22 April 2021

OPTOM EYECARE PAKAR OPTOMETRIS DAN CERMIN MATA

Assalamualaikum. Hai korang!


Lama betul Dini tak pakai spek mata lepas spek mata Dini patah tahun 2019 sebelum pindah ke Terengganu. Masa di Miri Dini kerja. Setiap hari perlu keluar dari rumah. Selalunya pakai spek mata sebab Dini silau. Keluar kerja waktu tengahari dengan jemput anak pulang dari sekolah boleh buat Dini rasa senak biji mata gitu bila kena cahaya matahari panas terik. Nak tak nak Dini kena pakai spek mata jenis bertukar jadi gelap bila kena cahaya matahari. Spek silau orang panggil, kan? Silau ni boleh bikin migrain tau. Fuh! Itu yang rela pakai spek dari tak pakai.


Namun, selepas berpindah ke Terengganu Dini dah tak kerja. Keluar dari rumah pun jarang sangat kerana PKP. Tambahan pula Dini dah tak kerja. Dah tamat PKP pun Dini masih tak ke mana-mana juga kerana ada anak yang masih kecil. Duduk rumah tak pun mengekor ikut ke kedai tunggu dalam kereta je. Jadi kurang sangatlah Dini terkena cahaya matahari secara terus. Punca dah tak pakai spek mata sebab dah patah. Makanya adalah terasa nak miliki spek mata baru. Cuma belum berkesempatan ke kedai spek mata lagi. InsyaaAllah, soon...


Blogger Qaseh Dalia di hadapan Klinik Optom Eyecare


Mesin scan belakang retina



Mesin check mata macam kat kedai spek biasa

Mesin untuk check jumlah power dan silau



Duk usha usha pasal spek mata Dini baca pengalaman beberapa orang rakan blogger ke Optom Eyecare. Teruja Dini tengok bilik rawatan yang mereka kongsikan di sana. Wahhh! Canggih betul nampaknada mesin-mesin khas untuk check kesihatan mata. Pastu dni buka website Optom Eyecare. Haaa tu dia... Patutlah canggih. Sebab kedai spek ni sebenarnya klinik kesihatan mata khusus untuk health screening dan theraphy untuk vision. Terbaiklah!



Dini tengok di blog Ummi Nani yang dah buat pemeriksaan di sana, katanya bila buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare bukan sahaja kita boleh analisis kesihatan mata bahkan juga kesihatan tubuh badan. Sebabnya mesin di sana boleh kesan salur mata yang bermasalah. Jadi dengan keadaan salur mata tu boleh kesan kita ada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kena buat checkup dulu baru bagus nak pilih spek.



Tengok ni.. isk kalau kedai spek biasa memang tak adalah nak check salur mata begini kan. Check power mata je lepas tu terus pilih bingkai. Kalau ada masalah mata yang lain, tak dapat nak kenal pasti.


Haaa tengok, siap detail betul pemeriksaan yang dibuat kat sana. 



Pemeriksaan macam ni sangat bagus terutamanya bagi orang tua yang berisiko ada diabetis dan kolesterol tinggi. Sebabnya mereka tak boleh pakai spek dengan sekadar chek mata di kedai spek biasa tu. Jangan sebab nak jimat, kita abaikan kesihatan mata. 


Spek mata untuk anak yang tahan lasak. Anti-bluelight untuk jaga kesihatan mata sepanjang penggunaan gajet. 


Anak-anak zaman sekarang pun banyak terdedah dengan gajet. Nak tak nak kena gunakan gajet sebab sekarang dah tak macam dulu. Sistem pendidikan banyak perlu guna pakai gajet. Jadi, bolehlah bawa anak-anak sama buat pemeriksaan mata. Sebab terdedah dengan gajet ni selalunya mudah kena silau. Kesian anak-anak tak pandai nak describe diorang tak selesa mata tu macam mana, kan.. yang ada masalah juling pun eloklah bawa ke klinik pakar kesihatan mata seperti Optom Eyecare. Barulah diyakini resultnya.






Oh ya. Nak pakai spek. Mestilah kita nak spek tu sesuai dengan bentuk muka terutamanya yang berhijab. Aaaah mau tak spoil mood kalu tudung jadi kembang sebab spek, kan? Duh daku mengerti sangat perasaan itu. Tadi dah tengok mesin canggih check mata. Hah ni ada lagi aplikasi canggih untuk tentukan bentuk spek mata yang sesuai dengan muka kita. Boleh customize nak letak nama dan juga blink blink. Aplikasi ni akan ukur bentuk muka, hidung, mata dengan tepat bagi mendapatkan saiz yang tepat dan paling sesuai untuk pemakai. Pilih je warna, frame, plastik ke besi ke macam mana yang berkenan di hati.




