12 September 2020

Safer Optics Anti-Blue Light Eyewear Cermin Mata Selamat Untuk Anak-anak

Anak-anak zaman sekarang semuanya pandai main gajet. Kebanyakannya suka tengok video dan juga main game. Ada juga yang suka swafoto. 


Jarang nak jumpa yang tak suka dengan gajet. Pantang nampak handphone. Berebut nak tengok sama. Sebab mak ayah mereka pun selalu pegang gajet je kat tangan tu kan? 





 
Ha... termasuklah penulis ni, hehehe. Teknologi masa kini memerlukan kita selalu menggunakan peranti digital/ gajet. Mahu tak mahu, anak tetap akan terdedah dengan penggunaan alatan ini. Ada kebaikan dan keburukan sebenarnya. 
 

Jadi, sebagai ibubapa kita tak boleh langsung sekat dan halang anak daripada menggunakannya. Kawal dan selalu berpesan kepada anak-anak mengenai kesan yang akan berlaku bila mereka terdedah dalam waktu yang agak lama pada gajet. 

Cara yang terbaik, tentukan pada jam berapa mereka dibenarkan guna gajet dan jam berapa mereka perlu berhenti atau beritahu had satu hari berapa jam sahaja mereka dibenarkan untuk guna gajet. InsyaaAllah mereka akan faham. Kita ibubapa yang perlu tegas dengan mereka. Selalulah pantau demi kebaikan dan kesihatan mata anak-anak.
 

Baru-baru ini Darwish kerap merah-merah mata. Hampir seminggu jugalah. Mama syak mata dia jadi merah sebab dia kerap main game guna komputer. Main game lama sangat, kalau mama tak tegur, haihhh! Tak pandai nak berhenti. 


Suatu hari tu mama ternampak kawan facebook mama kongsi cerita mengenai anaknya pakai kaca mata khas untuk anak-anak yang kerap main gajet. Wow, menarik! 
 
 

Cahaya biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Cahaya bertenaga tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina.

 


 
 
Risau dengan keadaan mata Darwish, makanya mama survey juga cermin mata untuk anak mama bagi melindungi dan menjaga kesihatan matanya daripada sinar biru semasa menggunakan gajet. Apa yang mama dapat kenal pasti, kaca mata dari Safer Optics ni bagus kerana:

  • melindungi mata daripada ketegangan akibat penggunaan gajet dalam tempoh yang lama
  • bantu kurangkan kekeringan mata
  • mempunyai penghalang UV + coating untuk sinar biru
  • bingkai fleksibel dan ringan - tidak mudah rosak kalau terpijak dan sebagainya
  • banyak pilihan warna dan bentuk yang menarik 
  • selamat untuk kanak-kanak 
  • kanta tanpa preskripsi
  • mempunyai waranti selama 1 tahun

  
 

Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala.  Kanta SaferOptics membantu melindungi mata anda dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini.


Dengan kebaikan itu semua dapat membantu kanak-kanak tidur dengan lebih berkualiti. Prihatin pada kesihatan mata anakanda sulung kesayangan ni mama buat pesanan di laman sesawang Safer Optics dan bagi Darwish sendiri pilih kaca mata yang dia suka. 






Darwish pilih cermin mata jenis Kids Rectangle warna Black Cherry. 


Faktor utama dia pilih bingkai cermin matawmata hitam + merah sebab dia nak pakai cermin mata sedondon dengan papanya. Nampak sangat dia teringin nak pakai cermin mata, kan? Haaa... tertunai sudah hasratnya dapat pakai cermin mata yang selamat tanpa preskripsi.

 
Oh, ya! Harga asal cermin mata ni RM88 tapi sekarang ada sale. Jadi  RM75 je. Jimat tau.


Ada dua pilihan variasi kanta yang ditawarkan iaitu Basic Blue Coat dan 420 Blue Coat dengan tambahan RM30. 


Total untuk cermin mata Darwish RM75+RM30=RM105. Pembelian RM100 ke atas di website Safer Optics secara automatik dapat penghantaran percuma. Wahh, bertambah jimat ni!


Lepas bincang dengan papa, mama pilih cermin mata untuk Darwish dengan tambahan 420 Blue Coat sebab:


Teknologi 420 Blue Coat dirancang khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Kurang cahaya pada mata, tabiat tidur yang lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.


