12 August 2021

Cermin Mata Anti Bluelight Kanak-kanak Dari OPTOM Eyecare

 Assalamualaikum, hai korang!


Musim PDPR sekarang sukar betul untuk kita had kan masa anak-anak daripada penggunaan gajet. Takkanlah lepas selesai belajar secara online, kita tak nak beri mereka menonton tv tau tak bagi main game langsung pula kan? Sedangkan mereka terkurung di dalam rumah. 





Bosanlah mereka nanti kalau kita tak bagi mereka hiburan. Nak keluar rumah tak dapat. Nak ikut mak ayah jenjalan pun tak dapat. Zaman sekarang ni, gajetlah yang anak-anak paling suka. 


Kalau kata mak ayah kena main peranan buat aktiviti dengan anak untuk mengehadkan masa dengan gajet, tak berapa praktikal. Sebab mak ayah pun kena bekerja dari rumah. Tak dapat nak beri tumpuan macam hari minggu. Nak tak nak, pada hari sekolah mereka banyak menghabiskan masa bersama gajet.




Bahagia face lepas dapat spek mata baru dari OPTOM



SOLUSI

Salah satu langkah yang Dini ambil adalah dengan cara melindungi mata Darwish dengan cermin mata anti bluelight daripada OPTOM semasa penggunaan gajet. Perkara ini tak susah. Sebab kanak-kanak biasanya teringin nak pakai cermin mata. Seriuslah! Dini kecik-kecik dulu pun teringin juga nak pakai cermin mata. Hahahaha! Jadi, mudah sangat nak suruh anak pakai cermin mata anti bluelight ni. Rekaan yang menarik, warna pun comel-comel. Silap haribulan, anak minta dua tiga cermin mata lagi. Garu kepalalah makpak dia. 







Apa itu cermin mata anti bluelight?


Cermin mata anti bluelight merupakan kaca mata yang mempunyai penghalang UV dan coating untuk bluelight. Sebab itu namanya anti bluelight. 



Sinar biru ni merbahaya kepada mata tidak kiralah orang dewasa atau kanak-kanak sebab ia mampu menyebabkan kekeringan dan ketegangan mata serta menyebabkan mata jadi sensitif terhadap cahaya. Silau gitu orang kata. 





Malah, cahaya sinar biru tu mampu menembusi kornea hingga ke retina mata. Maka mudahlah terkena serangan macam migrain, silau, dan rabun. Dengan penggunaan cermin mata anti bluelight sebegini dapat mencegah mata anak kita terdedah secara terus terhadap sinar biru. 

 

 










Kelebihan Cermin Mata Anti Bluelight dari OPTOM Eyecare

 

Baru-baru ini rakan-rakan Dini ramai yang berkongsi mengenai kebaikan cermin mata kanak-kanak daripada OPTOM Eyecare. Kebetulan pula Darwish ada cakap dia rasa macam nak cermin mata yang baru. Sebab dia ada tengok iklan cermin mata anti bluelight sekarang  banyak design yang lebih menarik. 



Teringin lah pula dia... Hmmm...



Fikir punya fikir, elok jugalah Dini belikan sebuah lagi. Satu buat guna masa di tingkat atas satu guna masa duduk di tingkat bawah. Senang tak perlu angkut cermin mata tu ke mana-mana. Sebab dah ramai kawan Dini syorkan, jadi Dini pilih cermin mata anti bluelight kids dari OPTOM kerana:




Rekaan yang menarik: pelbagai pilihan warna yang menarik untuk kanak-kanak. Warna pilihan untuk boys dan girl pun ada. Reka bentuk pun banyak pilihan juga.

Jenama yang dipercayai: OPTOM Eyecare merupakan pusat pemeriksaan mata yang mempunyai pakar mata bertauliah. Sekiranya anak kita perlu memakain cermin mata yang ada power, boleh buat pemeriksaan terlebih dahulu dan buat cermin mata anti bluelight yang ada power.

Bingkai yang fleksibel: ringan, mudah lentur, kalau terpijak atau terjatuh cermin mata ni tak mudah patah. Tahan lasak. 

