10 June 2020

JANA PENDAPATAN DI PGMALL | PGMALL MERCHANT RECRUITMENT




PGMALL merupakan satu-satunya Platform E-Dagang tempatan No1 di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017. Ia  menyediakan platform hebat kepada para usahawan besar atau kecil untuk memasarkan perniagaan di sana. Merujuk Iprice Insight, PGMALL mengungguli carta kedudukan di tangga yang ke-3 di antara platform-platform membeli-belah yang popular di Malaysia. Ini bermakna, PGMALL menjadi pilihan serta mempunyai kedudukan yang kukuh di pasaran Malaysia malahan semakin berkembang di seluruh Asia Tenggara (SEA).




Berdasarkan reputasinya yang kian cemerlang, PGMALL mengalu-alukan para usahawan terutamanya di Malaysia untuk bersaing secara sihat dalam bersama-sama menjana pendapatan di platform yang tersedia. Bahkan, PGMALL menyasarkan 10,000 penyertaan daripada usahawan pada tahun ini untuk berdagang di sana. Banyak kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh para usahawan melalui peluang keemasan ini. Jangan lepaskan peluang!




PUSAT NIAGA TANPA MODAL

Kelebihan  berdagang di PGMALL:

  • Pendaftaran percuma
  • Kempen pemasaran dalam dan luar talian yang percuma
  • Subsidi pemasaran percuma
  • Sokongan hebat dari 18 cawangan di Malaysia, Singapura dan Indonesia
  • Para usahawan disokong oleh pasukan sistem pengurusan maklumat dalaman yang padu bagi menjalankan pelbagai kempen membantu usahawan dalam menjadikan integrasi kedai yang kreatif
  • Rangkaian promosi media yang hebat

KEMUDAHAN APLIKASI

Aplikasi e-dompet kian popular di kalangan para pelanggan masa kini. Melalui PGMALL, pelanggan dapat memanfaatkan penggunaan e-dompet apabila melakukan pembelian keluar (checkout) secara terus dari laman web. Antara e-dompet yang terlibat adalah Maybank QRPAY, AliPay, GrabPay, TouchnGo, Boost dan beberapa lagi. Selain itu juga, para usahawan akan disokong oleh kempen bayaran melalui bank-bank terpilih pada setiap bulan bagi mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan bank terpilih untuk membayar barangan yang dibeli oleh mereka. Dengan ini, mereka dapat mengumpul mata ganjaran/ cashback berdasarkan kempen semasa.






RAKAN INTEGRASI


Dalam meningkatkan lagi mutu servisnya, PGMALL berintegrasi dengan pelbagai platform yang lain antaranya iStore iSend, Sellu Seller, Easy Sore, UpStore, Red Dino, Etailer, tresGo, dan banyak lagi.


KERJASAMA

Bagi melancarkan proses penghantaran produk kepada pelanggan/pembeli, PGMALL bekerjasama dengan syarikat penghantaran terkemuka di Malaysia iaitu POSLAJU, Skynet, GDex, DHL, ABX Express, JnT Express, Easy Parcel dan lain-lain.



Jadi, rebutlah peluang mendaftar sebagai peniaga/ usahawan di PGMALL sekarang!





Info lanjut di:
Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #Sellonline #sellonpgmall



07 June 2020

RAPH & REMY | HADIAH DAN KEPERLUAN BAYI DARI PREMIUM BAMBOO YANG EKSLUSIF

Stylish * Sustainanable * Personalised

Pengenalan

RAPH & REMY merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan barangan personalised  dan keperluan bayi dari Singapura yang membuat penghantaran ke seluruh negara. Ianya amat sesuai dijadikan sebagai hadiah buat si manja sebagai tanda meraikan kelahiran yang dinanti-nanti sama ada cahaya mata sendiri, saudara-mara, atau rakan taulan.

Semestinya ia mampu mencipta memori yang indah kepada kedua ibubapanya dan juga apabila bayi itu meningkat dewasa. Barangan ini boleh disimpan sebagai kenangan sewaktu masih kecil.




