28 April 2021

PENGALAMAN MEMBELI BAJU RAYA DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Assalamualaikum, salam 16 Ramadhan. 


Alhamdulillah dah separuh bulan kita semua telah menjalani ibadah puasa. Bermakna lagi dua minggu sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sayu terasa bila mengenangkan Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai. Namun, tak dapat dinafikan semangat menanti Syawal juga tersemat dalam jiwa. Maka jangan dirintih yang akan pergi. Manfaatkan masa yang masih ada dengan sebaiknya. InsyaaAllah semoga segala amalan baik kita semua diterima dan diberkatiNya. Aaamin 🤲🏻



Di hadapan premis Pusat Pakaian Hari-Hari. Terima kasih staff yang sporting, dan mohon maaf ya sebab ambilkan gambar kami, cik staff berpanas 😅 awak sangat ohsem!



Cerita mengenai Syawal, korang dah buat persediaan raya ke belum? Kami sefamili Alhamdulillah part baju raya semua dah selesai. Ada yang beli di kedai dan ada yang beli di shopee. Isnin semalam kami sekeluarga ke Pusat Pakaian Hari-Hari Gong Badak Terengganu. Kebetulan kat sini cuti semalam. Teruslah suami pun setuju nak ke sana. 


Kami sampai awal, dalam jam 9.40am. Sebab rumah kami jauh, hampir 1jam perjalanan baru sampai ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Dapat keluar sesekali ke bandar, rasa lapang sikit. 😁 Jam 10.30 kedai buka. 



Dalisa sebelum ni tak pernah turun dari kereta bila papanya ke kedai. Duduk je dalam kereta tunggu papa selesai membeli-belah. Inilah kali pertama dia turun ke kedai. Mujur tak meragam. Elok je mood dia. Cuma biasalah dah lama-lama tu dia nak meragam juga 😆  1jam lebih jugalah 'hunting' baju kat sana. 



Sebelum masuk, scan my sejahtera dulu. Face mask jangan dilupa 👍🏻


Masa kami kat sana, ramai sangat yang shopping. Maklumlah cuti am kan. Ramailah yang mengambil peluang bawa keluarga membeli persiapan untuk hari raya. Dah mul adapat rasa bahang kemeriahan sambutan syawal walaupun tak dapat pulang ke kampung. Raya tetap raya. Usah padamkan kemeriahan syawal semata-mata kerana sekatan rentas negeri. Kesian pada anak-anak nanti. Mereka perlu ada memori hari raya yang indah 🥰 macam kita dulu-dulu. Nak raya tu rasa seronok sangat kan? Beraya dengan seadanya...



Melangkah masuk je terus tuju dekat rak samping. Mama yang ni cantik tak? Haaa gitu la lebih kurang 😁 happy dia memilih barang raya sendiri.



Salah satu persiapan raya untuk anak-anak dengan membeli pakaian baru untuk mereka. Ye lah, bukan selalu nak beli pakaian ni. Time raya je lah beriya sikit kan? Haaa.. belilah untuk mereka semampunya. Kalau baju tahun lepas masih padan elok lagi nak ulang pakai ke apa tak jadi masalah. Darwish ni tahun lepas mama papa tak ada belikan persalinan baju melayu baru, dia pakai baju masa darjah 1. Sekarang dah darjah 3. Senteng dahlaaa seluarnya. Tahun ni mestilah kena serba baru. Boleh sedondon dengan adik juga, gitewww.



Cantik - cantik belaka


Mama rambang mata juga sebenarnya meliht Koleksi Ryaa Hari-Hari 2021. Cuma ada sesetengah warna dan design baju tu tak de dah saiz mama. Maklumlah mama ni terlajak slim 🤣🤣🤣 haih. Tengoklah antara pilihan baju kurung ni. Lawa sungguh. Siap sedondon untuk ibu dan anak perempuan. Jenama Fitri semuanya. Sama juga kurta dan baju melayu. Sedondon belaka untuk ayah dan anak lelaki. Tak payah pening nak matching-matching baju famili. Semuanya ada di sana. Material pun best berkualiti.


Ralit pilih kurta koleksi raya Hari-Hari untuk Darwish dah papanya


Tengok dalam bakul tu, asalnya Darwish dengan papanya set baju melayu  warna hijau lumut. Tetiba Darwish nak tukar pula dia berkenan dengan kurta biru tua. Hahhhh, kena hunting balik lah mama papa 😅 



Pilihan pertama


Tukar warna biru tua akhirnya



Sebenarnya, mama dah 4tahun plan nak beraya sedondon warna hijau lumut. Maka plan ni nampaknya masih belum lagi berjaya 😅 postpone pula ke tahun 2022 lah. InsyaaaAllah panjang umur ada rezeki, aaamin.