Fitting Frame Face : cermin mata tak mudah tertanggal walaupun ketika anak-anak beraktiviti lasak. Terletak elok je.

Selamat untuk kanak-kanak: sebab cermin mata ni jenis tak ada power, jadi ia selamat untuk dipakai oleh kanak-kanak. Nak buat bergaya pun tak de hal. 





Jadi korang bolehlah dapatkan cermin mata anti bluelight untuk kegunaan anak-anak khas  ketika penggunaan gajet. Sebagai ibubapa yang prihatin kita tentu mahukan yang terbaik untuk mereka. 




Bila mata anak jadi sensitif terhadap cahaya, bahaya bila mereka besar nanti nak driving pun susah. Cegahlah sebelum parah. Kita tak nak anak-anak kita jadi mudah sensitif terhadap cahaya atau cepat rabun. Lagi satu, terdedah dengan sinar biru ni juga boleh menyebabkan masalah tidur kanak-kanak. Jom kita sediakan cermin mata anti bluelight untuk kegunaan anak kita demi kebaikan mereka



Untuk lebih lanjut mengenai OPTOM, sila layari:


Instagram:

www.instagram.com/optombangi 

Facebook:

https://www.facebook.com/optombangi/

website:
http://optom.com.my






11 August 2021

Kitsui WhiteBerries BB Beaute & Kitsui Fedloss Fibre D'Tox Review


Assalamualaikum. Hai korang!


Ramai betul buat carian mengenai Kitsui. Sebab rekod reviewers blogpost Dini mengenai Kitsui agak tinggi. Jadi, betullah kan korang nak baca review daripada Dini berkenaan dengan produk Kitsui, kan kan...? Meh Dini kongsikan mengenai dua produk Kitsui yang lain pula hari ini iaitu WhiteBerries BB Beaute dan Fedloss Fibre D'Tox.




KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE







Apa fungsi WhiteBerries BB Beaute? 


Ia sesuai diambil oleh individu yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, liang pori besar, parut jerawat, lingkaran mata gelap, kedutan bawah mata, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan juga kusam. Sangat kaya dengan Vitamin E, C, dan A. Fungsinya adalah untuk:



 







Formula Whiteberries BB Beaute
 
WhiteBerries BB Beaute diformulasi dari formula terkini Korea dengan menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan sebagai serbuk. Teknologi ini menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Ia mengandungi 6 Jenis Buah Beri terpilih dari Itali yang kaya dengan antioksidan aktif iaitu:


 
Beri Biru: (Raja Antioksidan)  Dipilih oleh Time Magazine antara buahan superfood yang paling disyorkan
Kranberi: Juga dikenali sebagai buah rubi yang kaya dengan antioksidan
Strawberi: Dikenali sebagai buah Rubi yang kaya dengan vitamin C
Rasberi: Kaya dengan flavonoid dan magnesium
Plum: Kaya dengan serat dan potasium
Anggur: Kaya dengan serat, vitamin K dan B6
 
 
 
 
 
 Kebaikan & Khasiat
 
Khasiat yang terdapat dalam WhiteBerries Bb beaute ini mampu untuk:
  • mencerahkan kulit
  • mengurangkan kemerahan pada kulit
  • mengurangkan kedutan
  • mengurangkan parut
 
 
 
 
 Berikut Dini kongsikan beberapa testimonial daripada pengguna  Kitsui WhiteBerries BB Beaute.
 
 










KITSUI FIBRE D'TOX






 Apakah fungsinya?


Ia befungsi untuk detox tubuh badan kita daripada toksin yang berlebihan. Sedar tak sedar, kalau badan kita ada masalah kulit, mulut berbau, badan berbau, atau rasa macam cepat letih tu merupakan salah satu petanda badan kita banyak toksin. Masalah ini mungkin  berpunca daripada tabiat suka makan makanan berlemak, kurang pengambilan makanan berserat, kurang bersenam, kurang pengambilan air putih dan juga makan secara berlebihan. Akibatnya kita akan rasa badan kita mempunya masalah seperti di atas. 


