Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

14 May 2020

Resepi Biskut Cornflakes Rangup | Projek biskut raya PKP



Assalamualaikum 😊✌️

Korang dah siap buat biskut raya? Dini buat 2 jenis je setakat ni. Biskut cornflakes dengan ala famous amos. 





Buat 1 adunan je. Sebab tak buat open house. Sekadar makan untuk keluarga. Cukup lah kami 3 orang serumah ni.


Ada yang terhangus 5 ketul πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ entah kenapa. Yang lain semua elok-elok. 5 ketul ni ingkar PKP lah kot.




Alhamdulillah menjadi biskut ni. Dini guna resepi ni je sejak dulu. Rangup sangat. Korang boleh cuba juga.



Bahan-bahan A:

250 gm mentega/butter
2 biji kuning telur
180 gm gula kastor
2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:
 
210 gm tepung jagung (ayak)
150 gm tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
180 gm cornflakes (diramas kasar)

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula + esen vanila sebati. Tak payah kembang. Masukkan mentega/butter gaulkan sampai sebati. Masukkan bahan B dan gaul sebati. 

Cubit adunan dan gentel bulat-bulat ikut saiz korang suka. Boleh tekan dengan garfu untuk ada corak atas biskut tu. Bakar dalam suhu 175'c selama 20minit.



Selamat mencuba😊

28 April 2020

Resepi Tamagoyaki | Telur Gulung Berlauk Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Hai korangπŸ₯° Masak juadah aap untuk berbuka puasa hari ni? Dini masak ayam percik. Tengah perap ayam tu. Kuah percik dah siap. Jam 5-6 nanti boleh lah mula bakar ayam. Buat stok sahur sekali. Maklumlah rakyat 3orang je dalam rumah ni πŸ˜… nak masak sikit serba salah masak banyak pun serba salah. Sederhana je lah.



Dini nak kongsikan resepi paling mudah ringkas dan cepat untuk dijadikan sebagai juadah berbuka.  Tamagoyaki atau telur gulung berlauk.


Bahan-bahannya:
3biji telur
Lobak merah dicincang
Kacang panjang hiris halus
Lada besar hiris halus
1sudu besar mayonis
1sk garam
1sk perencah hilal (optional)


Cara-cara membuatnya:
Gaul sebati semua bahan dan goreng menggunakan non-stick pan dengan api yang sederhana perlahan. Sementara nak tunggu telur tu masak bahagian atas, gulung sikit bahagian hujung telur. Tarik ketepi sikit telur tu sambung gulung lagi sampai habis. Dah masak elok telur tu boleh angkat dan dan hiriskan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

27 April 2020

Tips Bertenaga Seisi Keluarga Sepanjang Ramadan Bersama Susu Lazz



Assalamualaikum

Fuh! Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, syukur masih lagi dapat kita nikmati kemuliaan Ramadan al-Mubarak. Dini ada order susu kambing Lazz untuk keluarga Dini. Lazz Kurma dan juga Lazz Strawberi. Lazz Strawberi ni merupakan perisa terbaru dari Lazz tau. Gembira sakan anakanda Dini lepas dapat bungkusan dan nampak Lazz Strawberi tu sebab dia penggemar minum susu. Harga Lazz Kurma dan Strawberi ni RM47.90 sekotak. 






Salah satu menu kegemaran Darwish untuk bersahur adalah roti bakar cheese bersama segelas Lazz Strawberi. Berselera dia habiskan.





Biasanya Dini minum secawan Lazz Kurma sebelum solat terawih. Husband Dini pula suka minum waktu bersahur. Masa berbuka Dini kena lebihkan minum air putih. Topup air yang kurang dalam badan. Lepas siap solat maghrib, duduk santai-santai, barulah Dini bancuhkan Lazz Kurma suam untuk diri sendiri. Lepas solat terawih, Dini makan supplement sebelum masuk tidur. Macam tu lah rutin sepanjang Ramadan Dini kali ini. 




Dini pilih Lazz Kurma untuk dapatkan khasiat susu kambing buat adik Darwish yang baru sahaja 25minggu dalam kandungan. InsyaaAllah, moga-moga bayi dalam kandungan mendapat khasiat dan nutri yang secukupnya sepanjang mamanya berpuasa. Doakan yang baik-baik untuk kami ya...

Ada juga sesekali Dini campurkan Lazz Kurma dengan Lazz Strawberi. SEDAP! Selain itu juga, boleh bancuh dengan air sejuk atau blend dengan ais. Fuhhhh! Segar betul rasanya. 






Yang ni Dini bancuhkan Lazz Kurma dengan Oat untuk tenaga masa sahur. Sesuai untuk yang berdiet juga menu ini tau. Kat bawah ada Dini sediakan video penyediaan Lazz Kurma bersama Oat.





haaaa... mudah je kan? Bolehlah cuba juga nanti.



