20 July 2012

Kejutan buat suami | Costum Made Choc Bar With Wrapper

-



Alhamdulillah.... semalam dapat juga dni buat kejutan untuk encik suami tersayang. masa kitorang tengah bersantai di petang hari, ada datang posmen hon-hon memecah kesunyian. haha... dalam fikiran dni mesti coklat yang dni tempah tu sampai... terus tepuk-tepuk asben suruh dia ambilkan bungkusan... lepas dia ambilkan, dni buka la bungkusan tu... asben ralit layan video kat tab... bila dni snap-snap gambar coklat tu baru dia excited nak tengok... hehe...







lepas dia tengok je dia senyum-senyum... memang dia terkejut... dia siap cakap, abang nak ambik gambar jugaklah! hik3... comel je gaya dia excited tu.






tak ada sebarang motif pun sebenarnya... cuma teringatkan asben yang selalu balik penat-penat kerja... nak juga tengok dia happy... buat kejutan sekali-sekala ^__^





Alhamdulillah... memang dia happy semalam.. siap uploadkan gambar coklat tu di fb dia.. sweet :') hehe... tapi.. err... yang paling awal melantak coklat tu adalah dni. haha! coz asben baru je lepas kekenyangan masa tu. eycheh cam buruk siku lak kan ;p






kalau u ols berminat nak tempah coklat comel gini leh la tempah di Choc Lovers.
buat hantaran pun cantik!


-

Solat Sunat Terawih | Lafaz Niat dan kelebihannya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: "Sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadhan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."






Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”



Lafaz Niat Solat Terawih

Solat sunat39.gif

Sahaja aku sembahyang Terawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.



selamat beramal!

^___^

-


19 July 2012

Puasa bagi ibu hamil | Sebab dan keadaan untuk meninggalkan puasa

-



sejak duk Miri dni selalu saja dengar kes ibu mengandung tidak berpuasa... bahkan dni sendiri terkejut dengan kenyataan murid-murid kelas dni mengenai ibu mereka yang hamil tidak berpuasa... mereka siap cakap pada dni pagi tadi masa dni tanya persiapan mereka untuk berpuasa...


murid:"bestlah ustazah tak payah puasa..."

dni: "ehh... kenapa pula? puasa tu wajib.. ustazah pun akan berpuasa macam kamu.."

murid: "macam mana ustazah nak puasa? kan ustazah mengandung?"

dni: "mengandung bukan alasan untuk tidak berpuasa kecuali kalau uzur..."


murid: "uzur tu datang bulan eyyy ustazah?"

dni: "uzur tu bukan datang bulan je... macam-macam lagi.. kalau sakit sangat-sangat macam demam takleh bangun ke... kena makan ubat ke... pengsan ke... haa tu baru boleh berbuka puasa... bukannya tak payah puasa terus..."

murid: " pelik lah ustazah ni. orang mengandung tak payah puasa, kan?" murid tu cakap pada murid lain dan murid lain mengiyakan..

dni: "salah macam tu. kalau ustazah tak larat yang boleh mudaratkan diri ustazah atau baby je baru ustazah boleh berbuka puasa..."

murid: "dah tu tak payah la puasa terus. mak saya tak puasa pun kalau mengandung."

dni: "hmmm, ustazah nak puasa..."

murid: "suka hati ustazah lah!"

eh ehh.. dia pulak nak marah kita. huhu.. budak zaman sekarang...






penat dah explain kat murid kelas dni.. tapi diorang tak faham... bagi diorang, pregnant mom ni katagori 'orang sakit'. mungkin memang mentaliti diorang macam tu. sebab dengar kisah parents diorang pun macam tu. agak gerun juga bila difikirkan.. betapa mudahnya mereka meninggalkan ibadah puasa yang termaktub dalam Rukun Islam. sepatutnya kalau nak berbuka/meninggalkan puasa kena bersebab. bukan tak puasa sebulan terus gara-gara pregnant... apeeelah nak jadi... ada hadis tau mengenai puasa ibu hamil...





Riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.



oleh sebab itu, kalau yang sedang pregnant nak tinggalkan puasa kena ikut pula syarat-syarat ini... tak boleh main bedal je tinggal puasa pastu lepas tangan.. tak jalankan tanggungjawab selepas tu...


1) Bagi yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudarat pada dirinya sendiri, wajiblah ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.

2) Sekiranya ia berbuka kerana membimbangi bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudarat, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah wajib qada dan fidyah.








-


17 July 2012

Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya | Dapatkan untuk baca kisah dni beraya dengan family

-


okay-okay... mood tengah berdebar sebab tak beli lagi magazine fav dni tu... actually last month dni ditemuramah oleh Kak Net untuk ruangan cikgu beraya... ada termuat kisah dni sefamily juga dalam majalah comel bercoverkan Lisa dan Yusry. waaa mesti beli! wat kenangan... hehe.









nanti lepas dni beli dni wat story eyy.. skang tak tahu nak citer ape.. sebab dni tak baca lagi.. dapat tahu dari FB page dni sebab kak Misya Sha yang inform... thanks kak! gambar mana yang termuat dalam kisah dni tu pun dni tak pasti Kak Net siarkan yang mana... ngeeee berdebar! korang jangan lupa beli taw!


-

Tips menyusu | Petola dapat memperbanyakkan susu ibu

-




sesetengah ibu ada masalah kurang air susu... nak menyusukan baby tapi air susu pula yang kurang... susah juga, kan? dni berharap nanti dni dapat breasfeedkan baby dni dengan baik... InsyaAllah...




comelnye baby!


kalau ada ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan air susu, boleh cuba tips ni... rebus petola atau buat sup petola... amalkan makan sayur petola... sebab ianya dapat merangsang pengaliran air susu. selain tu juga boleh cuba pucuk betik... yang penting, kena rajin-rajin buat urusan sambil baca selawat dan berfikiran positif untuk menyusukan baby. InsyaAllah dapat merangsang pengeluaran air susu...


-