Terima kasih papa melayan kerenah Darwish pilih itu ini 😁 tentunya jadi memori indah buat Darwish untuk ingat kenangan beli persiapan raya masa dia kecil.


Disebabkan songkok lama Darwish pun dah ketat, kami belikan songkok baru. Mestilah dia yang pilih sendiri nak design mana. Biasa pakai songkok kosong. Tahun ni dia pilih yang ada corak. 


Khusyuk pilih saiz baju




Mama suka baju kurung ni, tapi warna biru tua pula tak ada. Kalau tak, mama tukar ambik paten ni juga warna biru tua. Belum rezeki nak pakai warna hijau lumut.

Lama betul mama tak ke kedai baju. Setahun lebih dah 😅 Kali ni mama pulun cari baju rasa puas hati dapat pegang sendiri material baju. Biasa duk beli online je kan mana nak dapat rasa dulu kain baju tu. Cuma saiz baby tak ada untuk koleksi kurung. Tak mengapa sebab baaanyak pilihan gaun untuk Dalisa.




Haaa tengoklah baju-baju pilihan awal mama. Bukan main mama pilih kurung hijau lumut. Tapi akhirnya kena tukar warna biru. Itu yang mama tak dan bergambar kat sana dengan baju yng dibeli. Rushing nak balik sebab Dalisa dah mula resah gelisah nak susu. Bergambar nanti raya je lah ye. Hehehe..



Yang paaaaling penting. MasyaAllah, best sangat memilih di Pusat Pakaian Hari-Hari Gong Badak. Staf semuanya mesra dan layanan bagus. Mama bagi 5 bintang. Cakap lemah-lembut. Bagi suggestion, tolong cari elok-elok. Ni bukan nak puji lebih tapi nak cerita pengalaman kami masa membeli-belah di sana. Terbaiklah! Nak fitting pun boleh. Staffnya akan bantu sampai korang  dapat baju pilihan hati.





Lepas tu kan bermula 23 April 2021 kalau korang beli RM100 dapat 1x paket sampul duit raya 4keping corak keluarga raya. Ada ayah, ibu, abang, adik. Cooomel sangat. Darwish cakap macam keluarga kitalah. Ada papa mama abang dan adik. Ewahhhh diaaa. Hehehe... Ye lah tu. Memang comel sangat sampul duit raya Hari-Hari. Yang ni pun mama nak bagi 5bintang ⭐⭐⭐⭐⭐





Belian RM200 pula akan dapat  bag purple Hari-Hari. Kalau korang nak 2paket sampul duit raya, buat payment 2x resitlah kot. Kotlah korang taknak beg nak dua-dua sampul raya kan.. tips je lah ni. Sekarang ni ada 85 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Khabarnya akan dibuka lagi 5buat outlet di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ini.



Hah tengok, botol air pun beli. Hehehe


Kalau korang tak dapat ke Pusat Pakaian Hari-Hari pun tak jadi masalah. Boleh juga buat pembelian secara online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari dan nikmati diskaun sebanyak 15%. Macam Dini beli gaun warna biru tua di atas tu untuk Dalisa. Sebenarnya ada je kat kedai hari tu tapi kami yang tak sempat nak memilih untuk Dalisa. Maka untuk lengkapkan set pakaian raya dari Hari-Hari Dini belikan gaun warna sedondon untuk Dalisa di shopee. Ini linknya: Shopee Hari-Hari



Persiapan baju raya korang pula macam mana? Dah selesai ke belum? Kalau belum, jomlah membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Berbaloi-baloi 🤩


 👉🏻 Website: www.ehari.com

👉🏻 Shopee: Hari-Hari

👉🏻 FB:   https://www.facebook.com/harihari/

👉🏻IG:  https://instagram.com/harihariofficial


#KBBA9xHariHari #harihariraya2021 #marilahpergiharihari




27 April 2021

F&N Life App Buat Pesanan Dengan Mudah Dan Cepat


Assalamualaikum 😊


Buat apa tu? Skroll cari barang nak shopping online ke? Semua dihujung jari je sekarang kan.. Termasuklah pembelajaran anak-anak. Golongan veteran yang dulunya malas nak belajar guna smartphone pun sekarang dah pandai berwhatsapp. Tak gitu? Makanya berbelanja dalam talian pun dah jadi perkara biasa bagi kita walaupun beli barang dapur.