Di musim PKP/MCO sekarang, kepada rakan-rakan yang berminat nak dapatkan Susu Lazz melalui delivery/ secara pos boleh hubungi talian di bawah.


Hantarkan pesanan Whatsapp 'Nama dan Lokasi' ke Talian Rasmi Lazz Careline:

Careline 1 : 018-2777 290
Careline 2 : 016 2449 722 


25 April 2020

Vietnamese Spring Rolls | Resepi juadah berbuka puasa


Assalamualaikum

Semalam Dini buat Popia Vietnam / Vietnamese Spring Rolls untuk berbuka puasa. Buat lebih sikit kongsi dengan jiran sebelah rumah. Masak lauk sup tulang dengan sambal kicap. Cukup dah untuk keluarga kecil kami ni ☺️


Kali terakhir buat popia vietnam rasanya 2tahun yang lepas. Makanya rasa kekok nak membungkus kulit popia yang lembik tu kemas-kemas πŸ˜… tak apalah rupa tak berapa nak kemas, rezeki dapat makan pun dah syukur Alhamdulillah 🀲



Jom Dini kongsikan resepi mudah dan ringkas cara buat popia vietnam.



Bahan-bahan popia:
Kulit popia vietnam tak kisah jenama apa
Hirisan lobak merah
Hirisan timun batang
Salad
Bihun yang dicelur
Crab stick yang dicelur
Air
Optional- isi udang, isi ayam, daun bawang

Cara membuatnya:
Basahkan kulit popia dengan air, Dini celupkan kulit popia tu dalam pinggan berisi air sekadar celup kena air je, tak rendam. 

Boleh ratakan dengan berus untuk basahkan kulit popia. Kemudian atur semua bahan dalam kulit popia, lipat macam biasa. Cuma, kulit ni lembik jadi mudah melekat kalau tersilap pegang. Kena hati-hati πŸ˜‰

Bahan sos:
Bawang putih dua biji cincang
Lada besar 1biji cincang
Cili padi 5-7biji cincang
Setengah cawan air
2sb perahan limau nipis/kasturi
2sb sos cili thai maggi
1sudu gula perang
1/2sk sos ikan
Sedikit garam
1sk bancuhan tepung jagung
Hirisan daun ketumbar

Cara membuatnya: 
Masak semua bahan hingga sebati kecuali daun ketumbar. Dah sebati semua tu rasa masam manis masin dah cukup rasa boleh padam api dan gaul dengan daun ketumbar.

Okay itu saja resepi mudah cara Dini. Nak lagi mudah, cicah je dengan pencicah sos thai maggi dah cukup sedap. Hehehe.. selamat mencuba!



πŸ€” Jom fikir menu untuk juadah berbuka puasa hari kedua Ramadan 2020

17 April 2020

Resepi Makaroni Bakar Mudah | Simple Baked Macaroni

Assalamualaikum

Hai korang 😁Banyak ke menu masak-masak bulan ni? Hehehe... Dni tak ada cuba banyak menu sangat sepanjang PKP. Sebab kena fikir masakan tu suami dengan anak suka ke tidak. Karang, makan sorang-sorang je mana best. Contohnya buat kek batik. Adui, kena habiskan.

Kesian mama gemuk sorang-sorang.



Korang suka makan makaroni bakar tak? Dni suka makaroni bakar tapi kurang suka guna resepi yang gunakan kari. Sejak zaman bujang lagi suka masak makaroni bakar pesen ni. Simple - mudah. Tak letak kari tak letak susu... Masak dengan tumis biasa je, lepas tu hidangkan dengan sos cili. Ummphhhh sedappp πŸ€©πŸ‘




Rupa makaroni bakar yang dah siap masak dan dihiasi dengan daun sup, hirisan lada besar dan juga bawang goreng.



Makan bersama sos cili. Nyamannn πŸ‘


Ini untuk darwish, tak nak hias topping tu kalau tak dia tak nak makan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Okay jom cuba resepi makaroni bakar cara Dini:

Bahan-bahan:
Separuh paket makaroni (direbus)
Daging cincang/ ayam cincang/ daging/ atau 2-3keping daging burger pun boleh (dihancurkan)
5ulas bawang putih *
3-4ulas bawang merah *
Hirisan bawang besar (jika suka) *
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam/daging
1/2 cawan air
Serbuk lada sulah
Telur 5-6biji
Gula dan garam secukup rasa
Slices cheese untuk topping (tak letak pun tak apa)
Hirisan daun bawang / daun sup (separuh untuk hiasan, separuh untuk masukkan dalam tumisan)
Hirisan lada besar
Bawang goreng untuk hiasan
Optional: boleh letak lobak merah dan hirisan bawang besar juga


Cara memasak:


Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau, kemudian masukkan daging/ayam cincang dan sambung tumis lagi. 

