03 June 2020

Alahan/ Alergik dengan Zincofer Haematinic Capsules


Checkup di klinik pada bulan lepas, HB Dini drop dari 13 ke 11.0. Nurse macam biasa akan tanya makan supplement apa, ada ambil tak supplement yang klinik bekalkan. Dini berterus-terang. Awalnya Dini makan maltofer, bila kena serangan angin, sembelit, sakit urat dan demam seharian lepas makan maltofer, Dini jadi rasa 'gerun' nak cuba supplement yang ada 'fer' 'fer' tu. Jadi Dini ceritakan pada nurse. Dini cuma amalkan obimin.



Klinik ada bekalkan Zincofer. Cuma Dini simpan pada awalnya dengan hajat, nanti nak cuba makan juga zincofer. Manalah tahu sesuai, jadi tak perlu beli sendiri dah obimin. Memandangkan Hb Dini dah drop, nurse sarankan dini cuba Zincofer. Malam tu lepas balik klinik Dini makan sebelum tidur. Sebab Dini lebih selesa makan supplement sebelum masuk tidur.




Besok pagi tu Dini bangun macam biasa dan menanti apa rasa tindak balas daripada makan zincofer malamnya tu. Rasa macam, tak ada pening/ loya/ sebu perut/ nak demam atau apa-apa. Tak ada rasa yang aneh. Jadi Dini anggap mungkin Dini sesuai makan zincofer. Waktu tu, obimin cuma tinggal 2biji. Jadi Dini buat keputusan lepas ni boleh amalkan zincofer sahajalah. Tak perlu beli obimin di farmasi lagi.

Tak lama lepas tu, Dini siapkan sarapan pagi. Mula cuci dapur dan celah jari mula rasa ada naik biji gatal. Dini fikir mungkin kena gigit dengan semut. Dini abaikan biji gatal tu hinggalah ke tenghari, naik pula biji gatal di kedua belah siku dan lengan. Masa tu barulah terasa lain macam. Takkanlah kena gigit semut lagi, kan?


Petang tu tu naik lagi biji gatal di tapak tangan dan juga bertambah biji gatal di celah jari. Terus rasa mungkin ini alergik/ alahan dengan zincofer. Malam tu Dini buat carian dalam group ibu mengandung di facebook mengenai zincofer. Ternyata ada ibu yang pernah alami juga naik gatal-gatal lepas makan zincofer. Sah! Dini alahan dengan zincofer.




Malam tu Dini berhenti terus daripada ambil zincofer. Risau  nanti biji gatal naik lebih banyak. Rasa gatalnya tu sampai tergaru-garu. Hampir dua minggu jugalah biji gatal tu nak surut sepenuhnya. Lekat parut beberapa minggu sebab Dini menggaru. Mana tahan kalau tak garu. Gatal! Isk isk..


2minggu selepas tu Dini hadir untuk temujanji di klinik lagi dan jelaskan pada nurse apa yang Dini alami lepas makan sebiji Zincofer. Nurse tu sarankan Dini teruskan makan obimin saja memandangkan klinik tu tak ada bekalkan supplement ibu mengandung selain dari zincofer. Nanti Dini pulangkan zincofer yang selebihnya tu pada klinik.


Jadi sekarang, Dini cuma makan obimin untuk kandungan Dini, Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu yang ke-30. Berbaki 10minggu lagi untuk menemui ahli baru keluarga kami. InsyaaAllah... Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Doakan Dini ya!

02 June 2020

Bahan Bacaan Anak-anak | Komik Berunsur Islamik dan Penuh Pengajaran

Assalamualaikum, selamat pagi.


Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding sebelum ini. Sebelum PKP, anak-anak dapat ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan, boleh di bawa bersiar-siar di pasaraya, taman permainan, atau ke pantai. Semestinya ada rasa bosan bila tak dapat keluar seperti kebiasaan.




Komik-M : PTS Publications



Anak Dini, Darwish gemar baca komik sejak usia 6 tahun lepas dia dah lancar membaca. Sebelum ni Darwish selalu pilih komik Ana Muslim atau Boboiboy. Kali ini, mamanya yang belikan untuk dia komik tanpa pengetahuan dia. Surprise! Komik keluaran PTS iaitu Komik-M pelbagai siri. Harganya cuma RM7. Berpatutan!