Ini Dini nak kongsi dengan korang aplikasi F&N Life. Ye.. F&N yang ada air sirap sedap tu lah. Bulan puasa mesti ternampak-nampak je kan sirap F&N tu 😂 sedap sungguh! Boleh beli terus melalui aplikasi F&N tau. Ada beberapa pakej untuk Ramadhan dan juga Raya serta pakej Keberkatan Plus Plus untuk amal jariah. Siap boleh kumpul mata ganjaran lagi tau.




 



Muat turun aplikasi F&N Life di appstore atau playstore. Kemudian daftar untuk menggunakan aplikasi tu. Mudah je. Daftar sejap je dah selesai. 





Mula-mula pilih poskod kawasan korang lepas tu masukkanlah maklumat yang dikehendaki. Kalau korang berada di sekitar Klang boleh pilih next day delivery. Penghantaran pun percuma dengan belian RM60 dan ke atas.





Ini yang Dini nak korang tahu. Pakej-pakej yang tersedia untuk Ramadhan dan Raya. Berbaloi-baloi 🤩 








Bukan setakat beli untuk sendiri je. Boleh beli untuk keluarga dan infaq juga. Senang sangat dengan pakej Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Pilih je mana yang berkenan. Oh, ya! Ada juga pakej yang dapat sampul duit raya. Jadi kalau korang nak sampul duit raya perhatikan dulu ye pakej yang dapat. Sebab tak semua pakej tu dapat sampul.

 






Untuk pakej Keberkatan Plus Plus, ini detailnya. Korang pilih nak infaqkan kepada siapa sama ada Golongan Memerlukan, Anak Yatim, ataupun Rumah Orang Tua. Setiap satu pek bernilai RM25. 






Menarik, kan pakej yang tersedia? Dini pun dah beli pakej Ramadhan untuk sendiri. Dini pilih pek Hidrat Ramadhan. InsyaaAllah nanti nak belikan untuk keluarga di kampung pula. Maklumlah tak dapat pulang beraya merentas negeri lagi tahun ini..






Pek ini ada 12 botol minuman 100plus kesemuanya.  Semua minuman yang sampai tu selamat tak ada pecah ke apa. Alhamdulillah, 3hari je dah sampai ke pejabat courier. Cuma Dini kena self pickup sebab area rumah Dini pedalaman sikit. Gdex tak buat delivery.











Anak Dini suka betul air 100plus. Dini pilih pakej ni untuk dia minum waktu berbuka. Bagus untuk hidrasi. Dia paling suka perisa beri dan black currant. Dini dengan husband minum je semua perisa. Semuanya sedap 👍🏻







Korang cubalah order melalui F&N Life sementara courier masih terima penghantaran sebelum raya. Karang lambat-lambat nanti tak sempat lak  nak sampai sebelum raya. 








Tengok ni, boleh kumpul point. Dini nak order pek yang ada sampul duit raya pula nanti. Hehehe... Jom jom gi order sambil kumpul point. Nak infaq pun boleh. InsyaaAllah, pihak F&N akan salurkan amanah korang kepada mereka yang berhak.




Untuk maklumat lebih lanjut:


Facebook: F&N Fun 
Instagram: F&N Life

24 April 2021

BAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK CONNECT

 

Assalamualaikum, Salam 12 Ramadan. 

 

 

Membebel sikit... 😁

Dah nak sampai ke pertengahan Ramadan rupanya kita. Sedar tak sedar dah hampir 2minggu menjalani ibadah puasa. Nampaknya keadaan masih sama seperti tahun yang lepas. Dunia masih dilanda pandemik covid-19. Namun begitu ia tidak menghalang kita daripada meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Elakkan berkumpul dan sebaiknya tangguhkan  sahaja majlis yang berhimpun ramai orang bagi mengelakkan jangkitan dengan lebih meluas. Kita dah jaga kita, tapi orang pula yang tak jaga diri mereka. Susah juga. Haih!

 

Tibanya Ramadhan, tentulah sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang  ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.





Di kala pandemik tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, msyarakat yang terkesan dengan terbatasnya had pergerakan dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan orang ramai tidak perlu bimbang kerana di rumah juga kita semua dapat tunaikan kewajipan berzakat. Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor antaranya melalui perbankan atas talian, ezakatpay, atm, ewallet dan lain-lain lagi. 





