07 May 2019

Hari Guru SK Kampung Luak 2019

Assalamualaikum. Hai semua ^___^


Dni nak kongsikan warna-warni sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Luak.  Setahun, hanya sekali... gitewww. Haruslah abadikan kenangan di blog kesayaangan ni. Tahun 2019 sambutan hari guru yang dianjurkan oleh PIBG SKKL bertemakan "Orang Kampung". Meriah sungguh suasana dengan warna-warni gaya orang kampung pelbagai tradisi di Sarawak.


Warga pendidik SK Kampung Luak 2019


candid ;)

daku menyelit kat depan tu, hehe



Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua PIBG yang terlibat bersusah-payah dan meluangkan masa bersama kami warga pendidik di sana. Layanan tiptop. Walaupun daku cuma seorang guru kafa di sana, tapi tak ada layanan berat sebelah, semua sama rata. ^___^ rasa dihargai gitew. Di bawah ni antara gambar momen Hari Guru yang dapat dipotretkan.

bersama Ustazah Hasnita & diapit oleh ajk PIBG


 Bersama Ustazah Siti Fatimah

bersama Guru Kelas Darwish, Cikgu Jenifer Tamoh

bersama ahli kumpulan 1 ketika acara sukaneka (tidak kelihatan, Guru Besar berbaju melayu biru)



bersama cikgu-cikgu yang ayu di bawah pokok ^__^ Ustazah Zalwani, Ustazah Dayang Islawaty, Cikgu Thahirah, Ustazah Hajrah, Ustazah Hasnita & Ustazah Humi Hermilia


diapit oleh Ustazah Hasnita & Ustazah Humi Hermilia


Barisan pedidik guru kafa



senget pula gambar yang darwish ambilkan ni... bersama Ustazah Dayang Islawaty.


teman sejawat ;) bunga kat sisi kepala tu sebenarnya brooch sejak tahun 2011 lagi. dijaga rapi. sebab asalnya tempah bunga tu untuk dipakai ketika majlis kahwin. tapi tak jadi. ada sentimental value. hehe



okay, next entry nak cerita mengenai hari guru Darwish dan kawan-kawannya pula.

bye!

11 March 2019

Resepi Kuah Lodeh Lontong simple dan sedap

Mokcik terliur nak makan lontong sejak minggu lepas. Last makan lontong masa raya tahun lepas u olsss. Tu yang rasa teringinnn sangat nak makan. Sebab mokcik spisis suka makan lontong😆

Alhamdulillah semalam tercapai hajat nak makan lontong walaupun dah nak sampai ke rumah dari pasar baru teringat belum beli nasi himpit. Syukur cik abe mokcik paham mokcik betul-betul nak makan lontong, patah balik pegi kedai beli nasi himpit instant. Bertukanglah mokcik di dapur semalam menyiapkan santapan idaman. Lepas tu makan lontong sejak petang semalam, malam tadi, lajak ke pagi ni. Alhamdulillah.

Puaih hati 👍👍👍
Mokcik tak reti masak. Takat jadi makanan tu boleh la. 😁




Ini resepi yang mokcik guna. U ols pepandai tambah la itu ini kalau resepi yang mokcik guna ni tak menepati kriteria kuah lodeh peberet u ols ye..



Bahan-bahan kisar:
segenggam udang kering
sebiji bawang besar
10biji bawang merah
Sedikit kerisik
1inci kunyit
1inci lengkuas

 Bahan kuah:
 santan
 air
gula garam secukup rasa
fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 
serai 3batang diketuk

Cara-cara membuatnya:
panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



Sedia dihidang bersama potongan nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah serunding daging/ayam. Selamat mencuba ☺







10 January 2019

Resepi Ikan Masak Cuka



Resepi Ikan Masak Cuka
----------------------
(2orang makan)

Ikan tongkol/tenggiri/ikut suka
Serbuk kunyit
Bawang putih 2biji
Bawang merah 1biji
Bawang besar 1hiris
Lobak merah 2 inci
Lada besar/lada hijau/cilipadi
Air 1/2 cawan
1sk pes asam jawa
Cuka 2sb
Garam 1sk
Gula 2sb
1sk biji sawi
[Seeloknya tambah beberapa hirisan timun batang + tomato]

Cara-cara:
1) Gaul ikan dengan sedikit air + kunyit + garam. Goreng tak garing sangat tak apa. Ketepikan.