Bila ayam/daging cincang dah nampak masak masukkan air, sos tiram, kiub pati ayam/daging, lada sulah dan garam gula secukup rasa. Masak lagi sampai air nampak kering meresap dalam daging tu dan boleh tutup api. 

Dah tutup api, masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul rata dan boleh tambah sikit garam masa ni sebab nanti masukkan telur, rasa tu akan jadi kurang masin. Kemudian masukkan telur, hirisan daun bawang/sup, lada besar, carrot, bawang besar jika suka. Tuangkan dalam loyang dan ratakan.

Susun kepingan cheese ikut cara korang suka. Ada juga yang suka letak mozarella. Terpulang. Tak letak cheese pun tak apa.

Bakar dalam oven selama 25-30minit dengan suhu 165'C atau mengikut oven masing-masing.

Setelah siap dibakar, jangan potong dulu. Biarkan sejuk. Kalau tak nanti jadi pecah-pecah makaroni bakar tu. Suam-suam pun dah okay untuk potong.

Boleh hias dengan taburkan hirisan daun bawang/sup, lada besar, bawang goreng, dan sos cili. Boleh tambah mayonis juga kalau suka.

Makan bersama sos cili, sedap! Lagi seminggu nak tiba bulan mulia bulan Ramadan 2020. Menu Makaroni bakar ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur. Nak buat sahur, siapkan juadah sebelum tidur. Bangun sahur tu panaskan saja. Simple.

Selamat mencuba!

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan al-Mubarak

16 April 2020

Sup ala SugarBun Chicken Mushroom Soup

Assalamualaikum


Hai korang! Pernah makan sup ayam cendawan di SugarBun tak? Dini kalau ke SugarBun tak order menu lain dah. Mesti order Chicken Mushroom Soup juga dengan minta sambal lebih. Sedap tau sup + sambal kat SugarBun. 


Tapi Dini tak buat sambal hari ni. Nak hirup sup je. Tambahan pula sup ni banyak khasiatnya dengan menggunakan bahan kering kat atas tu. Jom Dini kongsikan resepi Chicken Mushroom Soup ala SugarBun cara Dini.

Bahan-bahan:

BahanA-
Ayam (Dini guna ayam organik)
Air 1500ml
1sudu besar kicap/sos tiram
Separuh kiub pati ayam
Bawang putih 6-7ulas diketuk
Halia 4inci diketuk

Bahan B-
Cendawan shitake
Black fungus
Kurma merah
1sudu besar bancuhan tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan C-
White fungus
Goji berry

Cara memasak:
Rebus bahan A dengan api yang sederhana dalam 15minit. Kemudian masukkan bahan rebusan B dan sambunh rebus selama 15minit lagi. Akhir sekali tutup api dan masukkan bahan C, kacau sekata. Boleh tambah air kalau nak kuah lebih.



Dini suka hirup ratah saja sup ni. Jadi Dini masak kurang masin. Kalau nak makan dengan nasi, kena tambah garam bagi masin lebih sikit. 



Macam tu lah lebih kurang cara buat sup ala SugarBun. Kicap/sos tiram tu Dini saja tambah sebab nak comelkan warna sup tu 😁 kalau tak letak pun tak apa. Optional tau. Hiaslah dengan daun bawang daun sup juga. Dini tak ada stok daun tu semua. Togel pun tak apa. Janji berselera. Bahan-bahan ni bagus untuk tambahkan HB dan juga susu badan. Jadi, sesuai sangat untuk ibu mengandung dan menyusu amalkan. Boleh google khasiat bahan-bahan kering untuk sup herba cina.

Selamat mencuba!

07 April 2020

Resepi Sandwich Egg Mayo Simple

Assalamualaikum
😁 Musim PKP apa lagi mahu buat... Ambil gambar masakan je lah yang paling banyak. Outdoor mana nak hado kan? Jadi, jomlah tengok ambe nak kongsikan sandwich egg mayo yang senang mudah simple gitchew.



Bahan-bahan:
Telur 2biji
4keping roti
Mayonis
Lada sulah
Sedikit garam (tak letak pun tak apa)

Optional:
Mentega untuk sapuan roti
Hirisan timun, tomato, salad. Semua dini tak letak πŸ˜‚

Cara-cara:

1. Goreng telur hancur menggunakan nonstick pan tanpa guna minyak.



2. Masukkan telur hancur, mayonis dalam dua sudu, lada sulah dalam setengah sudu kecil-1sudu kecil ikut citarasa, boleh masukkan sedikit garam kalau suka. Tak masukkan garam pun dah cukup rasa dah mayonis tu sebenarnya. Gaul rata



3. Sapukan mentega pada roti (tak sapu pun tak apa). Letak inti setebal mana yang korang suka. Kalau korang  suka letak hirisan timun ke tomato ke letak terus masa ni. Lepas tu boleh potong 2 atau potong 4 secara segitiga.