Nak ke sana mudah je. Optom Eyecare ada  dua cawangan tau. Satu di Bangi dan satu lagi di Alor Setar. Korang boleh berkunjung ke sana mana-mana yang berdekatan.

1) Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.


Alamat Bangi: No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)


2) Cawangan Mergong, Alor Setar Kedah. 


Alamat Kedah: No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.



Website: http://www.optom.com.


Facebook: http://www.facebook.com/optombangi


Instagram: http://www.instagram.com/optombangi


Antara pilihan jenama untuk spek mata di Optom Eyecare


Klik je link di atas untuk maklumat lebih lanjut. Dini pun tak sabar nak buat pemeriksaan mata ni. Jom sama-sama pilih untuk buat pemeriksaan mata di Pakar Kesihatan Mata yang bertauliah. 






06 April 2021

KITSUI VITAMIN C


 


  



KITSUI Vita C+ Shine dirumus khas dengan formulasi terkini daripada 6 jenis buah-buahan sebenar yang penting dan kaya dengan Vitamin C semulajadi serta Vit A, Vit D, Vit B12, Vit B2, Vit B6.





Antara buahan yang terkandung di dalamnya adalah:

🍊Oren

🥝Kiwi

🍓Buah Delima

🍋Lemon

🥭Mangga

🍍Nenas







Yang penting, Kitsui Vita C Shine ini bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti: 


❌Hormon

❌Pengawet

❌Gluten

❌HD

❌GMO

❌Antibiotik

❌Bahan Kimia





Cara minumnya senang je tau. Cuma perlu sediakan sama ada 150ml air suam/sejuk dalam shaker dan tuang serbuk Vita C Shine ke dalamnya kemudian shake sehingga larut. Pastikan tak ada ketulan serbuk yang tak larut ya. Minum 1x pagi dan 1x malam sebelum tidur.





Sekotak ada 10x sachet 15g berharga RM17.80. Boleh didapati di mana-mana rangkaian Watsons dan juga Shopee. Produk ni ada pengiktirafan Halal Jakim dan jenama yang dah lebih 20tahun di pasaran. Dah dapat anugerah peringkat antarabangsa juga. 





Sebenarnya, punca tubuh kita tak cukup sumber vitamin C adalah kerana kita kurang mengambil buah buahan dalam harian kita . Bersenam pun jarang. Nak tahu kita kekurangan vitamin C boleh lihat gambar di bawah :






Fungsi Vita C Shine sangat bagus untuk:


🍊Sistem imuniti badan yang lebih kuat

🍎Kaya dengan antioksidan

🥝Melindungi kulit dari sinaran UV & UVB

🍍Mengurangkan risiko kulit berkedut, jeragat dan sunburn

🍋Gigi dan tulang menjadi lebih sihat dan kuat

🥑 Baik untuk penglihatan




Rasanya pun sedap. Manis manis buah camtu. Tak peritkan tekak masa minum. Tak masam sangat. Sedap je. Budak pun mesti suka minum ni. Sesuai untuk seisi keluarga amalkan Vita C Shine. Shake shake sekeluarga, minum berjemaah. Hehehe..






Dini suka Kitsui Vita C Shine. Lepas ni nak tambah stok lagi lah. Senang sebab boleh beli di shopee. Sebab rasa lawas juga membuang bila amalkan minuman ni. Nak jaga kulit pun ya juga. Maklumlah sejak bergelar suri rumah Dini jarang dah nak makeup sapu skincare. Kadangnya si kecik tu suka hisap pipi mama. Mama nak sapu skincare pun rasa bersalah. Huhu.. salah satu solusi nak jga kulitnya dengn Vita C Shine. Mudahan kulit semakin sihat dan berseri. Haaa.. korang nak dapatkan Kitsui Vita C Shine boleh klik mana-mana link di bawah ni ya.







Info lanjut layari:


Instagram:


https://instagram.com/kitsuimalaysia


Facebook :


https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/


Tik Tok :


https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/


Shopee : 


https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9


Website :


https://kitsui.com.my/






29 March 2021

YOU COMPLETE HALF OF MY DEEN - NEELOFA

 Isk, bersemut pula caption post Neelofa lepas akad nikah tu. "You complete half of my deen, Alhamdulillah". Itu ayat yang diucapkan oleh Neelofa terhadap Haris yang telah sah menjadi pasangan suami dan isteri. Nampak jelas dan nyata cinta Neelofa kepada Haris. Gituhhh.. ini.post Neelofa yang dia tulis ayat tu.



