Showing posts with label laksa penang. Show all posts
Showing posts with label laksa penang. Show all posts

04 August 2012

Day 14 & 15 | Berpuasa ketika hamil

-
semalam tak sempat nak buat entry... internet lembap, lepas bw beberapa ketika rasa fedap menerjah diri sebab slow betul loadingnya. daripada layan tahap kelembapan tenet baik tdo aje. huhu... hari ni, dni banyakkan berehat... sebab hari ni dni berbuka puasa kat sekolah asben.. simpan energy nak duduk lama2 kat sekolah dia. so tak online. bed rest je memanjang hari ni lepas siapkan puding koktel untuk dijadikan juadah berbuka puasa. disebabkan semalam tak ado entry, so dni combine dengan entry day 15 skali... hehe... BERSAHUR :

(DAY 14)
  • 3biji kurma
  • 5cucuk satay
  • air masak
  • air soya
(DAY 15)
  • 3 biji kurma
  • air masak
  • air soya
  • roti + sosej

BERBUKA :

(DAY 14)
  • ice lemon tea
  • air masak
  • nasi + ikan siakap sweet sour, ayam goreng, sayur kailan, tomyam campur, kerabu sotong, telur ku yong
(DAY 15)
  • 2 biji kurma
  • 2 biji kurma basah
  • air masak
  • air cendol, air oren
  • nasi + kerabu perut, ayam percik, rendang daging
  • mini murtabak, puding
(selepas waktu berbuka-jam 11 malam)

(DAY 14)
  • segelas soya
  • 7biji kurma
  • air masak
  • supplement

(DAY 15)
  • 10 biji kurma
  • air masak
  • supplement
hohohhh! yesss! betulll! nampaknya day 14 & 15 dni membaham makan dengan banyak sekali masa berbuka puasa... kelakar tengok pinggan penuh lauk. tak pernah-pernah lagi makan cemtu sekali. hahaha... takpelah... sekali-sekala kan? besok boleh start kontrol makan balik... lagipun, dni rasa sahur karang tak mo makan banyak... just nak ambil kurma, air soya malt je kalau boleh sebab air soya malt cepat kenyang...
untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.
-

02 August 2012

Day 13 | Berpuasa ketika hamil

-
hari ni tak sempat blogwalking dengan jayanya gara-gara internet super slow. petang pula mengajar, jam 5 baru sampai rumah... berbuka jam 6.42pm... tak sempat masa sangat hari ni... lepasberbuka puasa, iron baju asben, mandi, kemas dapo, settlekan urusan bisnes, ni baru leh menaip... kain baju bertimbun lagi tak dilipat. hehehehe.... terus ngadap laptop... today, pagi dni tertido... jam 10 baru terjaga... penat sebab malam tadi dni tido lewat... bangun sahur lak jam 4pagi coz imsak seawal jam 4.54am... so kena bangun awal lah... ingat nak lelap kejap je skali terlajak gak sampai jam 10... entry2 kat blog sumenye auto publish... pastu gabra fikirkan gerakan baby sebab patutnya kiraan mula jam 9.00am kan... dah jam 10lebih, tak de rasa gerakan baby sampailah lepas mandi.. ada rasa sikit-sikit... jam 11 lebih hampir jam 12pm ada rasa sikit2... jam 1, tak ada rasa, terus menangis... sambil berzikir... tunggu masa nak berangkat ke tempat kerja, sambil usap perut... Alhamdulillah pastu baby gerak2... sampai sekolah, jam 2pm mengarah budak2 diam dalam masjid untuk amali solat, time tu rasa gerakan baby sangat kuat. Alhamdulillah... berkat masuk masjid. sepanjang sejam dalam masjid memang terasa gerakan baby.. dan setiap jam rasa dia bergerak... syukur sangat... ingatkan nak berbuka puasa dah sebab risaukan dia kat dalam... Alhamdulillah, dia tak apa-apa sebenarnya. dni je terlebih risau kut sebab panik bangun lambat. huhu... jom cite pasal menu bersahur dan berbuka dni pada hari ni...
BERSAHUR :
  • 3biji kurma
  • air masak
  • air soya malt
  • soto
juadah berbuka puasa
BERBUKA :
  • nasi ayam
  • 3biji kurma
  • 1 popia basah
  • air teh bunga
  • air masak
(selepas berbuka-11 malam)
  • tembikai
  • air masak
  • kurma 10biji
  • supplement (vco, fish oil, tablet susu kambing, vitamin c)
malam ni mood terusik sikit sebab ada beberapa orang customer yang buat dni rasa kecik ati... apapun, tak kisahlah... adat berniaga secara online. memang sah-sah akan berhadapan dengan orang macam tu. bila stok lewat sampai, susah belah kita. tapi memang silap lah sebab stok lewat, kita lewat pos. dah nak wat cane... bukan sengaja nak pos lambat. ada masalah sikit je... sobsss... dah buat luahan hati pulak.. huhu... sorry, mood ibu mengandung ni terusik sikit hari ni...
untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.
-

Day 12 | Berpuasa ketika hamil

-



lewat lak dni tdo malam ni kan... nak wat acane... petang tadi tertido sampai jam 5.40petang... bukannya penat pun.. tapi dok gegolek dalam bilik, nak online, tenet slow... terus tertido. hehe... okay... jom tengok apa menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari puasa ke-12.