Haa... Sedia dihidang. 😊 Dini malas nak rebus telur, lepas tu nk kopek kulit telur pula. Makanya buat scramble macam ni lebih ringkas. Sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau makan petang. 

Selamat mencuba ! #stayathome

02 April 2020

Resepi Roti Puri Mudah

Assalamualaikum
Salam Stay at Home 😊


Dah lebih 14hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, hari ni baru berkesempatan untuk update blog. Dini ada buat roti puri petang tadi. Jadi Dini nak kongsikan dengan korang resepi yang Dini gunakan untuk buat roti puri yang mudah dan ringkas.


Resepi Roti Puri:

2cawan tepung gandum
1sudu besar gula
1/2sudu kecil garam
1sudu besar yis (tak letak pun tak apa)
3sudu besar minyak masak
3/4 cawan air suam


Cara-cara membuatnya:
Satukan gandum + yis. Gaul rata. Dalam cawan berisi air suam, larutkan gula dan garam. Masukkan minyak masak dalam bekas sebatian gandum yis. Kemudian tambah air suam sikit demi sedikit sampai doh tak melekat pada tangan. Melekat sikit-sikit tu biasa lah 😁


Perap doh selama 10minit kemudian boleh gelek sebesar bola pingpong untuk digoreng. Jangan gelek nipis sangat. Goreng dalam minyak yang banyak, sederhana panas. Tengah goreng tu boleh simbah minyak atas roti tu sampai kembung dan dan terbalikkan.




Macam ini lah rupa roti puri yang Dini buat. Elok kembungnya 😁 percubaan pertama buat sendiri. Sebelum ni suami yang buatkan. Hehehe. 


Dini suka cicah dengan sambal sardin. Roti puri ni boleh juga dihidangkan bersama kari ayam/daging/ikan, sambal ikan bilis, sambal kosong, atau dimakan dengan begitu sahaja. Okay, selamat mencuba!

05 August 2019

Resepi Sambal Bambangan



Assalamualaikum

Hai semua 😊 Hari ni dni nak kongsikan resepi buat sambal bambangan. Buah ni mudah didapati di Sarawak. Semenanjung, dni tak pasti. Sebab dni sendiri tak pernah kenal buah bambangan ni setelah merantau ke Sarawak. Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Entahlah! Hehe...





Buahnya bulat, berkulit tebal. Ada iras bau macam buah Machang. Kat sini juga dipanggil buah Embang. Rasa dia manis, masam, sedap macam makan buah mangga dengan machang. Tapi, cara buka buah ni tak boleh sembarangan tau. Kena betul cara dia. Kalau tak, mau korang termakan kulit dia habisla bibir kena getah lepas tu jadi tebal macam kena injection botox πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Caranya belah 4 sekeliling buah bambangan tu dalam-dalam. Lepas tu kopek keluar kulit tebal dia sampi keluar isi. Kopek sampai habis. Lepas tu parut isi buah bambangan untuk buat sambal.



Resepi sambal bbangan/embang:

Cili besar
Cili padi
Gula
Garam
Belacan

Ikut sukatan ikut suka korang. Tumbuk lumat. Gaulkan dengan parutan buah bambangan/embang. Kalau kurang masin, tambah garam.

Makan bersama nasi dan ikan bakar ke.. daging bakar ke... Ambuyat ke... Sedap!

Selamat mencuba 😘

11 March 2019

Resepi Kuah Lodeh Lontong simple dan sedap

Mokcik terliur nak makan lontong sejak minggu lepas. Last makan lontong masa raya tahun lepas u olsss. Tu yang rasa teringinnn sangat nak makan. Sebab mokcik spisis suka makan lontongπŸ˜†

Alhamdulillah semalam tercapai hajat nak makan lontong walaupun dah nak sampai ke rumah dari pasar baru teringat belum beli nasi himpit. Syukur cik abe mokcik paham mokcik betul-betul nak makan lontong, patah balik pegi kedai beli nasi himpit instant. Bertukanglah mokcik di dapur semalam menyiapkan santapan idaman. Lepas tu makan lontong sejak petang semalam, malam tadi, lajak ke pagi ni. Alhamdulillah.

Puaih hati πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Mokcik tak reti masak. Takat jadi makanan tu boleh la. 😁




Ini resepi yang mokcik guna. U ols pepandai tambah la itu ini kalau resepi yang mokcik guna ni tak menepati kriteria kuah lodeh peberet u ols ye..



