17 July 2012

Tips menyusu | Petola dapat memperbanyakkan susu ibu

-




sesetengah ibu ada masalah kurang air susu... nak menyusukan baby tapi air susu pula yang kurang... susah juga, kan? dni berharap nanti dni dapat breasfeedkan baby dni dengan baik... InsyaAllah...




comelnye baby!


kalau ada ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan air susu, boleh cuba tips ni... rebus petola atau buat sup petola... amalkan makan sayur petola... sebab ianya dapat merangsang pengaliran air susu. selain tu juga boleh cuba pucuk betik... yang penting, kena rajin-rajin buat urusan sambil baca selawat dan berfikiran positif untuk menyusukan baby. InsyaAllah dapat merangsang pengeluaran air susu...


-

Red Velvet Cake | Teringin nak buat sendiri

-



asben dah belikan oven untuk kegunaan kami masa ado sale hari tu... oven yang berharga RM198 kalau tak silap dni, jadi RM79.. sale satu hari... rembat terus sebab teruja tengok harga yang super berbaloi-balai tahap maksima. bukan senang nak dapat harga murah cemtu, kan? hehe...




red velvet yang comel!


buat masa ni, oven tu asben dni dok guna buat ayam panggang. coz tak ado pemanggang, guna ajelah oven tu. sebelum ni dia duk guna microwave je... dni lak dah rasmikan oven tu masak chicken lasagna. now, dni tengah berhasrat nak buat kek red velvet. last makan masa kenduri kawen dni disember yang lepas... lama giler dah tak pekena kek red velvet taw... gulp!









hantaran kawen dni hari tu, red velvet cupcakes dengan cheese frosting berkaler turquoise dan violet. suka sangat dapat kek comel tu... InsyaAllah weekend ni dni nak cuba resipi red velvet cake. nak buat cupcake rasa cam mahal lak kos belanja beli mangkuk ayun tu. haha! buat je la sebijik kek, kan? then kalau menjadik, leh bukak tempahan... vavavavava berangan sudah ;p



-

11 July 2012

Kartun doodle bermesejkan dakwah | Beruntungnya mereka yang punya kreativiti

-



dni tertarik dengan kartun-doodle hasil karya FatinHambaHina yang berbentuk islamik. bukan setakat kanak-kanak suka tengok kecomelan kartun sebegini. orang dewasa pun suka termasuklah dni, hehehe. Alhamdulillah... secara tidak langsung, ianya dapat menyampaikan mesej dakwah dan peringatan buat kita semua dengan lebih ringan dan santai. hati gembira, ilmu pun dapat. bestnye! banyak pahala empunya diri yang kreatif menghasilkan kartun bermotifkan dakwah sebegini...








gambar paling last tu, dni dah jadikan sebagai wallpaper pada laptop dni. sangat comel... jom ke blog FatinHambaHina untuk dapatkan ilmu agama yang lebih santai penyampaiannya. menarik dan kreatif! bertuahnya beliau punya daya kreativiti sedemikian... ^__^




-

10 July 2012

Mengira gerakan bayi di dalam kandungan

-



actually dni masih dalam samar-samar cara mengira gerakan bayi di dalam kandungan seperti yang telah disarankan oleh nurse. masa check up di private clinic pun dni terlupa nak tanya doktor macam mana cara mengira dengan betul tu. yang dni pasti, baby dalam kandungan dni bergerak setiap jam. kadang-kadang kuat, kadang-kadang banyak kali, kadang-kadang slow...






dni ada terbaca cara kiraan gerakan bayi di forum-forum bakal ibu. tapi, cara diorang kira tu tak sama. maybe sebab penerangan nurse pada diorang tu berlainan kut kan... contohnya macam ni:




  1. mengira dari jam 9pagi-10pagi... dalam masa 1 jam, cukupkan 10 gerakan... kalau jam seterusnya kurang dari 10 gerakan, mungkin baby ada masalah.
  2. mengira dari jam 9pagi-1omalam. kira gerakan yang paling kuat. dalam masa 1 jam gerakan yang paling kuat dikira 1x gerakan... jam seterusnya pun kalau baby gerak banyak kali dikira satu. cuma ambil kira yang paling kuat.



dua keadaan ni... yang mana satu betul cara kiraannya ya? dni pun tak pasti. apa yang dni pasti, baby dni setiap 1 jam, kadang cukup 10x, kadang tak cukup, kadang lebih 10kali. dengan pusingannya, dengan tendangannya... dengan rasa macam dikuis-kuisnya... hehe... boleh terkejut dni kalau kena tendang kuat2. so..., yang dah berpengalaman, macam mana korang kira gerakan baby ya?boleh share tak dengan dni yang baru nak belajar nih ^___^




-

e-book percuma untuk Mom to be dan juga Dad to be!


tengahari tadi dni dapat satu email daripada Suzlin berkenaan dengan e-book yang sesuai untuk dibaca oleh para bakal ibu dan bapa. terus rasa terharu... sebab cik adik manis Suzlin sudi berkongsi ilmu dengan mom to be nih... :') sobsss...





email daripada Suzlin

lepas bukak je laptop, terus dni download e-book yang Suzlin berikan. InsyaAllah, malam ni dni nak godek-godek e-book tu.







Linkkorang berminat tak nak dapatkan e-book M2B dan D2B? boleh ke blog Suzlin dan baca ENTRY beliau berkenaan BUKU BABY. ada beliau selitkan di situ macam mana caranya untuk dapatkan e-book ini secara percuma. kalau nak tahu, kena pegi blog dia dulu taw ^____^




actually bukan M2B je boleh baca... yang mana merancang nak kawen, merancang nak baby, dan yang bujang pun boleh baca. jadikan ilmu sebagai persiapan di masa akan datang. ceywah... so... apa tunggu lagi? cepat ke blog Suzlin sekarang!






klik sini:



-