Exclusive packaging

Rekaan,  produk dan pengiktirafan

Jenama rekaan yang elegan dan ekslusif ini diinspirasikan oleh Eric & Tiffany sempena nama dua orang anak mereka iaitu Raph dan  Remy yang menampilkan pelbagai pilihan keperluan bayi berkualiti diperbuat daripada premium bamboo. Mereka bekerjasama dengan pengeluar tekstil mesra alam yang menjadikan premium bamboo sebagai material utama produk keperluan bayi bagi memastikan tesktil yang terhasil daripada produk mereka tahan lasak dan bebas dari reaksi alergi ke atas kulit bayi.

Ianya diiktiraf oleh OEKO-TEK sebagai produk keluaran yang bebas dari bahan kimia. Materialnya juga sesuai bagi iklim di Asia, mudah kering dan dicuci. Setiap produk yang keluarkannya juga dipek dengan bungkusan yang premium dan menarik.





Kategori produk

Produk yang ditawarkan di laman web Raph & Remy boleh dipilih berdasarkan kategori berikut:
  1. By Personalised
  2. By Apparel
  3. By Product
  4. By Textile
  5. Gift Sets

Antara keperluan bayi yang terdapat di Raph & Remy adalah:

  • Pakaian (rompers, sarung kaki & tangan, topi)
  • Selimut, kain bedung, tuala
  • Canvas
    Tote bag
  • Soother, teethers, changing mat, hanger
  • Mainan
  • Perhiasan bayi (bow clips, headbands)
  • Set hadiah
  • Gift card

++++++++++++++++++++++



Selain daripada pakaian, pembeli juga boleh personalised sulaman /ukiran nama   bayi pada barangan lain iaitu tuala, selimut, kain bedung, headband, sarung tangan & kaki, plush, set hadiah, bow clip dan juga penutup kepala.



++++++++++++++++++++++



Pilihan pakaian bayi


Terdapat 7 warna pilihan tersedia untuk persalinan bayi bagi Knotted Gowns (Klik di sini) dan juga Baby Onesise (Klik di sini). Pakaian ini direka dengan ciri khas yang sesuai digunakan oleh usia  bayi yang baru lahir sehingga 3 bulan kerana fabrik yang digunakan adalah boleh regang (strechable) dan sangat mudah disarungkan. Pembeli juga boleh personalised sulamn nama bayi dengan warna kegemaran pada setiap helaian pakaian tersebut.


++++++++++++++++++++++



Bedung bayi ini diperbuat daripada 100% fabrik viscose buluh yang premium dan didatangkan dengan 5 pilihan warna. Keupayaannya menyerap 3X ganda lebih daripada kain biasa dan sangat lembut untuk kulit bayi. Kain ini boleh digunapakai dengan pelbagai fungsi antaranya sebagai bedung, cadar bayi, tuala, kain lap, playmats, penutup stroller, dan pelindung penyusuan (breastfeeding covers).



++++++++++++++++++++++
Personalised BubbleGummy Teether


Teether ini diperbuat daripada beechwood dan manik silikon gred makanan bebas BPA yang selamat apabila digigit oleh bayi. Beechwood merupakan kayu yang tahan lama, lestari dan bersifat antibakteria secara semulajadi. Manik-manik silikonnya pula bertekstur lembut menenang dan mengurut gusi bayi tanpa kecederaan. Ia sangat sesuai untuk menceriakan bayi yang baru tumbuh gigi bagi melegakan gusi sambil bermain.

Boleh pilih warna manik dan ukir nama juga tau pada beechwood teether tu. Menjadikan teether tu sangat istimewa. Bila bawa ke rumah babysitter atau taska tak ada lagi masalah tertukar teether dengan bayi lain.


++++++++++++++++++++++


Pilihan Gift Set



Ada 4 pilihan bagi Gift Set iaitu 7 Essential Somethings Gift Set, Newborn Essential Collection Gift Set, Gift Box & Gift Greeting Card Bundle Deal dan juga E-Gift Card.


Newborn Essential Collection Gift Set

Newborn Essential Collection Gift Set (Klik di sini) sungguh sesuai dijadikan hadiah terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja menimang cahaya mata. Tak kiralah diberikan secara peribadi atau berkumpulan. Pastikan sebelum memesan set ini, ambil tahu dahulu nama yang diberikan kepada bayi bertuah tu, barulah boleh personalised sulaman namanya pada barangan Raph & Remy. Warna item dan juga sulaman nama boleh dipilih melalui laman web.