Jadi dengan pengambilan Fibre D'Tox ni dapat membantu kita untuk nyahkan toksin berlebihan dalam tubuh badan kerana ia dirumuskan khas untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Dalam Fibre D'Tox mengandungi serat harian daripada bahan semulajadi termasuk campuran ramuan herba asli dan serat daripada buah-buahan. 

 

 

 

 Kandungan utama dalam Fibre D'Tox






Kebaikan Fibre D'Tox

Secara ringkasnya, Fibre D'Tox membantu untuk:

  • merendahkan kalori 
  • menggalakkan pergeraan usus
  • meningkatkan metabolisme
  • melancarkan sistem pencernaan
  • membantu sistem penghadaman



Ini pula merupakan beberapa testimoni daripada pengguna Kitsui Fibre D'Tox

 



 
 
 
Produk yang diyakini

 
Kenapa Dini pilih Kitsui? Sebab semua produk keluaran Kitsui bebas daripada baha-bahan berhaya seperti hormon, pengawet, gluten, gmo, antibiotik, dan bahan kimia yang boleh menyebabkan terjadinya alahan kepada sesetengah individu. Vegan pun sesuai konsumi produk ni. Yang penting dijamin HALAL. 
 
 
 
  
Ramuan Semulajadi

Kitsui ini diformulasikan secara unik dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian kita.

Cantik Semulajadi.


 



Recomended


Dini dah cuba kedua-duanya. Rasa yang sedap manis-manis buah gitu. Tak menyebabkan kita rasa nak memerut cirit-birit. Elok je rasa nak membuang untuk detox tu. Melawaskan. Sesuai sangatlah kalau kerap kena sembelit. 



Warna serbuk Fedloss Fibre D'Tox



Fedloss Fibre D'Tox: kos RM1.60 sehari per sachet



Warna serbuk WhiteBerries BB beaute




WhiteBerries BB Beaute : RM1.78 sehari kos per sachet




 Cara pengambilan pun senang. Minum 1 sachet sama ada waktu pagi atau malam sebelum tidur. Campurkan 1 sachet ke dalam segelas 150ml air dan shake sehingga larut. 

 







 Yang penting kena minum air putih secukupnya untuk kesan yang efektif tau. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk ambil apa sahaja jenis produk tambahan.




Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Instagram:


https://instagram.com/kitsuimalaysia


Facebook :


https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/


Tik Tok :


https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/


Shopee


https://shp.ee/se5n4xp?smtt=0.0.9


Website :


https://kitsui.com.my/

 

28 July 2021

KELEBIHAN MENGGUNAKAN CC CREAM SPF50 HANSAEGEE NATURE





 Assalamualaikum, hai korang!


Hai, Korang ingat tak Dini pernah share Langkah Mudah Untuk Rawatan Kulit Kering dan Berjeragat sebelum ini? Hari ini Dini nak kongsikan pula mengenai Kelebihan CC Cream terhadap kulit kita.




Selalunya kan, ramai yang rasa macam malas nak pakai banyak-banyak jenis krim terutamanya bila di rumah. Leceh! Nak sapu toner lah, essence lah, losyen lah, pelembap lah, sun protector lah, krim kecantikan lah. Banyak step nak kena ikut dan selesaikan. Makanya ramai yang abaikan terus penjagaan muka di rumah. 



Haishhhhh tak boleh macam tu, jangan jangan jangan. Korang kena gunakan inisiatif lain kalau rasa leceh. Jom Dini kongsikan idea penjagaan kulit wajah di rumah dengan mudah. Hanya dengan 1 langkah.



 


SENANG - MUDAH - CEPAT





Cara Dini mudah je. Dini guna produk Hansaegee Nature sebab tak payah buat banyak langkah nak selesaikan penjagaan kulit wajah. Simple easy peasy tak sampai 2minit pun boleh siap. Sesuai sangat untuk mak-mak yang busy nak pergi kerja dengan yang kat rumah. Eh, kat rumah pun busy tau. Siapa cakap tak busy sini nak babap...



SUN PROTECTION SPF 50+++ PA+++




Tengok ni. SPF 50++ PA+++ tau. Sangat bagus untuk sunprotection. 


Inilah dia Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. All in one. Dengan sapuan CC Cream ni kulit kita akan nampak natural glowing dan tak akan bercapuk walaupun berpeluh. Tak kiralah kat rumah atau outdoor. Krim ni jenis teksturnya ringan dan tidak berminyak. 

 

 


TEKSTUR KRIM YANG RINGAN

 




Gold Nano CC cream ni senang blend dengan warna kulit. Dah tak perlu termenung fikirkan kod apa yang sesuai dengan kulit kita. Ratakan je ke seluruh wajah, ia akan ikut tona kulit. Walaupun krim ni berwarna putih tetapi bila dah rata, ia tak akan buat kulit kita nampak macam tepung gomak. Tak jadi putih melepak. Natural je. Duduk bawah cahaya matahari ke bawah lampu ke kulit akan nampak glowing sekata. Seriously tak bercapuk biarpun lencun berpeluh sebab memasak di dapur.



MUDAH DICUCI







Selain itu juga cc cream ni senang nak remove terutamanya bila nak solat. Cuci je dengan makeup remover. Nak lagi bersih boleh bilas dengan pencuci muka.  Ia tidak akan block kita punya skin pores. Malah, diperkaya dengan vitamin tambahan untuk rawatan kulit lagi. Kulit muka akan jadi sihat berseri. 


 




BAHAN UTAMA GOLD NANO CC CREAM




Mineral Water = bertindak dalam mengekalkan keseimbangan pH serta menganjalkan kulit.


Colloidal Gold = melindungi kulit daripada radikal bebas dan antipenuaan.


Niacinamide = memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengecilkan liang pori dengan khasiat vitamin B3.


Ipomoea Hederacea  Callus Culture Extract = antibakteria serta merawat masalah kulit.






MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA





Abaikan comot-comot tu. Tandanya rajin guna lah tu kan.. hehehe




Packagingnya pun just nice. Senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dini suka part penutup CC Cream ni. Jenis twist lock cover yang tak mudah tumpah. Kalau simpan dalam beg, katalah anak kita pijak beg tu. Tak akan tumpah. Jadi, penutup jenis ni betul-betul selamat. 











TESTIMONI DINI




Meh dini sapu sebelah dulu bagi nampakkan beza sapu dengan tidak



Sebelah disapu Cc Cream lebih glowing dan cerah





Hah lepastu ratakan keseluruhan. Siap! Kulit wajah nampak lebih bermaya dan berseri




Nak berselfie kat rumah pun rasa lebih yakin bila kulit kita nampak glowing dan sihat. Biasalah kan duduk rumah pun suka selfie juga dengan anak-anak. Buat kenangan. Anak-anak pun tentu suka tengok wajah mama dia nampak  berseri dan bermaya.




So, macam mana? Rasa malas lagi ke nak sapu krim di rumah? Tips paling senang dah ni yang dni kongsikan tau. Kalau malas juga nak lakukan penjagaan kulit muka, Dini tak dapat dah nak nolong (tepuk dahi). Okaylah korang. Selamat mencuba!





Korang nak dapatkan Hansaegee Gold Nano CC Cream boleh klik link di bawah ni ya . Dijamin Authentic.







๐ŸBrand: Hansaegee Nature 

๐ŸWebsite: www.hansaegee.com/shop

๐ŸIG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

๐ŸFB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

๐ŸYoutube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




16 June 2021

HOMEPRO JUALAN GUDANG ONLINE KALI PERTAMA

 

Assalamualaikum, hai korang!


Mesti ramai yang suka membeli-beli di HomePro, kan? Yang suka deco-deco rumah memang suka sangat ke sini. Dini pun selalu juga usha barang HomePro dekat shopee. Hish! Merasuk juga tengok perkakas rumah cecantik tu. Paling suka rak dapur. 