Dini nak kongsikan dengan korang berkenaan dengan bayaran zakat secara mudah melalui laman talian Hong Leong Connect bagi pemegang akaun bank Hong Leong. Bayaran zakat akan disalurkan terus kepada pusat zakat. Jimat masa tenaga dan lebih terjamin sop. Tak perlu keluar dari rumah untuk menunaikan tanggungjawab berzakat. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jom kita study balik serba sedidik berkenaan Zakat Fitrah.



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

 




Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

 

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

 


 

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata: Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R: Al-Bukhary dan Muslim)




Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

 

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

info: Lembaga Zakat Selangor



 

Itulah serba sedikit berkenaan dengan Zakat Fitrah. Jadi, kepada yang pemegang akaun bank Hong Leong yang mahu mengeluarkan zakat bolehlah menunaikan ibadah zakat secara atas talian melalui laman sesawang Hong Leong Connet. Mudah sangat, kan? 24Jam tak ada had masa. Yang penting ada usaha dan niat.






CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK:

 

 

1) Pastikan korang mempunyai akaun di Hong Leong Bank. Log masuk ke Hong Leong Bank Connect

2) Klik pada butang Bayar & Transaksi

3) Klik pada Bayar Bil dibawah Pembayaran Bil

4) Klik pada Kategori dan pilih Zakat




 Zakat Cash Less Sempena 

Kempen Pay Smart Stay Smart


Sedang berlangsung sekarang Kempen Pay Smart Stay Smart yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang bulan Ramadhan bermula 13 April 2021- 12 Mei 2021. Terdapat banyak tawaran istimewa yang disediakan buat mereka yang membayar zakat secara cash less bagi menggalakkan masyarakat membayar zakat melalui kaedah ini.









Haaa... banyak hadiah menarik menanti. Jumlah keseluruhan bernilai RM15,000!







Mudah sahaja cara untuk menyertai kempen ini. Ikuti langkah berikut:

 

1) Lakukan bayaran zakat secara cashless atau atas talian melalui mana-mana cara seperti e-zakatpay, mobile banking, atm, e-wallet atau online@branch. Syaratnya mestilah secara cashless.

2) Isi borang berikut: http://bit.ly/zakatcashless2021 atau gunakan kod imbasan QR yang terdapat pada poster di atas.

3) Daftar e-zakat online di ZAKAT SELANGOR.



ZAKAT di Hati


Jom sama-sama kita ambil kesedaran untuk menunaikan kewajipan berzakat  bagi menyucikan harta yang kita perolehi kerana dalam rezeki yang kita terdapatnya rezeki orang lain. InsyaaAllah, Allah telah janjikan keberkatan dan ketenangan jiwa bagi mereka yang mengeluarkan zakat.





 Dengan zakat inilah Lembaga Zakat dapat membantu ramai orang yang tidak berkemampuan dan asnaf. Jadikan Zakat dekat di hati kita. 



👉Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari:

👉Tunai zakat anda di: 

📌Facebook: Zakat Selangor
📌Instagram: @zakat selangor

📌Telefon: 1 300 88 4343
 
 
 
 
Salam Ramadhan al-Mubarak. Selamat menunaikan ibadah zakat 😊 Semoga segala amalam kita semua diberkati Allah swt, aaamin.

22 April 2021

OPTOM EYECARE PAKAR OPTOMETRIS DAN CERMIN MATA

Assalamualaikum. Hai korang!


Lama betul Dini tak pakai spek mata lepas spek mata Dini patah tahun 2019 sebelum pindah ke Terengganu. Masa di Miri Dini kerja. Setiap hari perlu keluar dari rumah. Selalunya pakai spek mata sebab Dini silau. Keluar kerja waktu tengahari dengan jemput anak pulang dari sekolah boleh buat Dini rasa senak biji mata gitu bila kena cahaya matahari panas terik. Nak tak nak Dini kena pakai spek mata jenis bertukar jadi gelap bila kena cahaya matahari. Spek silau orang panggil, kan? Silau ni boleh bikin migrain tau. Fuh! Itu yang rela pakai spek dari tak pakai.