Dalam Gift Set ini terdapat:
Premium Bamboo Onesies (0-3m)
Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m)
Premium Bamboo Mittens (0-6m)
Premium Bamboo Baby Booties (0-6m)
Premium Bamboo Baby Socks (0-3m + 3-6m)
Premium Bamboo Swaddle
Premium Bamboo Reversible  Slouch Beanies
Premium Canvas Tote Bag
Gift Card



++++++++++++++++++++++






Lembut, bergaya dan mewah, SootherBuddy merupakan objek yang selamat untuk dijadikan sebagai daya penarik buat bayi berusia 6 bulan ke atas bagi meransang mood bayi merasa tenang dan leka dengannya. Dihasilkan daripada velboa kelabu asli yang sangat lembut dan dilapisi dengan sutera satin pada bahagian hadapannya memberikan efek selamat dan selesa kepada bayi bermain dengannya.


++++++++++++++++++++++



Kain selimut ini sungguh hebat kerana sesuai digunakan pada bila-bila masa tidak kira pada ketika suhu sejuk atau panas kerana ia mampu mengawal keadaan suhu semasa. Bayi akan sentiasa selesa dengan penggunaan selimut ini. Fabrik selimut ini mempunyai daya penyerapan 3x ganda daripada kain kapas biasa dan juga bersifat antibakteria semulajadi menghalang daripada berlakunya alergi kulit terhadap bayi.


++++++++++++++++++++++





Mampu mengeringkan kulit bayi dengan cepat. Raph & Remy mengekalkan fabrik daripada buluh organik pada item ini dengan campuran serat mikro bagi menjadikan tuala ini sangat lembut dan mempunyai daya tahan yang lebih kuat walaupun kerap dicuci. Tuala dan sarung tangan ini juga sangat sesuai digunakan oleh bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana ia bersifat hypoallergenic, antibakteria dan bebas dari bahan kimia.

Tuala ini juga boleh digunapakai dari usia bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun.


++++++++++++++++++++++


Percuma beg ekslusif


Istimewanya, setiap pembelian di Raph & Remy layak mendapat beg keluaran ekslusif dari Raph & Remy tanpa had pembelian.


++++++++++++++++++++++



Konsep membeli sambil beramal


Tidak itu sahaja, Raph & Remy juga menyalurkan 20% sumbangan daripada setiap pembelian amal Beg Kanvas Premium keluarannya yang sesuai digayakan oleh ke mana sahaja kepada pertubuhan amal THE RED PENCIL SINGAPORE.


++++++++++++++++++++++



Info lanjut dan pembelian boleh layari:





03 June 2020

Alahan/ Alergik dengan Zincofer Haematinic Capsules


Checkup di klinik pada bulan lepas, HB Dini drop dari 13 ke 11.0. Nurse macam biasa akan tanya makan supplement apa, ada ambil tak supplement yang klinik bekalkan. Dini berterus-terang. Awalnya Dini makan maltofer, bila kena serangan angin, sembelit, sakit urat dan demam seharian lepas makan maltofer, Dini jadi rasa 'gerun' nak cuba supplement yang ada 'fer' 'fer' tu. Jadi Dini ceritakan pada nurse. Dini cuma amalkan obimin.



Klinik ada bekalkan Zincofer. Cuma Dini simpan pada awalnya dengan hajat, nanti nak cuba makan juga zincofer. Manalah tahu sesuai, jadi tak perlu beli sendiri dah obimin. Memandangkan Hb Dini dah drop, nurse sarankan dini cuba Zincofer. Malam tu lepas balik klinik Dini makan sebelum tidur. Sebab Dini lebih selesa makan supplement sebelum masuk tidur.




Besok pagi tu Dini bangun macam biasa dan menanti apa rasa tindak balas daripada makan zincofer malamnya tu. Rasa macam, tak ada pening/ loya/ sebu perut/ nak demam atau apa-apa. Tak ada rasa yang aneh. Jadi Dini anggap mungkin Dini sesuai makan zincofer. Waktu tu, obimin cuma tinggal 2biji. Jadi Dini buat keputusan lepas ni boleh amalkan zincofer sahajalah. Tak perlu beli obimin di farmasi lagi.

