BEGEDIL HIGH PROTEIN KIMBALL
Assalamualaikum dan hai hai hai korang!
Ada yang dah tengok ig story Dini tak? Mesti dah tengok tu kan? Dini ada kongsikan hari tu video Dini buat unboxing satu kotak besar dengan riben hijau kuning dari Kimball Malaysia bersempena Kempen Kompem Gaya Malaysia.
Alhamdulillah syukur sangat sebab Dini dapat pelbagai jenis produk keluaran Kimball dalam kotak istimewa tu. Jom tengok apa yang Dini dapat dalam kotak istimewa Kimball. Haaaa… inilah dia:
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos BBQ
Sos Cili Thai
Sup Tomato
Chick Peas (Kacang Kuda)
Tomato Puree
Foul Medammas (Kacang Parang)
Sos Spageti Tradisional
Spaghetti Pasta
Apron
2X Pinggan Kimball
Welcome Card + Recipe Card
Apron & 2biji pinggan Kimball
Caption pada pinggan tu comel je… "Masak dengan Kimball la tu." & "Tambah ler lagi!" Hehehe...
Kad resepi & welcome card
Keluarga Dini memang gemar gunakan sos-sos jenama Kimball. Rasanya yang sungguh enak dan kena dengan selera tekak Malaysian ni. Selalu guna sos buat pencicah, perapan dan dalam masakan. Pastu masakan pun rasa enak macam dekat restoran. Sedap! Pastanya pun kami semua suka.
Kalau korang nak tahu, Kimball merupakan produk tempatan keluaran Malaysia yang sudah terkenal sejak tahun 1970an lagi. Kompemlah rasanya digemari oleh masyarakat Malaysia. Setaraf dengan produk antarabangsa. Yang penting, ianya Halal.
Okay sekarang Dini nak kongsikan dengan korang satu resepi. Resepi ini Dini olah sendiri sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau diet. Hidangan ni menggunakan Kacang Kuda Kimball dan juga Sos Cili Thai Kimball. Kalau korang nak cicah Sos Cili Kimball pun boleh juga. Punnnn sedap!
Korang tahu tak? Dini baru je tahu rupanya Kimball ada produk Kacang Parang dengan Kacang Kuda dalam tin. Lepas cuba rebus kacang kuda Kimball satu famili Dini teruja sebab kacang kuda tu cepat lembut. Gebu.. sedap lemak-lemak. Teruslah terinspirasi buat resepi ni.
Tadaaa! Memperkenalkan… Begedil High Protein diberi nama. Begedil ni mampu mengeyangkan perut tau. Sebab tu Dini cakap tadi menu ni boleh jadi hidangan untuk diet. Nak makan macam tu sahaja boleh, cicah sos pun boleh, makan bersama menu lain pun juga boleh. Jom tengok resepinya:
Bahan yang diperlukan:
Setengah tin Kacang Kuda Kimball
2biji ubi kentang saiz sederhana
1tin tuna in chunk (ditoskan minyaknya)
Sedikit bayam brazil dihiris halus
2biji cili padi dihiris halus
Setengah biji bawang besar dicincang halus
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball (untuk pencicah)
Cara-cara membuatnya:
Rebus ubi kentang dan kacang kuda Kimball terlebih dahulu, toskan kemudian lenyek hancur kesemuanya.
Gaulkan bersama kesemua bahan kecuali telur. Boleh masukkan garam juga jika suka. Dini tak letak garam dalam adunan ni.
Kemudian bentukkan begedil tu tak kisah nak buat membulat ke membujur ke… ikut suka koranglah ya. Dini suka bentukkan bujur-bujur.
Macam ni… dah ready untuk dicelup telur.
Telur tu kacau sebati dulu tau dan masukkan sedikit garam. Nak tambah pepper pun boleh juga.
Celup-celup pastu susun ke dalam loyang air fryer / oven. Nak goreng pun boleh tak ada masalah.
Dini guna suhu 160'c selama 15-20minit. Ikut kesesuaian air fryer korang juga ya. Bakar sampai begedil nampak kekuningan, kalau nak lebih garing tambah lagi 5minit. Seeloknya sejukkan dahulu sebelum dihidang sebab masa panas-panas tu begedil macam lembik. Tapi bila dan sejuk just nice je bentuk dia. Tak jadi mudah pecah macam ketika masih panas.
Yeayyy! Dah siap Begedil High Protein Dini. Bolehlah dihidang bersama Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball. Dini suuuuka sangat Sos Cili Kimball. Rasanya sangat berbeza. Secukup rasa sangat sosnya tu. Kalu buat burger mesti letak Sos Cili Kimball. Sos Cili Thai pula Dini suka buat cicah keropok lekor, french fries, ayam goreng, cucur.. alahai kecur liur pula sebut banyak-banyak menu, hehehe… ha ni nak buat cicah dengan begedil. Nikmat betul. Cenggini haaa 👍🏻
Ada baaanyak lagi resepi masakan Malaysia bersama Kimball yang korang boleh cuba. Layari https://kimball.com.my/recipe.html
Dengan Kimball, masakan di rumah pun rasa seperti masakan restaurant. Kompem Gaya Malaysia. Seisi keluarga semua menggemarinya. Jom korang kita masak-masak guna resepi Kimball.
Selamat mencuba!
Info lanjut:
Website: https://kimball.com.my/
FB Page: KIMBALL MALAYSIA
#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia