29 July 2012

Pengalaman mengandung

-



ada beberapa pembaca blog dni buat permintaan untuk dni ceritakan pengalaman-pengalaman atau peringkat mengandung. macam mana boleh dapat tahu dni mengandung... ada alahan ke tak.. jenis-jenis alahan yang dni alami... macam mana nak tahu mengandung... makan apa... haid teratur ke... ada mengidam ke... best ke tak... maca-macam pertanyaanlah yang dni dapat ^__^






InsyaAllah dni akan cuba explain pada korang pengalaman dni yang excited sebab dapat rasa daripada peringkat awal yang dni mengandung cuma dni tersilap teknik je maasa buat pregnancy test tu. orang test awal pagi, dni test tetengahari. hehe... sebab tak tahu... and, actually ada sesuatu yang mencemaskan pada peringkat awal kehamilan dni... sampai kena jumpa pakar di usia kandungan mencecah 4bulan. Alhamdulillah semuanya selamat... dni ceritakan later... so, pastinya cerita peringkat kehamilan dni banyak episod... mana mungkin nak abiskan dari minggu pertama hingga sekarang ni dalam 1 entry je ;p




tunggu taw
;)








-

28 July 2012

Day 8 | Berpuasa ketika hamil

-



hari ni dni dan asben makan masakan sendiri je.. tak beli sebarang lauk pun. ke bazar ramadhan pun tidak... dari jam 2petang kami berdua terperuk di dapur siapkan juadah untuk berbuka.. jam 3 cemtu masuk bilik rest, tido. haha! sebab pastu nak bangun tido, mulakan aktiviti memanggang. menu berbuka puasa hari ni adalah Daging Rusa Panggang Berempah. kalau korang nak resipinya boleh klik pada link di tersebut ye ^__^ hari ni dni cuma masak tomyam seafood dan nasi... pastu daging rusa panggang berempah asben dni yang buatkan. jom tengok menu bersahur dan berbuka dni :)







BERSAHUR :
  • murtabak daging (bahagi dua dengan asben)
  • burger (bahagi dua dengan asben
  • air soya
  • 3biji kurma
  • air masak





BERSAHUR :

    • nasi + lauk tomyam seafood dan daging rusa panggang berempah
    • 3biji kurma
    • air soya
    • air masak

    (selepas waktu berbuka - 11 malam)
    • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
    • air masak
    • 5biji kurma
    • sebiji chocodate
    • sebiji halwa susu unta
    • buah tembikai



    itu je lah yang dni makan pada hari ni... Alhamdulillah baby aktif je kat dalam. syukur, sebab dni masih boleh berpuasa hingga hari ke-8 di usia kandungan 8bulan... hopefully besok dan hari seterusnya dni masih berpeluang untuk meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan, amin...



    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.




    -

    Resipi Daging Rusa Panggang Berempah

    -



    kemain hari ni rasa nak pecah kepala fikir nak masak menu apa untuk berbuka puasa. memang masak ni tak delah susah sangat... yang susahnya nak buat keputusan apa yang kita nak masak. bila dah blur tak tahu nak masak apa, mulalah google bagai.. belek buku resipi... end up tak dapat buat keputusan juga. kena tepuk dada tanya selera barulah menjadi. disebabkan asben dni dok cakap ikut suka dni nak masak apa... dni sendiri pun blur. last-last dni cakap kat dia dni nak makan daging panggang.



    sebab pagi tadi asben ada belikan pemanggang elektrik untuk kegunaan ketika berpantang. senang... so boleh guna buat panggang daging. tak perlu guna pemanggang arang tu. kami duk kawasan perumahan teres je... tak de laman pulak tu... nak memanggang huishhh tak tahu nak buat kat mana... syukurlah zaman skang ni segala teknologi moden ada... siap boleh memanggang guna elektrik pulak. thank you asben ku sayang!






    yang comelnyeee, asben dni buat dari A to Z. dari basuh daging sampailah ke perap daging, pastu tukang panggang daging pun dialah juga. hehehe... semangat dia guna barangan yang baru dibeli. syukur jugalah dapat suami yang ringan tulang membantu isteri yang sarat mengandung nih. masakan dia sedap-sedap pulak tu...



    ekceli dni tak tahu nak share resipi cemana... sebab bahan perap ni boleh guna apa sahaja... macam tadi, asben dni guna:


    • 3-4 sudu kecil rempah satay
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 1cm halia*
    • 1biji bawang putih*
    • 2-3 biji bawang merah*
    • sedikit kunyit hidup*
    • 1-2 batang serai*
    • garam secukup rasa


    kisar semua bahan bertanda *, campur dengan serbuk satay, jintan manis, dan jintan putih pastu peraplah dengan daging dalam 3-4jam ^__^ kasi segala rempah tu menyerap sebelum dipanggang.. lagi bagus kalau perap dengan lebih lama.. dan... kalau korang nak tahu, ni daging rusa tau. bukan daging lembu... selalu makan daging rusa sejak duk miri. dulu dni tak pernah rasa daging rusa... mula-mula nak cuba tu risau gak kut-kut tak best ke apa... rupanya best! hohohhh.. nak wat cemana kat sini susah nak dapat daging lembu... dijual di pasaraya milik orang bukan Islam... bila dah was-was tu susah la nak beli, kan? gamaknye makan daging rusa je lah kat sini. but it's okay... sebab ianya sedap!



    -

    Day 7 | Berpuasa ketika hamil

    Link
    -



    lepas cari barang-barang baby semalam, tetengok jam dah dekat jam 4petang. mulanya asben macam nak dni masak je juadah berbuka tapi disebabkan penat, dan dah lewat... so kami buat keputusan untuk beli je juadah berbuka puasa di bazar berdekatan... kat stadium miri. banyak betul gerai yang menjual makanan dan minuman. tu la kali pertama dni ke bazar kat stadium. hehe... akhirnya dni beli nasi beriani.. asben pun sama :) menu bersahur dan berbuka dni pada hari ke-7 Ramadhan adalah:




    BERSAHUR :
    • sepinggan nasi berlauk ayam percik
    • segelas air soya
    • 3biji kurma
    • air masak






    BERBUKA :

    • nasi beriani (makan setengah je... tak abis, huhu)
    • sedikit ayam pandan
    • air kelapa
    • 3biji kurma
    • air masak

    buah tin YuTa


    (selepas waktu berbuka - 11 malam)
    • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
    • air masak
    • 5biji kurma
    • 4biji buah tin


    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


    -

    27 July 2012

    Diapers for baby newborn!

    -



    hari ni dni ngan asben nak jalankan misi untuk shopping barang baby yang mana diperlukan untuk dibawa ke hospital... lampin pakai buang untuk newborn kami belum beli lagi... pastu pad untuk dni sendiri pun belum dibeli. hihihhh... hari tu asben berkenan nak beli yang huggies tapi tengok lah hari ni camana... kut2 berkenan yang lain ke... t dah beli dni blog later :)








    diapers bag pun belum dibeli... breast pump pun tade lagi juga... ramai guna AVENT tu kan? mak aih satu set rm500lebih... tengah kumpul duit nak beli nih. haha.. kalau ada brand yang lagi murah maybe beli yang tu la kut... stakat ni tak jumpa yang lain... dok nampak AVENT je... korang beli diapers untuk newborn dan breast pump jenama apa? boleh share dengan dni? ^__^




    -