Bahan-bahan kisar:
segenggam udang kering
sebiji bawang besar
10biji bawang merah
Sedikit kerisik
1inci kunyit
1inci lengkuas

 Bahan kuah:
 santan
 air
gula garam secukup rasa
fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 
serai 3batang diketuk

Cara-cara membuatnya:
panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



Sedia dihidang bersama potongan nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah serunding daging/ayam. Selamat mencuba ☺







10 January 2019

Resepi Ikan Masak Cuka



Resepi Ikan Masak Cuka
----------------------
(2orang makan)

Ikan tongkol/tenggiri/ikut suka
Serbuk kunyit
Bawang putih 2biji
Bawang merah 1biji
Bawang besar 1hiris
Lobak merah 2 inci
Lada besar/lada hijau/cilipadi
Air 1/2 cawan
1sk pes asam jawa
Cuka 2sb
Garam 1sk
Gula 2sb
1sk biji sawi
[Seeloknya tambah beberapa hirisan timun batang + tomato]

Cara-cara:
1) Gaul ikan dengan sedikit air + kunyit + garam. Goreng tak garing sangat tak apa. Ketepikan.

2) Gunakan minyak yang sama, tumis semua bawang, dah layu masukkan air, pes asam jawa, cuka, gula, garam. Gaul rata.

3) Masukkan semua bahan termasuk ikan goreng. Gaul sebati.

4) Agak-agak kuah nampak pekat sikit boleh angkat dan dihidang.

Selamat mencuba!😁


P/s: presentation fail tu memang pesen hakakπŸ˜†


Sebenarnya tadi nak buat ikan singgang. Dah rendam ikan tongkol. Lama tu baru teringat tak ada lengkuas 😰

Acanerrr nak buat ikan singgang tak ada legkuas ni? Tak umpphhh lah pulak. Hakak tukar nak buat menu ikan tongkol goreng buat makan dengan sup sayur.

Tetiba hakak nampak ada biji sawi. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ dah goreng garing ikan tongkol pun hakak redah je buat jadi ikan masak cuka. Kihkihkih... Tak ada timun batang dengan tomato pun hakak on je. Hakak yang nak makan hakak lantakkk kan aje baha tak ikut protokol sangat. Janji masak.

Kbai!

09 January 2019

Resepi Peria Goreng Crispy





Resepi Peria Goreng Crispy
-----------------------
Peria
Air garam
Tepung Bestari





Cara-cara:
♦️Peria belah dua bahagian, potong halus.
♦️Rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 30minit. Toskan.
♦️Bancuh cair tepung bestari agak-agak tenggelam hirisan peria, biarkan selama mana korang nak perap. Hakak tadi hiris pagi, balik kerja jam 2 baru hakak goreng.
♦️Masa nak goreng, toskan air tepung bestari. Sediakan tepung bestari kering dalam mangkuk. Golek2 hirisan peria yang masih basah diperap tu dalam tepung bestari. Jangan tambah air dahm golek kering macam tu je.. Kang tak crispy pulok peria korangπŸ˜…
♦️Goreng sampai keperangan. Siap untuk dimakan.

———————————————

Al-kisahπŸ’
Tanjat hakak pagi tadi buka peti sejuk nampak ada peria. Maksud dia cik abe hakak beli peria semalam. Senyap-senyap aja dia eyyy... Sedap lettuwww makan kerabu peria hakak 😁

Hari ni hakak buat peria goreng crispy. Simple macam tu je lah resepinya. Tapi dap dap dap nyamnyammmm dah boleh dimakan dengan nasi atau diratah begitu sajaπŸ‘

Selamat mencuba!

07 January 2019

Resepi Kerabu Peria Pegaga



Resepi Kerabu Peria Pegaga Berjemaah.
-------------------------
Bawang merah (1hiris halus, 1tumbuk)
Cili padi
Sedikit tomato
Limau kasturi/nipis
Peria
Pegaga (hiris, rendam air garam 1jam)
Udang kering(rendam air panas)
Sedikit lada hitam
Bunga kantan (optional)
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) Hiris pegaga, peria, tomato, bawang merah, bunga kantan. Satukan.
2) Tumbuk lada hitam. Asingkan.
3) Tumbuk udang kering, bawang merah, cili padi, garam, gula. Tumbuk manja je tak sampai hancur lebur.
4) Perah limau kasturi/nipis, satukan semua bahan dan gaul rata.

Dalam gambar ni, lada hitam ditabur atas kerabu. Sebab hakak terlupa nak tumbuk lada hitam tadi. Buktinya dalam bahan2 tu tak ada jelmaan lada hitam πŸ˜† dah siap gaul baru teringat lahhhh apesal tak letak tadi!

Resepi ni hakak suka hati je buat. Resepi korang opkos lagi sedap. Tak ikut resepi hakak pun tak apo. Saja hakak tiberrr rajin ambil gambar nak tunjuk korang, nanti orang tak tahu pulak hakak selalu je masak kat rumah kennn? πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Hakak sebenarnya jarang buat kerabu pakai santan. Selalu kerabu hakak pakai limau kasturi je.

Suami hakak request nak kerabu peria. So hakak tumpang la sekaki pegaga yang hakak nak makan. Masuk dalam kerabu peria berjemaah. Hehehe... Makan pun nak berjemaah. Kerabu berjemaah la kekdahnya. Makanya nama dia kerabu peria pegaga berjemaah. Sekian terima kasseyhh 😊

Selamat mencuba!