Komik ini menarik minat Dini untuk hadiahkan kepada Darwish. Nampak santai, lucu dan Islamik. Disamping menghiburkan hati serta memupuk minat membaca Darwish, dapat juga dia mendalami ilmu berkenaan doa-doa dan juga solat 5 waktu secara santai dan berkesan. Sesuai dengan jiwa anak kecil seusianya. Bila belajar mengenai solat, biasanya anak cepat rasa bosan. Tapi melalui bahan bacaan komik sebegini InsyaAllah anak-anak akan rasa lebih mudah untuk mereka fahami, dekat dihati.




Diari Conteng Jimi Episod Kertas Ajaib oleh Fadhli Hamdan


Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan juga sukakan mata pelajaran Sains. Ada beberapa eksperimen yang bagus untuk dicuba oleh anak kita apabila membaca buku ini. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penceritaan terutamanya berkenaan dengan gigih berusaha serta semangat setia kawan.


Aidil Doodle Boy Episod Si Comot Oleh Ask Kun



Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan mahu membela kucing tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibubapanya. Namun kanak-kanak ini mampu mengatasi segala masalah dengan berkongsi ceritanya bersama teman rapat di sekolah. Tetapi di akhir cerita, ada masalah baru yang memerlukan pengorbanan. Cerita ini amat bagus dibaca oleh anak kita kerana mengajar mengenai tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, dan juga memupuk sifat penyayang.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Solat Imran Oleh Nazrul Ali


Cara untuk anak belajar solat dengan mudah dan berkesan. Kenapa? Sebab buku ini penuh dengan ilustrasi santai mengajar anak kita bagaimana dan mengapa kita perlu solat 5 waktu. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Imran yang gigih memperbaiki cara solatnya kerana tidak mendapat pendidikan solat dari rumah oleh keluarganya. Akhirnya Imran berjaya solat dengan tertib dan sempurna berkat dari kesabaran, kegigihan, dan tunjuk ajar daripada Ustaznya di sekolah. Bahkan, keluarganya juga turut menjaga solat selepas melihat kesungguhan Imran belajar solat.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Doa Imran Oleh Nazrul Ali


Kadang-kala kita terlupa untuk mengajar anak kita membaca doa-doa lazim atau anak kita sebenarnya pernah belajar doa-doa ini sejak mereka di tadika tetapi apabila jarang dipraktikkan di rumah, maka mereka terlupa. Dengan membaca buku ini, anak-anak akan lebih faham mengapa kita perlu berdoa dan adat berdoa. Kisah Imran yang mempraktikkan berdoa kepada Allah apabila menghajati sesuatu juga wajar dicontohi oleh anak kita.


Alhamdulillah, Darwish pun dah khatam baca kesemua 4buah buku yang mama beli tu. Setiap kali dia habis baca buku, mama akan tanya dia apa yang Darwish faham melalui cerita yang telah dibacanya. Lepas tu, mama akan suruh dia ulang lagi baca buku yang sama selepas beberapa minggu.


Sebenarnya banyak lagi judul buku keluaran Komik-M tetapi Dini baru sahaja beli 4 buah judul ini. InsyaaAllah di lain masa Dini tambah lagi koleksi Komik-M untuk bacaan anak kesayangan, Darwish. Semoga anak mama beroleh manfaat melalui buku-buku ini.



Jom kumpul Komik-M untuk anak-anak!

01 June 2020

Menu hidangan raya

Dini masak yang simple sahaja untuk hidangan hari raya. Makaroni bakar dan juga Laksa Sarawak menggunakan Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Di Miri dulu, Dini selalu beli pes laksa jenama Haji Manan dengan Liza. Tapi, pes laksa sarawak jenama Liza dipek dalam botol. Jadi rumit sikit nak bawa balik ke semenanjung. Jadi Dini lebih suka pilih jenama Haji manan untuk bekalan di semenanjung. 


Selalu bawa balik untuk family Dini dan juga family husband. Umi Dini suka sangat makan Laksa Sarawak. Tiap kali balik mesti belikan untuk dia. Sekarang, senang. Order je di Shopee. Harga lebih kurang sama je dengan harga di Miri.