Tak lama lepas tu, Dini siapkan sarapan pagi. Mula cuci dapur dan celah jari mula rasa ada naik biji gatal. Dini fikir mungkin kena gigit dengan semut. Dini abaikan biji gatal tu hinggalah ke tenghari, naik pula biji gatal di kedua belah siku dan lengan. Masa tu barulah terasa lain macam. Takkanlah kena gigit semut lagi, kan?


Petang tu tu naik lagi biji gatal di tapak tangan dan juga bertambah biji gatal di celah jari. Terus rasa mungkin ini alergik/ alahan dengan zincofer. Malam tu Dini buat carian dalam group ibu mengandung di facebook mengenai zincofer. Ternyata ada ibu yang pernah alami juga naik gatal-gatal lepas makan zincofer. Sah! Dini alahan dengan zincofer.




Malam tu Dini berhenti terus daripada ambil zincofer. Risau  nanti biji gatal naik lebih banyak. Rasa gatalnya tu sampai tergaru-garu. Hampir dua minggu jugalah biji gatal tu nak surut sepenuhnya. Lekat parut beberapa minggu sebab Dini menggaru. Mana tahan kalau tak garu. Gatal! Isk isk..


2minggu selepas tu Dini hadir untuk temujanji di klinik lagi dan jelaskan pada nurse apa yang Dini alami lepas makan sebiji Zincofer. Nurse tu sarankan Dini teruskan makan obimin saja memandangkan klinik tu tak ada bekalkan supplement ibu mengandung selain dari zincofer. Nanti Dini pulangkan zincofer yang selebihnya tu pada klinik.


Jadi sekarang, Dini cuma makan obimin untuk kandungan Dini, Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu yang ke-30. Berbaki 10minggu lagi untuk menemui ahli baru keluarga kami. InsyaaAllah... Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Doakan Dini ya!

02 June 2020

Bahan Bacaan Anak-anak | Komik Berunsur Islamik dan Penuh Pengajaran

Assalamualaikum, selamat pagi.


Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding sebelum ini. Sebelum PKP, anak-anak dapat ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan, boleh di bawa bersiar-siar di pasaraya, taman permainan, atau ke pantai. Semestinya ada rasa bosan bila tak dapat keluar seperti kebiasaan.




Komik-M : PTS Publications



Anak Dini, Darwish gemar baca komik sejak usia 6 tahun lepas dia dah lancar membaca. Sebelum ni Darwish selalu pilih komik Ana Muslim atau Boboiboy. Kali ini, mamanya yang belikan untuk dia komik tanpa pengetahuan dia. Surprise! Komik keluaran PTS iaitu Komik-M pelbagai siri. Harganya cuma RM7. Berpatutan!


Komik ini menarik minat Dini untuk hadiahkan kepada Darwish. Nampak santai, lucu dan Islamik. Disamping menghiburkan hati serta memupuk minat membaca Darwish, dapat juga dia mendalami ilmu berkenaan doa-doa dan juga solat 5 waktu secara santai dan berkesan. Sesuai dengan jiwa anak kecil seusianya. Bila belajar mengenai solat, biasanya anak cepat rasa bosan. Tapi melalui bahan bacaan komik sebegini InsyaAllah anak-anak akan rasa lebih mudah untuk mereka fahami, dekat dihati.




Diari Conteng Jimi Episod Kertas Ajaib oleh Fadhli Hamdan


Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan juga sukakan mata pelajaran Sains. Ada beberapa eksperimen yang bagus untuk dicuba oleh anak kita apabila membaca buku ini. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penceritaan terutamanya berkenaan dengan gigih berusaha serta semangat setia kawan.