16 June 2014

Resepi apam nasi




Assalamualaikum

ada yang masih belum tidur ke? dni belum lagi. melayan anakanda bangun 'breakfast' dekat jam 1am tadi.biasalah, anakanda dni sekarang terer guna jam united kingdom. haha! saborrr ajelah mamanya. siap amik unpaid leave lagi u olsss. besok ni tatau la cemano buleh pegi kerja ke idok tatau lah. kalau tak dapat pergi terpaksalah suruh kawan take over kelas dni. apapun, resepi tetap nak apdet sementara tunggu anakanda layan upin ipin kat laptop sebelah.





resepi ni dni ambil dari group resepi ringkas. sama je kalau google pun resepi ni juga yang akan digunakan.




Resepi Apam Nasi:
2 cawan nasi *
1 cawan gula *
2 cawan setengah air *

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu setengah yis

___________________


cara membuatnya:

blend semua bahan bertanda *
gaulkan bahan yang dikisar dengan semua bahan lain dalam satu bekas
perap sehingga 3jam
bahagikan beberapa bekas dan gaulkan dengan pewarna
tuang  dalam bekas adunan
kukus sehingga 15-20minit






adunan ni, dni terperap dia sampai 6jam. gara-gara tertidur punya hal. hehehe... sampai melimpah ruah ke atas meja adunannya. kan adunan ber-yis akan mengembang naik. tak pe kalau korang terperap adunan tu lama sikit tak de masalah. cuma kena standby guna bekas tinggi lah. karang, melimpah atas meja satu hal lak nak kena bersihkan. jenuh tau...






hasil dia, Alhamdulillah. sedap... darwish pun suka. selamat mencuba!





10 June 2014

Resepi Cheesekut sedap tanpa bakar







Assalamualaikum, hai korang!





sure kan raaaamai yang suka makan cheesekut dan dah cuba resepinya. mudah, ringkas, cepat, dan sungguh sedap! ada banyak versi cheesekut sebenarnya. resepi asalnya cuma layer cheese + biskut. tapi ramai yang kreatif, ubah sikit sebanyak resepi hingga menghasilkan versi cheesekut yang pelbagai perisa dan deconya ;)


ada yang tambah filling, milo tabur, nestum tabur, neslo tabur, layer nestum, layer milo, layer blueberry, layer strawberry, layer macam-macam lagilah. dni pilih layer nestum + tabur milo. sedap tak terperi. favourite darwish taw ^__^ kemain dia tak sabar nak ngap dan bertambah-tambah dia makan. Alhamdulillah...








Resepinya:
250gm Cream Cheese
sepaket biskut deluxe crackers
6-7sudu susu pekat manis (kalau nak manis tambah lagi)
susu segar/uht untuk celup biskut

-----------------------------------

optional:
nestum/jem/milo untuk lapis
milo untuk tabur




 


cara membuatnya:
1) blend/mixer cream cheese dengan 3-5sudu susu segar dan susu pekat manis
2) celup biskut dengan susu segar sekejap dan angkat susu dalam bekas (letak susu segar dalam mangkuk)
3) sapu cream cheese atas biskut yg disusun
4) tabur nestum/milo/jem atas cream cheese jika mahu
5) ulang no 2-4 sampai habis
6) sejukkan dalam peti 2-4jam dan pastu boleh dihidangkan


siap! ^__^ selamat mencuba






05 June 2014

Resipi Puding Roti Marble


Assalamualaikum, selamat pagi korang!




Dari dapur dni, cheywah ;) nak share resipi yang simple mudah cepat dan ekspress dengan korang. dni guna resipi yang dni baca di group facebook Resipi Ringkas. baaanyak sangat resipi ringkas mudah dan sedap kat sana. 




Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi dan sedap. cuma, warna puding dni tak secomel manalah sebabnya warna ni je yang ada kat rumah. hehehe... guna pakai yang mana ada je. asal cukup bahan, jadilah. lagi satu, dni tersalah sukat adunan untuk warna hijau dengan pink. terlebih pula adunan warna pink. maka terhasillah puding roti marble warna hijau ditindas oleh warna pink dengan jayanya. kohkohkoh ;p






cara-cara untuk membuat Puding Roti Marble;

6-7 keping roti (dni guna roti butterscotch)*
20gm agar-agar
2000ml air
1 tin susu pekat manis*
1 tin susu cair (dni guna susu segar)*
sedikit esen vanilla*
2 biji telur*
pewarna ikut suka sedap mata memandang