Namun, selepas berpindah ke Terengganu Dini dah tak kerja. Keluar dari rumah pun jarang sangat kerana PKP. Tambahan pula Dini dah tak kerja. Dah tamat PKP pun Dini masih tak ke mana-mana juga kerana ada anak yang masih kecil. Duduk rumah tak pun mengekor ikut ke kedai tunggu dalam kereta je. Jadi kurang sangatlah Dini terkena cahaya matahari secara terus. Punca dah tak pakai spek mata sebab dah patah. Makanya adalah terasa nak miliki spek mata baru. Cuma belum berkesempatan ke kedai spek mata lagi. InsyaaAllah, soon...


Blogger Qaseh Dalia di hadapan Klinik Optom Eyecare


Mesin scan belakang retina



Mesin check mata macam kat kedai spek biasa

Mesin untuk check jumlah power dan silau



Duk usha usha pasal spek mata Dini baca pengalaman beberapa orang rakan blogger ke Optom Eyecare. Teruja Dini tengok bilik rawatan yang mereka kongsikan di sana. Wahhh! Canggih betul nampaknada mesin-mesin khas untuk check kesihatan mata. Pastu dni buka website Optom Eyecare. Haaa tu dia... Patutlah canggih. Sebab kedai spek ni sebenarnya klinik kesihatan mata khusus untuk health screening dan theraphy untuk vision. Terbaiklah!



Dini tengok di blog Ummi Nani yang dah buat pemeriksaan di sana, katanya bila buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare bukan sahaja kita boleh analisis kesihatan mata bahkan juga kesihatan tubuh badan. Sebabnya mesin di sana boleh kesan salur mata yang bermasalah. Jadi dengan keadaan salur mata tu boleh kesan kita ada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kena buat checkup dulu baru bagus nak pilih spek.



Tengok ni.. isk kalau kedai spek biasa memang tak adalah nak check salur mata begini kan. Check power mata je lepas tu terus pilih bingkai. Kalau ada masalah mata yang lain, tak dapat nak kenal pasti.


Haaa tengok, siap detail betul pemeriksaan yang dibuat kat sana. 



Pemeriksaan macam ni sangat bagus terutamanya bagi orang tua yang berisiko ada diabetis dan kolesterol tinggi. Sebabnya mereka tak boleh pakai spek dengan sekadar chek mata di kedai spek biasa tu. Jangan sebab nak jimat, kita abaikan kesihatan mata. 


Spek mata untuk anak yang tahan lasak. Anti-bluelight untuk jaga kesihatan mata sepanjang penggunaan gajet. 


Anak-anak zaman sekarang pun banyak terdedah dengan gajet. Nak tak nak kena gunakan gajet sebab sekarang dah tak macam dulu. Sistem pendidikan banyak perlu guna pakai gajet. Jadi, bolehlah bawa anak-anak sama buat pemeriksaan mata. Sebab terdedah dengan gajet ni selalunya mudah kena silau. Kesian anak-anak tak pandai nak describe diorang tak selesa mata tu macam mana, kan.. yang ada masalah juling pun eloklah bawa ke klinik pakar kesihatan mata seperti Optom Eyecare. Barulah diyakini resultnya.






Oh ya. Nak pakai spek. Mestilah kita nak spek tu sesuai dengan bentuk muka terutamanya yang berhijab. Aaaah mau tak spoil mood kalu tudung jadi kembang sebab spek, kan? Duh daku mengerti sangat perasaan itu. Tadi dah tengok mesin canggih check mata. Hah ni ada lagi aplikasi canggih untuk tentukan bentuk spek mata yang sesuai dengan muka kita. Boleh customize nak letak nama dan juga blink blink. Aplikasi ni akan ukur bentuk muka, hidung, mata dengan tepat bagi mendapatkan saiz yang tepat dan paling sesuai untuk pemakai. Pilih je warna, frame, plastik ke besi ke macam mana yang berkenan di hati.




Nak ke sana mudah je. Optom Eyecare ada  dua cawangan tau. Satu di Bangi dan satu lagi di Alor Setar. Korang boleh berkunjung ke sana mana-mana yang berdekatan.

1) Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.


Alamat Bangi: No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)


2) Cawangan Mergong, Alor Setar Kedah. 


Alamat Kedah: No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.



Website: http://www.optom.com.


Facebook: http://www.facebook.com/optombangi


Instagram: http://www.instagram.com/optombangi


Antara pilihan jenama untuk spek mata di Optom Eyecare


Klik je link di atas untuk maklumat lebih lanjut. Dini pun tak sabar nak buat pemeriksaan mata ni. Jom sama-sama pilih untuk buat pemeriksaan mata di Pakar Kesihatan Mata yang bertauliah.