Aidil Doodle Boy Episod Si Comot Oleh Ask Kun



Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan mahu membela kucing tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibubapanya. Namun kanak-kanak ini mampu mengatasi segala masalah dengan berkongsi ceritanya bersama teman rapat di sekolah. Tetapi di akhir cerita, ada masalah baru yang memerlukan pengorbanan. Cerita ini amat bagus dibaca oleh anak kita kerana mengajar mengenai tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, dan juga memupuk sifat penyayang.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Solat Imran Oleh Nazrul Ali


Cara untuk anak belajar solat dengan mudah dan berkesan. Kenapa? Sebab buku ini penuh dengan ilustrasi santai mengajar anak kita bagaimana dan mengapa kita perlu solat 5 waktu. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Imran yang gigih memperbaiki cara solatnya kerana tidak mendapat pendidikan solat dari rumah oleh keluarganya. Akhirnya Imran berjaya solat dengan tertib dan sempurna berkat dari kesabaran, kegigihan, dan tunjuk ajar daripada Ustaznya di sekolah. Bahkan, keluarganya juga turut menjaga solat selepas melihat kesungguhan Imran belajar solat.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Doa Imran Oleh Nazrul Ali


Kadang-kala kita terlupa untuk mengajar anak kita membaca doa-doa lazim atau anak kita sebenarnya pernah belajar doa-doa ini sejak mereka di tadika tetapi apabila jarang dipraktikkan di rumah, maka mereka terlupa. Dengan membaca buku ini, anak-anak akan lebih faham mengapa kita perlu berdoa dan adat berdoa. Kisah Imran yang mempraktikkan berdoa kepada Allah apabila menghajati sesuatu juga wajar dicontohi oleh anak kita.


Alhamdulillah, Darwish pun dah khatam baca kesemua 4buah buku yang mama beli tu. Setiap kali dia habis baca buku, mama akan tanya dia apa yang Darwish faham melalui cerita yang telah dibacanya. Lepas tu, mama akan suruh dia ulang lagi baca buku yang sama selepas beberapa minggu.


Sebenarnya banyak lagi judul buku keluaran Komik-M tetapi Dini baru sahaja beli 4 buah judul ini. InsyaaAllah di lain masa Dini tambah lagi koleksi Komik-M untuk bacaan anak kesayangan, Darwish. Semoga anak mama beroleh manfaat melalui buku-buku ini.



Jom kumpul Komik-M untuk anak-anak!

01 June 2020

Menu hidangan raya

Dini masak yang simple sahaja untuk hidangan hari raya. Makaroni bakar dan juga Laksa Sarawak menggunakan Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Di Miri dulu, Dini selalu beli pes laksa jenama Haji Manan dengan Liza. Tapi, pes laksa sarawak jenama Liza dipek dalam botol. Jadi rumit sikit nak bawa balik ke semenanjung. Jadi Dini lebih suka pilih jenama Haji manan untuk bekalan di semenanjung. 


Selalu bawa balik untuk family Dini dan juga family husband. Umi Dini suka sangat makan Laksa Sarawak. Tiap kali balik mesti belikan untuk dia. Sekarang, senang. Order je di Shopee. Harga lebih kurang sama je dengan harga di Miri.




Laksa Sarawak sangat sedap bila ada lauk udang, ayam, dan juga telur dadar yang dihiris halus. Ada kerang pun bertambah sedap. Tak ada sambalnya pun dah terangkat. Ada sambal lagilah sedap. Tapi raya ni Dini malas nak menumis sambal jadi, cukuplah seadanya makan yang mana ada. Kan dah cakap nak masak yang simple je. hehehe...


Tapai tu, mak mentua yang bagi. Jiran pun ada bagi tapai juga. Cuma... Dini tak dapat nak jamah/rasa tapai raya kali ini. Risau untuk kesihatan adik Darwish kat dalam. Ada yang kata boleh je makan. Ada yang kata tak boleh makan. Untuk kebaikan dan langkah berjaga-jaga lebih eloklah Dini elakkan walaupun terliurnyaaaa nak rasa tapai-tapai tu semua. Tak apa, lain kali boleh makan, InsyaaAllah.





Ini menu yang selalu Dini buat setiap kali raya. Tiap kali ada potluck atau jamuan picnic ke apa Dini selalu buat makaroni bakar juga. Entahlah, rasa menu ni sahaja yang Dini rasa selesa nak masak-masak. Kawan-kawan pun cakap sedap. Makanya, bila orang cakap sedap, yang tu je lah kita rasa rajin nak buat, tak gitu? Bersemangat jadinya. Kalau ada yang nak rasa makaroni bakar macam yang Dini buat boleh cuba resepi di bawah ni, klik:






Selamat mencuba!