01 August 2012

Resipi Bubur Kacang Hijau

-



kecewaaa!!! dni terlupa nak snap dulu gambar bubur kacang hijau yang dni buat... lepas packing untuk diberikan kepada jiran-jiran, dni makan untuk dni... pastu dah tinggal sikit dalam periuk. cecukup untuk santapan hubby... sobsss terus tak de mood nak ambik gambar bubur kacang hijau posing cun sket... yang ada cuma yang dah siap packing untuk jiran-jiran. dalam plastik pun dalam plastiklah janji ado! haha ;p




bubur kacang hijau


da beberapa hari dni teringin nak masak sendiri bubur kacang hijau, tapi kemalasan melanda. walhal resipinya cukup mudah. lanting2 tinggal je tunggu empuk dan masak... tu lah kan orang kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih... kena kat batang hidung sendiri.. wakakaka! ekceli dni tak tahu nak bagi resipi cmana... dni main tibai lanting je malam tadi... lebih kurang cemni lah:



BAHAN-BAHANNYA:
  • 200g kacang hijau
  • 4ketul gula melaka saiz kecil (sebab dni guna yang kecik tadi)
  • 3 sudu gula
  • dua kotak kecil santan
  • 4-5helai daun pandan diikat
  • sedikit garam
  • air secukupnya


CARA MEMBUATNYA:

  1. bilaskan kacang hijau dengan air pastu masukkan ke dalam periuk saiz sederhana besar hingga separuh periuk...
  2. rebus sampai empuk, pastu boleh masukkan gula melaka dengan santan dan juga daun pandan.
  3. masukkan lagi air separuh periuk, sebab air didihan tu akan kering diserap oleh kacang hijau.
  4. masukkan gula dan garam... garam dni letak sikiiit je... kasi rasa sikit-sikit je... gula pun cuma touch up rasa gula melaka yang tak berapa nak manis. kalau gula melaka korang dah sedia manis, tak perlu letak gula dah tau.
  5. atau, boleh masukkan susu pekat manis kalau nak rasa berlemak sikit.



***tips! ada setengah orang goreng tanpa minyak dulu kacang hijau then baru dibilas dandirebus... dni malas... humban terus didihkan dalam air. heheheh! ;p




selamat mencuba!




-

Day 11 | Berpuasa ketika hamil

-




semalam nak buat entry... tapi gara-gara entry tak leh letak label, terus tak ada mood nak berblog. rasa tak best bila tak leh letak label. hari ni macam okay tapi tak tahulah petang nanti jadi cam semalam lagi ke tak... sobsss... ni dni nak share juadah bersahur dan berbuka dni pada hari yang ke-11 berpuasa ^___^ Alhamdulillah, masih larat nak berpuasa dengan jayanya...



BERSAHUR:

    • laksam kelantan
    • 3biji kurma
    • segelas air soy fresh malt
    • air masak




    BERBUKA :
      • 3 biji kurma
      • satu sudu bubur pedas
      • nasi + ayam salut tepung kfc + sotong tumis sayur
      • air kelapa
      • air masak



      (selepas waktu berbuka - 11 malam)
      • supplement (vco + tablet susu kambing... dni tak ambil wum, fish oil dan vita c sebab makan buah tembikai dekat nak tdo hehe)
      • tembikai
      • keropok
      • air masak

      hubby ada belikan dni murtabak.. tapi sebab dah kenyang, tak makan murtabak tu.. sahur baru makan sama-sama dengan dia... masa sahur tadi dia siap cakap, abang belikan sayang murtabak ni untuk berbuka... makanla... hehehe sweet pulak rasanya... :')



      untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


      -

      31 July 2012

      Tak dapat letak label pada post!

      -



      dari petang tadi cemni... korang alami perkara yang sama tak? tak bestlah buat entry tak ada label.. ada label senang nak baca balik. huk3... sistematik sikit... asal tulis label je, bila post entry jadi cemni (*___*) blur dah dni tak tahu nak wat cemana...







      ada tak yang tahu cara nak solve perkara ni?
      share please!


      -

      Rezeki hari ni, Bubur Pedas Sarawak

      -



      Alhamdulillah.. rezeki pada hari ini... ada jiran dni bagi bubur pedas sarawak untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa... bubur pedas kat sini memang famous. banyak gerai yang jual bubur pedas. dni belum pernah rasa lagi pedas tahap mana bubur pedas tu. hehe... selama ni tengok kaler kuanya merah, yang ni kekuningan sikit...





      ternyata lepas dni cuba bubur ni, tak pedas...kalau yang kaler merah tu maybe pedasnya kaw sket... rasanya macam gulai lemak kuning sayur-sayuran. sebab bubur pedas penuh dengan sayur. tak ada lauk lain. cuma sayur je.. healthy gak makan bubur pedas. cuma penggunaan santan tu tetap jadi berlemak... dni ingatkan bubur pedas buat makan dengan nasi.. rupanya diratah cemtu je... nanti nak cuba buat sendirilah bubur pedas... nak cari resipi ^___^



      -

      Resipi Puding Custard

      -



      ada yang suka makan puding custard tak? meh dni share resipinya.. mudah je nak buat.. rajin ngan malas je nak jadi ke tak puding tu. hehe... ala-ala buat dadih cemtu... jom cekidaut!





      Bahan-bahan:
      • 1 cawan tepung custard
      • 3 cawan air
      • 1 cawan susu cair
      • sedikit esen vanila
      • 1 sudu besar margerin
      • gula dalam 7-9sudu besar
      • (pewarna dan perasa jika mahukan perisa)



      Cara membuatnya:
      1. panaskan api, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati... pastikan api tak terlalu panas... nanti kang hangus, hehe...
      2. bila dah agak nampak kesebatiannya, tuang adunan tu dalam bekas yang sesuai. atau kalau nak ada bentuk, betuk, masukkan dalam mould.
      3. boleh juga dimasukkan pewarna.. nak titik-titikkan ke... nak corakkan guna lidi ke... atau nak puding tu berperisa, boleh buat corak guna perisa tu atau juga masukkan terus dalam adunan ^__^


      selamat mencuba!


      -