1- panaskan agar-agar dengan air
2- blend semua yang bertanda *
3- bila agar-agar dah cair, tapis sikit yang mana macam berketul pastu campurkan dengan adunan yang diblend dalam periuk berisi agar-agar. kacau sebati dengan api yang perlahan
3- nampak dah sebati, macam dah pekat sikit bahagikan ke dalam bekas mengikut berapa warna yang kita nak buat.
4- campurkan pewarna dalam setiap bekas adunan
5- untuk adunan marble ~ mula-mula ambil sesenduk adunan pewarna pertama, letak di tengah-tengah bekas. ambil sesenduk adunan warna kedua, tuang atas tengah-tengah adunan warna pertama dan seterusnya sampai habis.
6- sejukkan, masukkan dalam peti. siap!




kalau adunan korang sama banyak, mesti jadi cantik punya masa proses layerkan nak jadi marble tu. dni punya, adunan pink lebih banyak. bila puding nampak cantik, layernya kemas, fuh gerenti membuak-buak perasaan nak makannya kan? teruja sakan. tapi tak pelah asal nyammmm nyammm sedap layan ajo. tak kisahlah bab kalernya tu. hehe...





selamat mencuba!





p/s: gambar yang dah siap potong? ngaaa tak dan transfer dalam laptop. dni update kat instagram ajelah ye.






09 August 2012

Resipi Kueh Tradisonal Netbak

-



unik tak namanya? Netbak.. or netbat.. or nekbak or yang sewaktu dengannya lah... dni pun tatau mana satu ejaan yang betul.. tau sebut aje. hehe... tahu ni pun daripada asben. maybe selama ni dni tak perasan kueh netbak kat kedai. rasa macam pernah tengok tapi dni jenis suka beli kueh yang dni biasa beli je so, tak perasan kewujudan kueh bernama netbak. rupanya kueh yang satu ni pemes di pantai timur terutamanya kelantan terengganu. tskkkk! malu je kan jadi ore kelate tapi tak kenal kueh netbak, ;p




Kueh Netbak



actually kueh ni dibuat asing dengan kuahnya... asalnya kue netbak memang nampak macam bahulu... tapi ianya keras, tak boleh dimakan terus macam bahulu.. kena rebus dengan air sira gula dahulu baru boleh dimakan. rasanya boleh tahan, macam kueh bahulu juga. bezanya ada air sira gula tu lah... nak kurang manis, sila kurangkan gula masa menyira tu... jom tengok resipi yang dni copy daripada Resipiku.


Bahan-bahanya :

1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.


Air Sira Gula :

2 cawan air
10 sudub gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

Cara Membuatnya :

1. Masukkan air , gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan




resipinya agak simple... boleh bakar dalam oven dengan suhu 180dc cemtu..
selamat mencuba!



;)


-

06 August 2012

Resipi Puding Buah Koktel/Cocktail Simple

-


Sabtu hari tu ada majlis berbuka puasa di sekolah asben dni... disebabkan blur nak bawa juadah apa sebagai salah satu hidangan, dni bagitahu asben untuk buat puding buah koktel je. sebab dni tak reti masak! haha... tetambah di bulan puasa nih... tak tahulah cemana rasa masakan tu kalau dimasak tetengah puasa. kalau tak puasa, boleh rasa cemana rasa masakan tu ;p kang silap termasin, tertawar, termanis ke apa naya.. malu je kat orang, haha!







akhirnya dni buat puding buah koktel... resipi dni guna ni simple je... tak guna telur dan tepung custard pun sebab malas. lagipun, guna telur ada rasa hanyir sket kan.. so dni lebih suka yang simple cemni...



BAHAN_BAHANNYA :
  • 2paket agar-agar (dalam 20g)
  • 1.5 cawan gula
  • 1/2 cawan susu sejat (dni lebihkan sikit)
  • 1 tin buahan koktel
  • 6 cawan air

CARA MEMBUATNYA :
  • panaskan air bersama agar-agar sampai larut, pastu tapiskan agar-agar yang dicairkan ke dalam periuk lain... panaskan taw, jangan biarkan agar-agar tu beku.
  • masukkan gula, susu sejat, dam juga buahan koktel (tuang skali dengan airnya), kacau sebati... kejap je panaskan... takyah lama-lama ^__^
  • sediakan bekas untuk masukkan puding tu.
  • biarkan puding tu sejuk dengan suhu bilik, barulah masukkan dalam peti...
  • bila dah sejuk, betul-betul dah keras boleh potong ikut suka hati. haa kan dah siap!

simple, je kan? selamat mencuba!
;)




-

03 August 2012

Resipi Biskut Raya Cornflakes Madu

-


antara biskut raya peberet dni adalah biskut cornflakes madu... very simple je resipinya... raya kali ni kalau tak sempat buat biskut lain, at least cornflakes madu pun jadi la dni buat sendiri. al-maklumlah... dah sarat mengandung. tak tahulah ado kudrat tak nak buat biskut banyak jenis. lagipun, entah ada ke tak ada orang nak datang beraya kat rumah dni. hehehe... kena inform awal-awal kat jiranlah kalau nak wat open house. Maklumlah beraya di perantauan. 



