SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
Wooowwww! Comelnya!
Itulah reaksi pertama Dini tatkala melihat packaging kotak-kotak Supercube Molasses Herbs Drink yang baru diterima. Siap ada freegift cawan lagi. Bahagia betul bila ada freegift macam ni. Terus rasa nak buat koleksi mug Supercube di rumah. Nanti nak beli lagi beli lagi beli lagi... ehh...
APA ITU MOLASSES SUGAR SUPERCUBE
Supercube ni sebenarnya minuman berasaskan herba yang diperbuat daripada gula molases yang dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Gula molasses atau lebih dikenali gula perang dihasilkan daripada tebu cuma proses pembuatannya tidak sama seperti menghasilkan gula putih. Khasiatnya juga berbeza. Bagi menghasilkan gula molasses, tebu diperah bagi mendapatkan cecair dan direbus berjam-jam sehingga likat kemudiannya dikeraskan mengikut bentuk. Ha... sebab itulah kiub minuman herba ini dinamakan Supercube.
Mestilah berbeza kerana gula molasses yang terkandung dalam kiub minuman herba Supercube dihasilkan daripada proses semulajadi tanpa melalui proses pembuatan gula putih. Kebanyakan gula molasses di pasaran sebenarnya adalah hasil gula putih yang dicampur dengan sirap molasses yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses dicampur lebih gelap gula putih bertukar. Hasilnya seakan sama tetapi melalui proses yang berlainan. Jadi kelebihan pada molasses supercube adalah:
- ✔️Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
- ✔️Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.
Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.
Ia tidak mengandungi kafein. Yang paling penting, ianya mempunyai kelulusan HALAL JAKIM.
VARIASI SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK
Terdapat 3 kotak minuman herba berasaskan gula molasses Supercube iaitu Osmanthus & Roses, Ginger & Lavender dan Red Dates & Goji Berry. ^jenis kesemuanya. Dalam setiap kotak ada dua jenis kiub tau. Macam Osmanthus & Roses akan ada 10 kiub Osmanthus dan 10 kiub Roses macam tu juga dengan yang lain. 10-10 kiub bagi setiap perisa tu.
Bila nak minum pilih salah satu yang bersesuaian dan nak gabungkan perisa juga boleh. Potong dua dan campurkan dengan perisa yang kita nak. Contohnya nak minum kiub Ginger dan Goji Berry. Ambil kiub keduanya dan potong dua, simpan separuh kiub dan gunakan separuh kiub lagi untuk keduanya macam dalam gambar di atas ni.
OSMANTHUS & ROSES
Relax & Heal : membantu meredakan stress dan meningkatkan kualiti tidur yang nyenyak. Herba ini sangat bagus diambil oleh orang yang mengalami masalah insomnia. Ia boleh buat tubuh badan rasa relax dan membantu tidur yang lena. Sesuai sangat minum pada waktu malam sebelum tidur. Kalau nak relaxkan muscle kerana senggugut pun okay juga pilih kiub ni.
GINGER & LAVENDER
Calm & Sooth : membantu dalam melegakan badan daripada kelesuan dan stress. Halia sangat bagus untuk detox, buang angin, legakan perut meragam dan segarkan badan sejak dahulu kala lagi. Levender pula terkenal dengan sifat penenang dan anti stress. Jadi kalau ada rasa berangin tubuh ke... tak enak perut ke.. bolehlah minum air rendaman kiub halia. Kalau rasa stress nak tenang-tenang boleh minum kiub lavender. Campur keduanya pun boleh juga. Boleh bantu legakan migraine juga sebab bila badan kita berangin, mudah juga kena serangan migrain kan...
RED DATES & GOJI BERRY
Nourish & boost : Ini merupakan Supercube kegemaran Dini. Sebab apa? Sebab Dini sekarang sedang menyusukan Dalisa yang baru sahaja masuk usia 6 bulan. Masih panjang lagi tempoh penyusuan. Tentu sekali Dini perlukan milk booster bagi memastikan susu badan cukup dan berkhasiat untuk anak Dini. Apa yang kita makan, itulah yang jadi sumber hasil susu badan, kan... Jadi, pemakanan ibu kena jaga juga.
Sesuai sangat dikonsumi oleh wanita ketika mensturasi, mengandung, berpantang dan juga menyusu. Ia sangat kaya potassium dan antioksidan serta serat yang tinggi. Bagus untuk mereka yang menambah tenaga, menambah susu badan, meningkatkan hemoglobin dalam darah, memperbaiki pengaliran darah dan juga melegakan senggugut.
Haaa... supercube ni bukan untuk wanita je, kaum lelaki pun boleh minum. Kiub ni boleh boostkan energy. Jadi sesuai untuk semua golongan. Kaum Cina gemar betul dua jenis herba ni kan. Boleh minum tanpa ragu-ragu.
CARA MINUM
Masukkan kiub ke dalam gelas berisi air panas dan kacau sebati, sedia dihidang.
Sedap diminum ketika suam. Macam rasa laici kang pun ada, tak terasa pun herba-herba tu.
Nampak tak osmanthus berenang-renang tu? Oganic tau!
HARGA
Setiap kotak Supercube berharga RM69/SM dan RM74/SS. 1 kotak berisi 20pcs kiub.
Dini rekomen korang cuba minuman herba ini untuk rasai sendiri keenakan dan dapatkan khasiat yang terdapat dalam setiap kiub. Dapatkan maklumat selanjutnya di laman sesawang rasmi Supercube Malaysia iaitu:
Website: https://supercube.my/
Facebook: https://www.facebook.com/supercube.hq