Showing posts with label resepi ramadan. Show all posts
Showing posts with label resepi ramadan. Show all posts

27 April 2020

Tips Bertenaga Seisi Keluarga Sepanjang Ramadan Bersama Susu Lazz



Assalamualaikum

Fuh! Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, syukur masih lagi dapat kita nikmati kemuliaan Ramadan al-Mubarak. Dini ada order susu kambing Lazz untuk keluarga Dini. Lazz Kurma dan juga Lazz Strawberi. Lazz Strawberi ni merupakan perisa terbaru dari Lazz tau. Gembira sakan anakanda Dini lepas dapat bungkusan dan nampak Lazz Strawberi tu sebab dia penggemar minum susu. Harga Lazz Kurma dan Strawberi ni RM47.90 sekotak. 






Salah satu menu kegemaran Darwish untuk bersahur adalah roti bakar cheese bersama segelas Lazz Strawberi. Berselera dia habiskan.





Biasanya Dini minum secawan Lazz Kurma sebelum solat terawih. Husband Dini pula suka minum waktu bersahur. Masa berbuka Dini kena lebihkan minum air putih. Topup air yang kurang dalam badan. Lepas siap solat maghrib, duduk santai-santai, barulah Dini bancuhkan Lazz Kurma suam untuk diri sendiri. Lepas solat terawih, Dini makan supplement sebelum masuk tidur. Macam tu lah rutin sepanjang Ramadan Dini kali ini. 




Dini pilih Lazz Kurma untuk dapatkan khasiat susu kambing buat adik Darwish yang baru sahaja 25minggu dalam kandungan. InsyaaAllah, moga-moga bayi dalam kandungan mendapat khasiat dan nutri yang secukupnya sepanjang mamanya berpuasa. Doakan yang baik-baik untuk kami ya...

Ada juga sesekali Dini campurkan Lazz Kurma dengan Lazz Strawberi. SEDAP! Selain itu juga, boleh bancuh dengan air sejuk atau blend dengan ais. Fuhhhh! Segar betul rasanya. 






Yang ni Dini bancuhkan Lazz Kurma dengan Oat untuk tenaga masa sahur. Sesuai untuk yang berdiet juga menu ini tau. Kat bawah ada Dini sediakan video penyediaan Lazz Kurma bersama Oat.





haaaa... mudah je kan? Bolehlah cuba juga nanti.



Di musim PKP/MCO sekarang, kepada rakan-rakan yang berminat nak dapatkan Susu Lazz melalui delivery/ secara pos boleh hubungi talian di bawah.


Hantarkan pesanan Whatsapp 'Nama dan Lokasi' ke Talian Rasmi Lazz Careline:

Careline 1 : 018-2777 290
Careline 2 : 016 2449 722 


25 April 2020

Vietnamese Spring Rolls | Resepi juadah berbuka puasa


Assalamualaikum

Semalam Dini buat Popia Vietnam / Vietnamese Spring Rolls untuk berbuka puasa. Buat lebih sikit kongsi dengan jiran sebelah rumah. Masak lauk sup tulang dengan sambal kicap. Cukup dah untuk keluarga kecil kami ni ☺️


Kali terakhir buat popia vietnam rasanya 2tahun yang lepas. Makanya rasa kekok nak membungkus kulit popia yang lembik tu kemas-kemas 😅 tak apalah rupa tak berapa nak kemas, rezeki dapat makan pun dah syukur Alhamdulillah 🤲



Jom Dini kongsikan resepi mudah dan ringkas cara buat popia vietnam.



Bahan-bahan popia:
Kulit popia vietnam tak kisah jenama apa
Hirisan lobak merah
Hirisan timun batang
Salad
Bihun yang dicelur
Crab stick yang dicelur
Air
Optional- isi udang, isi ayam, daun bawang

Cara membuatnya:
Basahkan kulit popia dengan air, Dini celupkan kulit popia tu dalam pinggan berisi air sekadar celup kena air je, tak rendam. 

Boleh ratakan dengan berus untuk basahkan kulit popia. Kemudian atur semua bahan dalam kulit popia, lipat macam biasa. Cuma, kulit ni lembik jadi mudah melekat kalau tersilap pegang. Kena hati-hati 😉

Bahan sos:
Bawang putih dua biji cincang
Lada besar 1biji cincang
Cili padi 5-7biji cincang
Setengah cawan air
2sb perahan limau nipis/kasturi
2sb sos cili thai maggi
1sudu gula perang
1/2sk sos ikan
Sedikit garam
1sk bancuhan tepung jagung
Hirisan daun ketumbar

Cara membuatnya: 
Masak semua bahan hingga sebati kecuali daun ketumbar. Dah sebati semua tu rasa masam manis masin dah cukup rasa boleh padam api dan gaul dengan daun ketumbar.

Okay itu saja resepi mudah cara Dini. Nak lagi mudah, cicah je dengan pencicah sos thai maggi dah cukup sedap. Hehehe.. selamat mencuba!



🤔 Jom fikir menu untuk juadah berbuka puasa hari kedua Ramadan 2020