Assalamualaikum
Semalam Dini buat Popia Vietnam / Vietnamese Spring Rolls untuk berbuka puasa. Buat lebih sikit kongsi dengan jiran sebelah rumah. Masak lauk sup tulang dengan sambal kicap. Cukup dah untuk keluarga kecil kami ni ☺️
Kali terakhir buat popia vietnam rasanya 2tahun yang lepas. Makanya rasa kekok nak membungkus kulit popia yang lembik tu kemas-kemas 😅 tak apalah rupa tak berapa nak kemas, rezeki dapat makan pun dah syukur Alhamdulillah 🤲
Jom Dini kongsikan resepi mudah dan ringkas cara buat popia vietnam.
Bahan-bahan popia:
Kulit popia vietnam tak kisah jenama apa
Hirisan lobak merah
Hirisan timun batang
Salad
Bihun yang dicelur
Crab stick yang dicelur
Air
Optional- isi udang, isi ayam, daun bawang
Cara membuatnya:
Basahkan kulit popia dengan air, Dini celupkan kulit popia tu dalam pinggan berisi air sekadar celup kena air je, tak rendam.
Boleh ratakan dengan berus untuk basahkan kulit popia. Kemudian atur semua bahan dalam kulit popia, lipat macam biasa. Cuma, kulit ni lembik jadi mudah melekat kalau tersilap pegang. Kena hati-hati 😉
Bahan sos:
Bawang putih dua biji cincang
Lada besar 1biji cincang
Cili padi 5-7biji cincang
Setengah cawan air
2sb perahan limau nipis/kasturi
2sb sos cili thai maggi
1sudu gula perang
1/2sk sos ikan
Sedikit garam
1sk bancuhan tepung jagung
Hirisan daun ketumbar
Cara membuatnya:
Masak semua bahan hingga sebati kecuali daun ketumbar. Dah sebati semua tu rasa masam manis masin dah cukup rasa boleh padam api dan gaul dengan daun ketumbar.
Okay itu saja resepi mudah cara Dini. Nak lagi mudah, cicah je dengan pencicah sos thai maggi dah cukup sedap. Hehehe.. selamat mencuba!
🤔 Jom fikir menu untuk juadah berbuka puasa hari kedua Ramadan 2020
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.