masalahnya dni bukan taknak buat open house. tapi sebab dah sarat mengandung, kalau buat open house, ya Rabbi, banyak nye kerja kena buat, kan? kang tak larat pulak mak buyung ni wat koje, huhu... jom hendap resipi paling simple nih... asal ada conrflakes je confirm menjadi ^__^




gambar: sumber google.. dah lupa cilok kat mana gambo ni huhu




BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 kotak cornflakes 500gm
  • 1 cawan madu
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan butter @ 125g butter 
  • papercup
  • hiasan (ceri/sprinkles/mutiara/choc chips/kismis/badam/)


CARA MEMBUATNYA :

  • panaskan butter + madu + gula merah di dalam kuali sampai butter cair
  • gaulkan dengan cornflakes hingga sebati bersama esen vanilla
  • masukkan ke dalam papercup. kalau korang rasa macam tak suka tengok cornflakes tu besar sangat, boleh ramas2 sikit biar sedikit hancur... jangan kasi hancur lebur lak.. kang tinggal debu je la cornflake tu.. hehe
  • kalau korang suka letakkan hiasan, boleh letak terus hiasan sebelum bakar. biasanya ramai yang buat hiasan menggunakan ceri dan kismis. naik seri sikit kan...
  • pastu dah boleh bakar dalam oven yang dipanaskan dengan suhu 170c selama 3-10minit. ekceli biasanya dalam 3-5minit tu dah masak... so, hendap2 la biskut tu sekerap mungkin. kalau dah nampak melekat tu dah sah boleh keluarkan daripada oven. kalau bakar lama-lama, nanti pahit pulak rasa biskut tu... hehe


selamat mencuba!
^__^



-

02 August 2012

Resipi Puding Roti

-



wuarghhh! malu nak tayang gambo puding roti versi hantam sajalah malas nak potong bahagian tepi roti... gara-gara malas, terpaksa gak la tayang gambo puding roti malas daku nih... nak snap yang lain tado jadahnya lah...tatau bila lagi nak buat puding roti sedangkan mood nak share resipi membuak-buak. kah3...






yang pastinya, setiap kali buat puding roti dni konfem malas nak buang bahagian tepi roti. tebiat buruk benau... lagipun, dni layan je makan bahagian tepi roti tuh... tade hal pon... rupa je la tak bape jelita macam yang dibuang bahagian tepi, kan? rasa dia sama je pun {menyedapkan hati sendiri ;p}


okay... jom tengok resipinya... walaupun korang dah pro buat puding roti, dni nak share gak pada yang mana belum penah cuba buat lagi... yang dah terer tu tak pe... boleh buat banyak-banyak dan kasi dni makan hoho!



BAHAN-BAHANNYA:

  • 4-5keping roti
  • 450ml susu segar/susu sejat (dni guna dairy milk)
  • 3biji telur ayam
  • 25g gula kastor
  • segenggam kismis hitam (sultana)
  • 1 sudu besar membukit tepung custard
  • sedikit mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :

  • sediakan loyang.. tak kisah bulat ke segi empat ke ape... yang penting muat-muat untuk 4-5keping roti tu. sapukan mentega pada permukaan roti. oh sebelum tu! potong bahagian tepi roti kalau tak nak rupa puding roti korag macam puding roti dni kat atas ;p
  • carik-carikkan roti yang dah disapu mentega dengan penuh perasaan kasih sayang kalau nak bentuknya cantik, kalau nak lepas geram, carikkan ikut suka hati je asal jangan ramas-ramas roti tu sudah. kang tak gebu roti tu jadinya.
  • susun cencomel dalam loyang tu berselang-seli dengan kismis. tabur kan je pun takpe...
  • pukul telur dan gula sampai kembang.
  • panaskan susu atas kuali dengan api yang sederhana... jangan kasi hangus susu tu... nampak cam kekuningan sikit cemtu... then tutup api, masukkan dalam tupperware... jangan biarkan dalam kuali panas tu kang hangus!
  • campurkan susu yang dipanaskan dengan adunan telur dan gula, pukul lagi adunan tu dan masukkan esen vanilla serta tepung custard.
  • dah puas hati memukul adunan tu, tuangkan je dalam loyang berisi roti. biarkan seketika sampai nampak dah kembang sket... baru masukkan dalam oven/microwave.
  • bakar dalam oven selama 20minit atau lebih pada suhu 180 darjah. kalau nampak macam lembik lagi 20minit, up lagi 30minit...
  • in case korang tade oven, nak guna microwave, bakar dalam suhu sederhana selama 20-30minit juga... ekceli puding roti dni tu pun dni bakar guna microwave je, haha!
  • bila dah masak, sejukkan... baru leh potong-potong. then, boleh ngappp ^__^


selamat mencuba
;)



-