 


Cara untuk menjaga kaca mata UV420 Hevl Blue Coat Lenses:
 
1. Jangan letakkan kaca mata secara terbalik
2. Bersihkan kaca mata sekerap yang mungkin bagi mengekalkannya dalam keadaan yang optimum
3. Bilas dengan air sebelum mengelap menggunakan kain 
4. Elakkan dari menggunakan chemical spray dan jauhkan dari suhu yang panas bagi mengelakkan dari kerosakan coating pada lens.
5. Simpan kaca mata dalam bekas apabila tidak digunakan.


Menariknya, dengan pembelian cermin mata dari Safer Optics kita akan dapat percuma candy-sized travel wipes dari Bare Nuhcessities. Cuma rendam sekejap dalam air dan ianya boleh diguanakan sebagai pengelap cermin mata dan juga untuk kegunaan lain.
Ada freegift sticker comel-comel juga tau. Anak-anak tentu gembira bila dapat parcel dari Safer Optics. 

Saksikan sendiri keterujaan Darwish unboxing bungkusan dari Safer Optics. Mama dan papa jadikan sebagai hadiah uangtahun kelahirannya yang ke-8. Kena rajin-rajin pakai masa main game dan jaga elok-elok hadiah daripada mama dan papa ni tau, sayang.
 
 
 

Mama bagi 5 bintang kepada Safer Optics kerana dari layanan dan juga proses penghantarannya yang sangat cepat dan produknya juga berkualiti tinggi. Recommended! Berbaloi sangatlah belikan untuk anak kita.
 




Sekarang bukan setakat pakai buat tengok gajet, keluar jalan-jalan pun dia pakai juga cermin mata. Nak bergayalah tu kononnya. Anak oh anak! 😆
 
 
Korang yang nak belikan cermin mata Safer Optics untuk anak-anak bolehlah buat pesanan di:
Website: http://www.saferoptics.com
Whatsapp: 012-4662990


05 September 2020

MAJLIS PELANCARAN LOGO MUSLIM-FRIENDLY ACCOMMODATION RECOGNITION




Islamic Tourism Centre (ITC), merupakan salah satu dari 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia telah memperkenalkan Muslim-friendly Accommodation Recognition (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan.



Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetapkan standard akan tetapi memberi peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. Konsep 'mesra Muslim' telah mulai mendapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dankemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan halal dan pengalaman rohani yang dapat ditawarkan oleh hotel.




Bagi memastikan inisiatif ini terus memberikan momentum yang berterusan kepada industri perhotelan negara, majlis pelancran logo ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim.



MENGENAI ISLAMIC TOURISM CENTRE

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat.




ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kepada kementerian, pemegang taruh dan juga penggiat industri.


Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mempromosikan muhibah di kalangan umat manusia.


12 July 2020

KOOLIT Produk Berkesan Untuk Kulit Kering, Gatal dan Sensitif


Bagi individu yang mengalami masalah kulit kering atau sensitif semestinya sukar untuk memilih dan menggunakan produk yang sesuai dan serasi. Bila kawan-kawan Dini perkenalkan produk 3 rangkaian Koolit yang dipercayai mampu merawat masalah kulit kering dan sensitif dengan formulasi daripada bahan natural, terus Dini teruja nak cuba. Hasilnya, Alhamdulillah Produk Koolit serasi dengan kulit Dini.




3 PILIHAN PRODUK KOOLIT



Terdapat 3 pilihan produk Koolit di pasaran iaitu Koolit Soothing Lotion, Koolit Gentle Body Wash dan juga Koolit Calming Cream. Ketiga-tiga jenis produk ini berbeza fungsinya. Kesemua rangkaian produk Koolit diformulasikan dengan akar manis yang kaya 40x antioksidan serta mampu mencerahkan kulit.





KOOLIT GENTLE BODY WASH 300ml
(RM45)

Body Wash ini sangat istimewa kerana ia mampu membersihkan kotoran pada kulit/badan tanpa bilas. Haaaa! Tak perlu guna air, tak jadi masalah. Terutamanya untuk kegunaan mereka yang mengalami masalah kulit merekah atau melecet. Tentu pedih jika terkena air atau sabun biasa, kan? Maka Koolit Body Wash boleh dijadikan sebagai solusi bagi masalah ini. Cara penggunaanya mudah sahaja. ratakan pada bahagian kulit dan boleh dibilas dengan air atau lap sahaja dengan tuala lembap.