Laksa Sarawak sangat sedap bila ada lauk udang, ayam, dan juga telur dadar yang dihiris halus. Ada kerang pun bertambah sedap. Tak ada sambalnya pun dah terangkat. Ada sambal lagilah sedap. Tapi raya ni Dini malas nak menumis sambal jadi, cukuplah seadanya makan yang mana ada. Kan dah cakap nak masak yang simple je. hehehe...


Tapai tu, mak mentua yang bagi. Jiran pun ada bagi tapai juga. Cuma... Dini tak dapat nak jamah/rasa tapai raya kali ini. Risau untuk kesihatan adik Darwish kat dalam. Ada yang kata boleh je makan. Ada yang kata tak boleh makan. Untuk kebaikan dan langkah berjaga-jaga lebih eloklah Dini elakkan walaupun terliurnyaaaa nak rasa tapai-tapai tu semua. Tak apa, lain kali boleh makan, InsyaaAllah.





Ini menu yang selalu Dini buat setiap kali raya. Tiap kali ada potluck atau jamuan picnic ke apa Dini selalu buat makaroni bakar juga. Entahlah, rasa menu ni sahaja yang Dini rasa selesa nak masak-masak. Kawan-kawan pun cakap sedap. Makanya, bila orang cakap sedap, yang tu je lah kita rasa rajin nak buat, tak gitu? Bersemangat jadinya. Kalau ada yang nak rasa makaroni bakar macam yang Dini buat boleh cuba resepi di bawah ni, klik:






Selamat mencuba!

28 May 2020

20% CASHBACK DENGAN MAYBANK QRPAY HANYA DI PGMALL

20% CASHBACK DENGAN MAYBANK QRPAY HANYA DI PGMALL | Wow! Nampak je perkataan cashback terus rasa best sangat, kan? Dini bila nampak je cashback, akan cuba manfaatkan sebaiknya. Tak nak lepaskan peluang. Mana tidaknya, bila kita berbelanja, kita akan dapat pulangan pula. Macam diupah untuk membeli gitu, kan? Alahai bestnya... Jadi personal shopper untuk diri sendiri.


CARA DAPATKAN CASHBACK

Sebelum Syawal hari tu banyak bungkusan yang terkandas tak sempat sampai sebelum raya. Tak mengapa. Itu semua barang yang dibeli untuk sambutan hari raya, kan? Raya kan sebulan. Masih boleh berbelanja untuk raya lagi tau. Atau nak beli barang keperluan rumah ke... Nak deko-deko rumah ke... Lepas ni courier akan beroperasi semula seperti biasa. Akan mula hantar barangan-barang yang telah dipesan ke pintu rumah kita.

Jadi, nak dapatkan 20% cashback ni senang sahaja. Gunakan MAYBANK QRPAY apabila berbelanja di platform membeli-belah PG MALL mulai 4Mei - 26Jun 2020.



PLATFORM DIPERCAYAI



PG MALL merupakan platform e-dagang No 1 tempatan terkemuka yang ditubuhkan pada tahun 2017 dan tersenarai pada tangga yang ke-3 di antara platform-platform e-dagang bahkan dipercayai di Malaysia. 


Terdapat pelbagai barangan yang didagangkan di PG MALL. Antaranya barangan kecantikan, keperluan rumah, barangan runcit, pakaian, aksesori kereta, hobi, dan pelbagai lagi. Pendek kata, semua yang kita cari pasti ada di platform PG MALL. Orang putih kata ALL IN ONE. 





REFERRAL LINK

Bukan itu sahaja! Program cashback ini juga kita akan dapat melaui referral link yang digunakan oleh rakan-rakan yang mendaftar dan membeli-belah di PG MALL melalui link kita. Setiap pendaftaran melalui link kita layak untuk dapat cashback sebanyak 3.5%. Kawan kita shopping pun kita dapat cashback. Haish! Terlajak best ni!

Untuk dapatkan referral link, mudah saja.

Daftar akaun di PG MALL dan kongsikan link kita sama ada di whatsapp/ facebook/ messanger/ sms/ telegram/ atau email .


KONGSI KEUNTUNGAN

Inilah konsep yang dijalankan oleh PG MALL iaitu Consumerchant yang mana pihak pembeli dan pihak PG MALL akan sama-sama berkongsi berkeuntungan. Walaubagaimanapun, pihak pembeli iaitu kita tidak perlu mengeluarkan sebarang modal bagi memperolehi keuntungan tersebut (cashback). Bagi mendapat keuntungan yang disediakan oleh pihak PG MALL kita hanya perlu membeli-belah, kongsikan link kita kepada umum, dan dapatkan pulangan. Semakin ramai mendaftar menggunakan link kita, semakin banyaklah pulangan yang kita bakal perolehi.