Post tersebut juga telah mendapat lebih daripada sejuta likes. Fuh! Ramai yang merestui pilihan hati artis termasyur tanah air ini. Apa yang Dini teruja sangat sebenarnya adalah pelamin mereka. Dekorasi tu cantik, indah sangat. Bertemakan warna putih, suasana majlis pun nampak sejuk mata memandang.






Nampaknya, caption Neelofa ini telah menjadi viral. Ramai yang sedang mencari half of deen mereka sekarang ni. Ramai juga yang ucapkan caption ni buat pasangan mereka. Ha, terus pajat jadi sweet belaka. Tahniah Neelofa dan Haris!



Korang guna caption tu juga tak? Tanya jurrr...






NEELOFA HAMPIR TERJATUH AKAD NIKAH(VIDEO)


Saat yang begitu mendebarkan apabila pengantin yang sedang berjalan  menuju ke singgahsana, hampir terjatuh ketika menaiki tangga. Bukan apa, pengantin kan.. kena stay lama kat majlis. Nak melayan tetamu lagi. Kalau jatuh, sakit ke apa.. isk iskk.. haru...


Alhamdulillah, masa Neelofa tengah naik tangga tu dia jalan perlahan je. Risiko untuk jatuh tu kurang. Dengar cerita, Kila Fairy terjatuh sampai luka kaki sebab naik tangga tu juga. Tak pasti kenapa. Mungkin licin? Entahlah..





Apapun, selamat pengantin baru diucapkan kepala Neelofa dan pasangannya Haris. Semoga berbahagia hibgga ke Jannah ♥️

25 March 2021

Mid Valley Megamall menawarkan penjimatan hebat pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!



Rakyat Malaysia kini kembali mengunjungi pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan yang diidami sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19.





Oleh itu, Mid Valley Megamall KL bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan e-baucar menarik dengan potongan harga sehingga 60% daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!







Para pengunjung di Lembah Klang yang ingin ‘menghadiahkan’ diri mereka sepasang kasut baru yang cantik dari JD Sports boleh memilih tawaran 'Me Time Bundle', manakala pasangan yang mengunjungi pusat membeli-belah tersebut boleh menikmati 'Sweet Date Bundle' di mana mereka berdua dapat menikmati sesi urut kaki yang melegakan di Thai Odyssey.







Bagi ibu bapa yang bersiar-siar bersama anak-anak, mereka boleh memilih ‘Family Fun Bundle’. Tawaran ini pasti akan menggembirakan si kecil setelah mereka menjamu selera di Pizza Hut, mendapatkan buku kegemaran dari MPH Bookstore dan menikmati aiskrim yang menyegarkan dari Baskin-Robbins.


Buat mereka yang inginkan staycation, tawaran dari Cititel dan The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences pasti menarik hati. Hotel-hotel ini terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall KL dan amat sesuai sebagai tempat istirehat setelah berjalan-jalan di pusat membeli-belah.


Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran* ini yang boleh ditebus di Mid Valley Megamall KL:


Tawaran

Butiran

Harga asal

Harga promo

Mid Valley Megamall: Me Time Bundle

1x baucar tunai Sushi Jiro bernilai RM30 

1x baucar urut separuh badan selama 30 minit di Siam Oasis

1x baucar tunai JD Sports bernilai RM50

RM138

RM55

Mid Valley Megamall: Sweet Date Bundle

2x baucar urut kaki selama 60 minit di Thai Odyssey 

1x baucar tunai Chili’s Grill & Bar bernilai RM50 

1x baucar tunai HYPE bernilai RM50 

RM276

RM130

Mid Valley Megamall: Family Fun Bundle

1x baucar tunai Pizza Hut bernilai RM100

1x baucar MPH Bookstore Books & Stationery bernilai RM100 

1x baucar tunai Adidas bernilai RM100 

4x baucar Baskin-Robbins Single Regular Scoop Ice Cream

RM346

RM160

Cititel Mid Valley

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Superior Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM303

RM138

The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM390

RM208


Tawaran ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega, festival membeli-belah mega pertama pada tahun 2021 di rantau ini. Berlangsung hingga 4 April, kempen ini menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4, tawaran diskaun dan baucar 95% setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee di mana para peserta memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul.


Selain itu, anda berpeluang memenangi 44,444 Syiling Shopee apabila anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam dompet ShopeePay anda.


Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti, iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.


Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam. Acara ini akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Dato’ M. Nasir.


Acara membeli-belah ini akan memuncak pada 4 April dengan penampilan Midnight Madness dari 12 tengah malam - 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi. Kumpulan gadis K-Pop terkenal di dunia, Mamamoo, yang dipilih menjadi 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam - 11 malam.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari - https://shopee.com.my/m/4-4 


*Jangan lupa untuk membaca terma dan syarat serta tempoh sah bagi baucar-baucar ini.


-TAMAT-