Kebaikan Koolit Body Wash adalah:
  • Formulasi tanpa bilas : boleh digunakan dengan atau tanpa air
  • Mengandungi Vitamin E & C
  • Sesuai juga dijadikan sebagai makeup remover
  • Pewangi yang diperakui IFRA
  • Tanpa paraben



KOOLIT SOOTHING LOTION
(RM35)


Losyen sangat penting bagi kegunaan mereka yang mengalami masalah kulit kering. Nak pilih losyen bukan mudah. Silap pilih losyen, makin kering kulit kita jadinya. Bukan itu je, silap haribulan kulit boleh jadi gatal-gatal pula.

Alhamdulillah, losyen ni serasi dengan kulit Dini. Paling best, losyen Koolit tak melekit tak berminyak. lembut dan lembapkan kulit dengan sekata. Dini sapu pada bahagian perut yang semakin membesar dengan jayanya... Masuk minggu ke-36 kandungan ni biasalah, kulit sekitar perut semakin meregang. Syukur dapat guna losyen Koolit setakat ni tak pernah rasa masalah gatal-gatal dan strechmark pun tak ketara. Cuma kesan strechmark kandungan pertama dulu masih ada. Biasalah tu kan. Hehe...

Dini juga gunakan losyen Koolit sapu pada bahagian kulit kering yang lain. Kulit Dini jenis kering sampai menggelupas. Itu yang teruja betul nak cuba produk Koolit. Nak tahu keberkesanannya ke atas kulit kering yang Dini alami, Dini ada kongsikan kat bawah nanti.


Kebaikan Koolit Soothing Lotion adalah:
  • Penyerapan pantas
  • Tak berminyak, melembapkan kulit serta-merta
  • Mengandungi 40x antioksidan
  • Diperkaya dengan minyak jojoba
  • Kaya dengan Vitamin E semulajadi
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk bayi



KOOLIT CALMING CREAM
(RM48)

Krim ini teksturnya lebih pekat daripada Koolit Soothing Lotion yang bertindak lebih berkesan merawat kelembapan kulit yang terlalu kering, sensitif dan juga lebih tahan lama. Ia mampu melegakan kerengsaan kulit. Bagi mereka yang alami kulit merekah, menggelupas teruk, bersisik, gatal-gatal lebih sesuai pilih jenis krim berbanding losyen.


Kebaikan Koolit Calming Cream adalah:
  • Penyerapan pantas
  • Tak berminyak
  • Sesuai untuk kulit kering yang serius dan mengalami iritasi
  • Mengandungi 40x antioksidan
  • Diperkaya dengan minyak zaitun
  • Kaya dengan Vitamin E semulajadi
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan selamat untuk kegunaan pada kulit bayi



Haaaa... inilah salah satu masalah kulit kering yang Dini alami. Menggelupas sana-sini. Termasuklah pada bahagian muka. Cuma Dini nak kongsikan testimoni pada bahagian tangan kat sini. Nak ambil gambar bahagian perut tak boleh pula...



Hari pertama penggunaan losyen Koolit. Sapu rata pada bahagian kulit kering.



Selepas 3hari, kulit masih kering tapi dah kurang.




Selepas 3minggu penggunaan. Dah tak jelas kesan kering pada kulit. Tak sapu losyen pun tak nampak menggelupas dah.



DAPATKAN KOOLIT

Nak dapatkan produk Koolit ni mudah je. Boleh beli di Watsons, Shopee, atau di mana-mana farmasi. Paling mudah kat Shopee lah. Terus sampai ke rumah.



Facebook:

Instagram:

Laman Web:

Shopee:




#KoolitForYourKulit #KoolitCompanion #kulitkering #kulitgatal #kulitsensitif #kulitcerah #penyerapanpantas #40xantioxidant




 

30 June 2020

Keria Viral Ganu Batu Burok

Husband Dini tiap kali ke bandar Kuala Terengganu mesti singgah ke Pantai Batu Burok. Pusing-pusing sekitar lepas tu singgah gerai jual kuih keria. Katanya, kuih keria di gerai tu sedap. Nama gerai tu Keria Viral Ganu / KVG.