Bersempena dengan seluruh rakyat Malaysia semuanya sedang dalam tempoh PKP, HomePro mengadakan JUALAN GUDANG buat pertama kalinya di website. Tak kisahlah yang jauh ke yang dekat dari HomePro semua boleh membeli-beli sempena jualan gudang ini bermula pada 17/6/2031 - 20/6/2021. Tawaran hebat sehingga 80%!!!







Buat belian melalui website HomePro dapat beli dengan HARGA JUALAN GUDANG. Seriuslah! Biasanya kena ke warehouse je baru dapat harga jualan gudang, kan?






Kenapa korang perlu membeli di Jualan Gudang Online HomePro? Sebab utama korang tak boleh lepaskan Jualan Gudang ini kerana:


๐Ÿ›’ Tawaran hebat setiap hari (potongan sehingga 80%)

๐Ÿ›’ Pelbagai pilihan barangan boleh pilih pada bila-bila masa sambil baring pun boleh dengan family.

๐Ÿ›’ Stay at home di musim pandemik. Tak perlu beratur dan bersesak.

๐Ÿ›’ Belian secara pukal dan installment pun boleh juga.

๐Ÿ›’ Penghantaran pantas, terus ke pintu rumah. 


Boleh buat bayaran secara installment


Penghantaran pantas



Banyak tau tawaran menarik dan menjimatkan dari perkakas elektrik, perabot, hiasan rumah, berkebun di luar rumah dan pelbagai lagi untuk rumah impian korang. Harga pun berpatutan.


Pilihan barangan keperluan dan dekorasi rumah di HomePro





Hah tengok tu.. Dalisa pun berminat nak tolong pilihkan barang untuk mama di website HomePro. Masuk je chart siap-siap nanti esok boleh checkout dengn harga diskaun. Yeayyyy!!! Jom pakat serbu Jualan Gudang Online HomePro ๐Ÿคฉ



Layari๐Ÿ‘‡๐Ÿป


Website: https://www.homepro.com.my/


Facebook Page: https://www.facebook.com/HomeProMY


IG Page: https://www.instagram.com/homepro_malaysia/








05 June 2021

KITSUI REVIEW PERBEZAAN DI ANTARA WHITENIN BB DAN VITAMIN C+ SHINE

 

Assalamualaikum

Hai semua! Ingat tak hari tu Dini ada kongsikan mengenai KITSUI VITA C+ SHINE? Haaa sekarang Dini nak kongsikan dengan korang mengenai Whitenin BB dan apakah perbezaannya dengan Vita C+ Shine. 







Bukan apa, ada yang beranggapan bila dah ambil Whitenin BB maka dah tak perlu ambil Vita C+ Shine. Silap tu! Kenapa silap? Sebab dua jenis produk ini fokus khasiatnya berbeza. Jom ketahui perbezaan di antara keduanya ๐Ÿ‘‡๐Ÿป






KITSUI WHITENIN BB

Ianya dirumus khas untuk membantu merawat masalah, mencerah serta menghaluskan kulit. Apakah masalah kulit yang selalu dihadapi? Kalau macam Dini, masalah kulit kering. Ramai juga yang menghadapi masalh kulit berminyak. Hal inu berlaku kerana ketidakseimbangan hormon dalam tubuh kita. Bila tak jaga pemakanan, stress, kurang bersenam, kurang minum air putih, banyak makan manis-manis, berminyak dan berlemak, ia boleh jadi punca kepada kulit bermasalah.


Yang bagusnya, Whitenin BB sesuai diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai alahan terhadap kolagen. Kalau korang ada masalah kulit sensitif, alergi terhadap kosmetik, sering terdedah pada tempat panas dan terbuka pun elok juga amalkan Whitenin BB sebab kolagen ni dapat membantu membaik pulih kesihatan kulit dari dalam. Bila kulit sihat, liang pori akan mengecil dan masalah bintik hitam, berminyak dan jeragat dapat diatasi. Malah, kulit jadi lebih lembap dan tiada lagi masalah kulit kering. tona kulit akan lebih sekata, cerah dan berseri.

____________________________________________________