BERSAHUR:
    • nasi + ayam celup tepung kfc + sotong tumis sayur (lauk berbuka semalam, panaskan aje)
    • 3biji kurma
    • air masak


    kueh netbak, makanan tradisional Terengganu



    BERBUKA :
    • 3 biji kurma
    • sebiji kueh netbak
    • nasi + separuh ayam percik dan separuh ikan percik (sebab beli seketul ayam dan seketul ikan percik, share dengan asben hehe)
    • air laici kang
    • air masak

    (selepas waktu berbuka - 11 malam)
    • supplement (vco + fish oil+vita c)
    • 7biji kurma
    • bubur kacang hijau
    • air masak

    baru hari ni pertama kali dni cuba kueh netbak... macam mini bahulu ke rupa dia.. rasanya pun ada iras bahulu. cuma kena rebus bersama air gula + daun pandan... makan berkuah dengan air gula tu. boleh tahan juga rasanya... asben dni yang buatkan sebelum berbuka... nak bagi bini dia rasa... tq abang!

    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


    -

    01 August 2012

    Day 11 | Berpuasa ketika hamil

    -




    semalam nak buat entry... tapi gara-gara entry tak leh letak label, terus tak ada mood nak berblog. rasa tak best bila tak leh letak label. hari ni macam okay tapi tak tahulah petang nanti jadi cam semalam lagi ke tak... sobsss... ni dni nak share juadah bersahur dan berbuka dni pada hari yang ke-11 berpuasa ^___^ Alhamdulillah, masih larat nak berpuasa dengan jayanya...



    BERSAHUR:

      • laksam kelantan
      • 3biji kurma
      • segelas air soy fresh malt
      • air masak




      BERBUKA :
        • 3 biji kurma
        • satu sudu bubur pedas
        • nasi + ayam salut tepung kfc + sotong tumis sayur
        • air kelapa
        • air masak



        (selepas waktu berbuka - 11 malam)
        • supplement (vco + tablet susu kambing... dni tak ambil wum, fish oil dan vita c sebab makan buah tembikai dekat nak tdo hehe)
        • tembikai
        • keropok
        • air masak

        hubby ada belikan dni murtabak.. tapi sebab dah kenyang, tak makan murtabak tu.. sahur baru makan sama-sama dengan dia... masa sahur tadi dia siap cakap, abang belikan sayang murtabak ni untuk berbuka... makanla... hehehe sweet pulak rasanya... :')



        untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


        -

        31 July 2012

        Day 10 | Berpuasa ketika hamil

        -



        malam tadi ada dni buat entry (KLIK SINI UNTUK BACA) mengenai menu berbuka puasa dni dan asben tak sama... tapi ramai pulak silap faham... hehe... tu bukan lauk dni la sayangku sekalian... asben dni... tak baca entry elok2 eyyy, hiksss.... ni dni baru nak story pasal menu bersahur dan berpuasa dni semalam... saja nak wat diari kehamilan semasa berpuasa kat blog ^__^ nanti2 leh godek-godek balik apakebenda yang dni dok makan masa ramadhan 2012...



        BERSAHUR :

        • 6-7suap cornflakes + susu
        • air soya
        • 3biji kurma
        • air masak


        laksa penang


        BERBUKA :
        • laksa penang (makan separuh je.. tak abes)
        • 3biji kurma
        • air kelapa
        • air masak
        • puding custard
        • 1keping popia



        jam 10 malam cemtu, asben dni baked mini pizza yang segera... dia teringin nak makan pizza... so dni tumpang sekaki. hihihhh...



        (selepas waktu berbuka - 11 malam)
        • supplement (fish oil & vita c)
        • 2/6 buah oren
        • 2/6 slices mini pizza
        • air masak
        • 5biji kurma



        semalam, dni terlupa nak ambik supplement vco, tablet susu kambing dan juga women ultra mega (wum). sebab 3jenis supplement tu duk kat ruang tamu... fish oil dan vita c duk dalam bilik... terus terlupa nak keluar bilik gi makan... huhu... sahur tadi dni tak amik juga supplement tu sebab dni risau kut-kut dehidrasi... amik supplement kan kena minum air banyak... kalau amik malam, boleh minum air banyak-banyak.. cover lagi masa bersahur, kan ^___^




        untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



        -