantik!

-



sebenarnya, dni tak ada niat pun nak tidur berasingan dengan baby dni nanti. cuma, bila dah mood nak ada anak, kan... sajalah nak cuci mata tengok decoration bilik bayi yang cantik-cantik dan comel. disebabkan asben dni minat dengan warna hijau wasabi (rasanya laaa sebab banyak barang dia beli berwarna wasabi/pucungpisang sejak akhir-akhir ni, hehe). so dni pun dah mula tertarik dengan warna hijau macam tu... hinggakan nak tengok deco warna bilik bayi pun dni hendap yang warna-warna tu juga....




froggy! waaaa rasa nak siapkan felt craft bentuk froggy untuk anak dni ^___^ idea!


idea warna bilik warna hijau pucuk pisang + biru muda menjadi pujaan hati dni. comel sangat! kombinasi warna yang agak menarik perhatian dni. maybe sebab dni suka kaler biru, asben lak minat hijau... jadi rasa macam warna ni serasi bersama pula. haha!






yang ni nampak simple tapi agak comel sebab bagi dni warnanya agak ceria. sesuai untuk baby. suka!





yang ni pula lebih lengkap... full set untuk bilik tidur baby, comelnyeee kalau ada bilik ceria macam ni. tapi tu lah... tak sampai hati nak tidur berasingan dengan si kecil. tunggu dia masuk umo 5-6tahun baru nak suruh dia tido berasingan. hehe...







dan bilik ni... err... ternganga okay bila dni tengok... whoaaaa lawa kemain!
dah macam tempat beradu si putera raja, piiiwittt ;)
mana nak cari katil bayi yang comel cemni? ada sape2 tahu tak? ngeee...
berkenan!




-

28 June 2012

Pregnancy check up

-



hari ni dni kerja... mengajar dari jam 9am-12pm. walaupun kena mengajar jam 9, kol 8 dah kena siap-siap... pastu gerak p sekolah... kol 12 habis kelas, makan masa beberapa minit juga nak sampai ke rumah... sampai je rumah. al-konfemlah macam lipas kudung pulak hendap-hendap ke dapo buat kerja dapo... hehe... tak nyempat nak blogging hari ni...







pastu dalam kul 1-2 cemtu nak gerak ke klinik ibu dan anak... ada check up... dah beberapa hari tertangguh nak pegi sebab hubby busy ada meeting. dia tak izinkan dni pegi sorang diri sebab dia risau. jalan ke klinik tu agak bahaya juga. + kalau kena suntik, konfem2 dni lembik. kah3. lawak btoi. dah pregnancy check up konfem2 kena suntik kat jari tu kan. haih....




syukurlah klinik desa kat sini tak banyak songeh... dia cuma tanya pelekat pada buku rekod merah dni tu warna apa je. bila dni cakap warna putih, dia jawab okey boleh datang hari khamis. maybe kalau pelekat tu warna lain, tak boleh kut? ngahahaha memandai je buat andaian... dni blogwalking later eyyy u ols ^__^




p/s:
fuhhh, tengah dupdapdupdap nak timbang berat hari ni ;p





-

Dapat doodle dan header tema pregnancy yang comel free from Azzah

-Link



hajat di hati nak tempah header sedondon dengan doodle tapi Azzah tak sudi lak... bukan tak sudi ambil tempahan... tapi tak sudi ambik bayaran... dia nak bagi hadiah je katanya. sebab setakat ni dia buat untuk bereksperimentasi dengan karya yang dihasilkannya tu. jadi dni adalah one of yang bertuah dapat doodle free daripada beliau sebab tak lama lagi beliau nak buka tempahan dah. hehehe... rezeki jangan ditolak... Alhamdulillah dah dapat doodle idaman kalbu... comel pulak tu...



ini doodle yang dni dapat... siap pakai maternity dress polkadot biru putih. i like!








dan ini pula header yang dibuat untuk dni. tq dikkk!!!
sukaaa tawwww, terharu tahap max dah ni :')
cantik cantik cantik!




sape-sape nak tengok entry khas Azzah buat untuk dni boleh klink kat sini eyyy :

DOODLE DAN HEADER UNTUK BAKAL IBU



jom jom jom ke blog Azzah cuci mata tengok doodle yang comel-comel. banyak freebies untuk korang tau yang Azzah izinkan untuk copy. jangan lupa credit untuk dia tau kalau dah copy karya dia... ^__^




-

26 June 2012

Dah tercabut permata cincin pertunangan daku...

-


sedihnyaaa... permata pada cincin pertunangan dni dah hilang! tak tahulah bila tercabut permata tu. sedar-sedar dah tak ada. nak cari kat mana pun dni tak tahu. dah bagitahu kat hubby.. naseb baik tak kena bebel. hehe... risau gak sebab careless. tapi dah dia nak tercabut nak wat cemano, kan... bukan dni sengajakan ;p







rupa asal cincin tu adalah kat dalam gambar bawah ni... cincin yang atas tu... cincin yang kat bawah tu cincin yang hubby kasi masa lamar dni. awwww ^__^





dah 4-5buah kedai emas kat miri nih dni tanyakan nak pasang diamond baru pada cincin tu tapi semuanya suruh tinggalkan kat kedai pastu cakap siap dalam 2-3hari. sies dni paling tak suka tinggal-tinggal barang gitu... so dni decide nak pasang nati balik Kelantanlah... senang. p je kedai yang dni beli cincin tu. tapi lambat lagi lah gamaknye. huhu... togel la dia beberapa bulan ni...


-