22 May 2020

Cara Edit Gambar Raya

CARA EDIT GAMBAR BACKGROUND RAYA | Assalamualaikum.  Dekat nak raya mesti ramai terasa nak edit gambar suasana raya kan. Nak letak ayat raya, background raya, crop gambar, buat transparent, macam-macamlah. Yang paling ramai nak buat tapi tak pandai guna photoshop bab remove background gambar kan?


Samalah juga dengan Dini. Dini pun tak mahir guna photoshop. Kalau guna apps, kena teliti sangat masa mengedit tu. Dini ada jumpa cara paling senang untuk buang background gambar. Contohnya macam Dini edit gambar raya famili Dini ni. Gantikan dengan background raya. Tinggg... Terus datang mood raya. Hehe..





Cuma, bila guna cara ni pixel gambar tu tak berapa besar. Jadi, kalau nak besarkan saiz gambar nampak kaburlah juga. Okay je asal ada daripada tak ada, kan? Tak gitu? Boleh je nak pixel besar, kena sign up dan bayar. Yang percuma ada boleh guna, buat apa nak bayar 😂😂😂





Tutorial:


1. Pergi ke laman Remove BG (klik)
2. Upload image dan dan tunggu gambar siap buang background. 
3. Download/save
4. Google image 'selamat hari raya' dan save/download gambar background raya yang korang suka.
5. Buka apa-apa apps edit gambar. Dini guna Pic Arts. Buka gambar background raya yang korang nak lepas tu add picture gambar yang dah dibuangkan background. 
6. Siap, simpan/save


Mudah je kan? Okay kat bawah ni Dini sertakan background raya dengan tulisan selamat hari raya yang transparent untuk korang gunakan.














Lusa dah nak raya. Nanti pagi raya boleh hantar gambar ke whatsapp, facebook, instagram gambar raya cantik-cantik yang korang dah edit tu. Raya tetap kena meriah walau disambut dalam suasan norma baru. Raikan Lebaran dengan kesyukuran. Selamat mencuba!


Lagi background raya 2022👇🏻












































19 May 2020

13 RESEPI JUADAH HARI RAYA

KOMPILASI RESEPI MENU PAGI RAYA |   Assalamualaikum , hari lebaran kian tiba. Tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadan al-Mubarak. Walau beraya dalam keadaan norma baru, tapi keadaan tu tak akan memudarkan sambutan hari raya kita semua. Kita tetap menyambut hari raya apabila tibanya 1Syawal.

Fasa norma baru kehidupan ini tidak menggalakkan kita untuk meneruskan budaya kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan pulang ke kampung seperti biasa. InsyaaAllah, walaupun tidak dapat buat aktiviti raya seperti sebelum ini, kita tetap boleh masak juadah raya yang sedap-sedap, pakai baju raya cantik-cantik, bermaafan dengan keluarga yang jauh di mata dengan kecanggihan teknologi yang ada. Percayalah, kemeriahan raya tahun 2020 tetap akan dirasai dengan seadanya. Yang mana dah berada di rumah ibubapa masing-masing, rezeki dapat beraya dengan ibubapa serta adik-beradik tercinta.

Jadi, Dini nak kongsikan 13 resepi yang telah Dini kumpulkan bersama rakan-rakan blog untuk dijadikan idea buat pembaca masak di pagi raya nanti. Masak sedap-sedap, lepas tu kongsikan dengan jiran tetangga bertukar juadah, meriah juga kan? Kongsi rezeki.

 Jom baca resepi di setiap blog berkenaan. Tekan je tajuk menu atau gambar ya.
















































Ha... itulah kesemua 13 resepi yang Dini maksudkan. Boleh cuba masak di pagi raya nanti menu mana yang berkenan. Dini, rasa nak buat lontong kuah lodeh. hehehe... Tengoklah macam mana. Kut-kut suami ada bercadang nak masak menu lain. Kita makan je ;)


Selamat mencuba!


























17 May 2020

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE   |  Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi  syarat berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.





Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang terdapat orang ramai.

Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.

Add caption


Sebenarnya...

Bayaran zakat boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus bayar zakat.






Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?

SAH! Kerana Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Yang penting NIAT dan wujudnya perpindahan harta dari muzakki kepada Lembaga Zakat.




Bagi yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:



Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my


  1. Layari laman web Zakat Selangor
  2. Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
  3. Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
  4. Pilih senarai bank untuk pembayaran
  5. Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
  6. Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO

Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Sambil baring kat rumah pun boleh.







Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...




Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan selamat ini.


Tolong bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT. Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!

Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat







Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!







Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my


Akhir kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.