Jom mendaftar dan membeli-belah di PG MALL sekarang.








27 May 2020

AIDILFITRI NORMA BARU 2020


Assalamualaikum.

Salam 4 Syawal. Ada yang masih buat open house tak hari ni? Hati-hati tau. kena kompaun nanti, sayang RM1000 terbang melayang tinggi ke awan. Eh...! Nak diceritakan kisah 1 Syawal kami sekeluarga yang pertama kali beraya di rumah sewa di Terengganu dalam suasa norma baru. Awal pagi lagi anakanda Darwish bangun dan bersemangat untuk beraya. Papanya masak Nasi Keboli masakan tradisi Terengganu bersama kari daging. Jiran sebelah rumah berkongsi juadah Satay Ayam dan juga Tapai. Lepas sarapan pagi, kami semua bersiap dengan pakaian raya lalu Solat Sunat Aidilfitri berjemaah.


Yang semangat nak beraya


Usai Solat Sunat Aidilfitri berjemaah kami semua buat photoshoot raya sendiri dalam rumah. Biasanya, kami selalu photoshoot raya di studio. Dalam keadaan norma baru ni nampaknya hanya photoshoot sendiri sahajalah. Sekitar tempat tinggal ni macam tak ada white studio dengan props raya je. Atau Dini yang tak jumpa cari, entahlah. Tak mengapalah. Kita photoshoot dengan ahli baru keluarga kecil kami kemudian nanti, InsyaaAllah.



Potret Hari Raya 2020


Tak banyak sangat bergambar raya sebab Darwish dah tak sabar nak pulang beraya ke kampung papanya. Kampung mama, tak dapat nak balik sebab kena rentas ke negeri Kelantan. No no no untuk rentas negeri ya. Kami cuba patuh PKPB sebaik yang mungkin.


Darwish yang cheeky!


Selesai bergambar dalam rumah, mama ajak Darwish bergambar depan rumah pula.




Lepas tu kami terus gerak ke kampung papa Darwish untuk menemui Tok dan Tokki. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari kediaman kami ke sana. #StaySafe Darwish Darwish siap-siap sapu hand sanitizer & pakai facemask.


Potret Raya 2020 bersama mertua


Social distancing

Kat rumah mertua, mak masak Nasi Dagang dengan Nasi Minyak. Alhamdulillah, sedap sangat gulai ikan tongkol mak. Makan bertambah 2 pinggan. lepas tu minta husband tapaukan lagi Nasi Dagang bawa balik. hehehe... ampunkan makyong. Berselera nak makan Nasi Dagang banyak-banyak raya kali ni.






Sebenarnya, raya kali ni Dini tak beli baju raya. Sebab asalnya baju melayu Darwish yang makciknya hadiahkan tu saiz untuk 8tahun. Jadi, walaupun dah dipakai tahun lepas, masih padan elok lagi tahun ni. Tambahan pula kelas KAFA di sekolah barunya tak perlu pakai baju melayu. Kalau beli baju melayu yang baru, macam membazir jugalah sebab tak guna sangat. Dini belikan Darwish baju Tshirt raya je untuk dia. Lepas tu untuk Dini pula Dini cari baju yang sedondon dengan Darwish dan belikan papanya baju melayu baru.

Banyak sangat koleksi baju kurung Dini kerja sebelum ni tak pernah pakai di semenanjung. Jadi, bolehlah pakai kat kampung. Hehehe... Baju kurung ni dibeli pada tahun 2016. Pakai je asalkan masih elok. Peruntukan baju raya yang papanya bagi tu mama buat beli baju duk rumah. Maklumlah mamanya kan dah jadi Surirumah sepenuh masa. baju duk rumah menjadi keperluan utama sekarang ni.



Okaylah itu sahaja coretan raya kami sekeluarga di Aidilfitri Norma Baru 2020. Nanti sambung cerita episod raya ke-dua dan seterusnya pula. Salam AIdilfitri. Maaf Zahir dan Batin ;)