Kueh keria KVG


Dini jarang makan kuih keria sebab di Miri dulu macam tak ada jual di gerai sekitar kediaman. Jadi, tak tahu nak bezakan keria tersedap, biasher-biasher, dengan yang tak berapa menjadi. Tahu makan sajalah nampaknya, hehehe...





Menariknya KVG  dipekdalam kotak sebegini. Bukan dalam plastik biasa. Sesuai dijadikan buah tangan juga kan..




Nak cari gerai ni mudah saja. Lokasi di jalan besar dekat Pantai Batu Burok. Selain itu,gerai  Keria Viral Ganu ni atau KVG juga banyak agent di sekitar seluruh kawasan Terengganu. Di mana-mana sahaja. Pendek kata, senang nak dapatkan KVG ni di area Terengganu. R



Harganya RM5 sekotak . Sedap. Dini recommend 😊👍 #keriaviralganu #kvg

16 June 2020

Resepi Biskut Ulat

Salam 24 Syawal. Alhamdulillah, kita semua dalam fasa PKPP yang membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri. Mana yang rindukan kampung halaman, dah boleh pulang beraya. Dini pun dah balik kampung jumpa keluarga di Kelantan pada minggu lepas. Syukur Alhamdulillah. Walaupun lewat 2minggu tapi dapat juga beraya di rumah keluarga.





Pada bulan Ramadan mulia yang lalu, anakanda Dini merayu-rayu nak makan biskut ulat. Permintaannya mama tunaikan juga atas sebab kasih dan sayang mama kepadanya yang tidak berbelah bahagi. Gituuu... Kasihan dia seorang diri tak ada aktiviti nak buat, papanya sibuk dengan kebun sawit di kampung. Maka mama jalankan aktiviti biskut raya bersama si teruna tercinta. Bahagianya dia bukan kepalang. Banyak jugalah yang dia uli sendiri. Dia juga yang nak makan. Abaikan sahajalah ada ulat gemuk, ulat kurus, ulat pendek, ulat panjang.





Awalnya Darwish minta nak biskut ulat warna hijau dengan biru, tapi pewarna biru di rumahnya tak ada. Pewarna merah pun tak ada. Jadi, mama masukkan sirap perisa ros dalam adunan. Yang warna hijau perisa asli, yang warna pink perisa ros. Setelah biskut ulat masak, Darwish kata ulat pink yang paling sedap. Rasa macam makan apam susu sebab berperisa sirap.



Dini guna resepi samperit susu. Oleh sebab itu, adunan biskut ini perlulah di tutup agar tak masuk angin. Kalau tak, adunan boleh jadi keras. Ambil adunan sikit-sikit untuk uli jadi ulat. Resepinya seperti di bawah:

130 tepung jagung
60g butter
3sudu besar susu pekat manis
Pewarna
Chocolate rice hitam


Cara membuatnya:
Masukkan susu pekar manis dan butter, gaul rata kemudian uli dengan tepung jagung hingga sebati.

Bahagikan doh adunan jika nak buat beberapa warna. Boleh simpan doh dalam peti seketika.

bentukkan doh panjang-panjang seperti badan ulat. Untuk bintik-bintik tu bulatkan kecil-kecil lepastu tampal pada ulat dah bolehlah gelekkan badan ulat menggunakan garfu bagi mendapatkan efek jalur.

Kemudian cucukkan chocolate rice warna hitam pada bahagian depan untuk dijadikan sebagai mata.

Bakar dalam suhu 170c selama 15-20minit mengikut oven masing-masing.






Lihatlah keceriaan di wajahnya.


1 adunan tu habis kat dia sorang je. Mama buat dua adunan. Darwish bagi pada kawan dan sepupunya juga. Cuma, pernah viral bila anak-anak terbiasa makan biskut ulat anak tu nampak ulat yang betul pun ambil masuk mulut. Ini mungkin bagi anak-anak dibawah usia 4tahun. Biasanya yang dah besar boleh bezakan biskut dengan ulat yang betul. Selalulah berpesan pada anak, ulat betul tu tak boleh dimakan. Itu sahajalah tipsnya. Sekian, selamat mencuba!