2) Gunakan minyak yang sama, tumis semua bawang, dah layu masukkan air, pes asam jawa, cuka, gula, garam. Gaul rata.

3) Masukkan semua bahan termasuk ikan goreng. Gaul sebati.

4) Agak-agak kuah nampak pekat sikit boleh angkat dan dihidang.

Selamat mencuba!😁


P/s: presentation fail tu memang pesen hakak😆


Sebenarnya tadi nak buat ikan singgang. Dah rendam ikan tongkol. Lama tu baru teringat tak ada lengkuas 😰

Acanerrr nak buat ikan singgang tak ada legkuas ni? Tak umpphhh lah pulak. Hakak tukar nak buat menu ikan tongkol goreng buat makan dengan sup sayur.

Tetiba hakak nampak ada biji sawi. 😀😀😀 dah goreng garing ikan tongkol pun hakak redah je buat jadi ikan masak cuka. Kihkihkih... Tak ada timun batang dengan tomato pun hakak on je. Hakak yang nak makan hakak lantakkk kan aje baha tak ikut protokol sangat. Janji masak.

Kbai!

09 January 2019

Resepi Peria Goreng Crispy





Resepi Peria Goreng Crispy
-----------------------
Peria
Air garam
Tepung Bestari





Cara-cara:
♦️Peria belah dua bahagian, potong halus.
♦️Rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 30minit. Toskan.
♦️Bancuh cair tepung bestari agak-agak tenggelam hirisan peria, biarkan selama mana korang nak perap. Hakak tadi hiris pagi, balik kerja jam 2 baru hakak goreng.
♦️Masa nak goreng, toskan air tepung bestari. Sediakan tepung bestari kering dalam mangkuk. Golek2 hirisan peria yang masih basah diperap tu dalam tepung bestari. Jangan tambah air dahm golek kering macam tu je.. Kang tak crispy pulok peria korang😅
♦️Goreng sampai keperangan. Siap untuk dimakan.

———————————————

Al-kisah💝
Tanjat hakak pagi tadi buka peti sejuk nampak ada peria. Maksud dia cik abe hakak beli peria semalam. Senyap-senyap aja dia eyyy... Sedap lettuwww makan kerabu peria hakak 😁

Hari ni hakak buat peria goreng crispy. Simple macam tu je lah resepinya. Tapi dap dap dap nyamnyammmm dah boleh dimakan dengan nasi atau diratah begitu saja👍

Selamat mencuba!

07 January 2019

Resepi Kerabu Peria Pegaga



Resepi Kerabu Peria Pegaga Berjemaah.
-------------------------
Bawang merah (1hiris halus, 1tumbuk)
Cili padi
Sedikit tomato
Limau kasturi/nipis
Peria
Pegaga (hiris, rendam air garam 1jam)
Udang kering(rendam air panas)
Sedikit lada hitam
Bunga kantan (optional)
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) Hiris pegaga, peria, tomato, bawang merah, bunga kantan. Satukan.
2) Tumbuk lada hitam. Asingkan.
3) Tumbuk udang kering, bawang merah, cili padi, garam, gula. Tumbuk manja je tak sampai hancur lebur.
4) Perah limau kasturi/nipis, satukan semua bahan dan gaul rata.

Dalam gambar ni, lada hitam ditabur atas kerabu. Sebab hakak terlupa nak tumbuk lada hitam tadi. Buktinya dalam bahan2 tu tak ada jelmaan lada hitam 😆 dah siap gaul baru teringat lahhhh apesal tak letak tadi!

Resepi ni hakak suka hati je buat. Resepi korang opkos lagi sedap. Tak ikut resepi hakak pun tak apo. Saja hakak tiberrr rajin ambil gambar nak tunjuk korang, nanti orang tak tahu pulak hakak selalu je masak kat rumah kennn? 😆😆😆 Hakak sebenarnya jarang buat kerabu pakai santan. Selalu kerabu hakak pakai limau kasturi je.

Suami hakak request nak kerabu peria. So hakak tumpang la sekaki pegaga yang hakak nak makan. Masuk dalam kerabu peria berjemaah. Hehehe... Makan pun nak berjemaah. Kerabu berjemaah la kekdahnya. Makanya nama dia kerabu peria pegaga berjemaah. Sekian terima kasseyhh 😊

Selamat mencuba!