23 July 2012

Produk yang boleh digunakan untuk melegakan strechmark ketika hamil

-



strechmark/regangang kulit ketika hamil adalah satu perkara biasa berlaku kerana kulit semakin menegang apabila bayi semakin membesar. bukan setakat kulit perut sahaja yang meregang... malah, bahagian dada dan pinggul pun sama... kalau google gambar-gambar strechmark, ada yang menggerunkan dan ada pula yang cuma dapat strechmark yang tidak ketara...




Alhamdulillah, buat masa ni strechmark yang dni alamai bukan pada tahap yang teruk. cuma, still ada. terutamanya bahagian perut. ada nampk jalur-jalur menjalar kat bahagian tu. hubbylah yang tegur... kalau dia tak tegur, dni tak sedar pun dni ada strechmark. seriously! sebab tak jelas sangat warna pada masa tu. sekarang ni makin besar perut, makin jelas sikit warnanya...






pada mulanya, dni cuma pakai losyen vitamin e dan cocoa butter. tapi tak jalan.. bila pakai losyen je kalau berpeluh, ada rasa gatal-gatal.. kulit pun macam dapat tindak balas negatif. so dni stop.. dni bertukar kepada minyak... dni guna minyak kelapa dara aje untuk disapukan pada bahagian strechmark. ALhamdulillah tak ada rasa gatal dan kulit merah-merah. cuma satu je lah... ada bau minyak kelapa sikit... soft-soft gtu je baunya. komen dni, okaylah guna vco liquid. tak gatal dan strechmark tak makin teruk...







biasanya yang ada strechmark akan pilih bio oil sebagai solusinya kan? dni pun sama.. ada beli juga bio oil. baunya agak wangi dan bila pakai pun cepat nampak kesan. cuma.... harganyalah, agak mahal sikit berbanding minyak kelapa dara. so dni tukar-tukar aje guna vco dan bio oil. dua-dua dni guna ^__^





satu lagi produk femes untuk melegakan strechmark adalah palmer's cocoa butter. yang ni dni tak pernah guna minyaknya... dni pernah guna yang jenis losyen. maybe losyen tak okay dengan kulit dni yang jenis kering. jadi, dni pilih guna produk berasaskan minyak... so, no komen untuk produk ni. hehe...




pureen pun ada losyen khas untuk strechmark. dni pernah tengok tapi tak pernah cuba sebab terang-terang dah yang ni jenis losyen. so dni rijek awal-awal coz dni tak boleh guna losyen... alahan dengan losyen kut sejak preggy nih. dulu kalau pakai losyen okay je. sekarang, asal pakai je rasa gatal. sobsss....




so pada mana-mana mom to be yang ada strechmark jangan risau... tu normal. yang penting u ols jangan menggaru kat kawasan berlaku regangan. nanti bertambah teruk. setakat ni Alhamdulillah dni pakai vco liquid dan bio oil tak ada sebarang efek gatal. okay dan sesuai dengan dni. pakai b4 tdo jelah kebiasaannya. kalau pakai waktu tengahari, badan berpeluh. tapi sebaiknya pakai lepas mandi. dni je pemalas... suka pakai b4 tdo...




kalau korang dah malas sangat nak pakai, minta tolong je asben yang lumurkan. haha.... ada kemanjaan di situ ;p yang penting, pakai! kalau korang biarkan macam tu je, alahai... nanti susah nak hilangkan strechmark tu tau... tak cunnn nanti kulit u ols :)


-




Day 3 | Berpuasa ketika hamil

-




sedar tak sedar, dah 3hari kita semua telah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. besok merupakan hari yang ke-4. cepatnya masa berlalu. tak terasa pun dah puasa 3hari... tup-tup dah nak masuk hari yang ke-4. Alhamdulillah, walaupun cuaca panas terik sekarang, tak rasa penat sangat. okay je setakat ini, boleh berpuasa dengan jayanya ^__^







yang penting, amalkan pemakanan yang sihat. elakkan makanan berminyak secara berlebihan. kalau makan makanan manis, cover balik dengan minum air masak secukupnya. jangan abaikan air masak sebabtubuh kita lebih memerlukan air masak daripada air bergula. masa tak puasa pun kena minum at least 8gelas sehari... bulan puasa apatah lagi... kan? hehe... membebel lak dni ;p jom dni nak share menu bersahur dan berbuka mak buyung pada hari ke-3.



BERSAHUR :

  • air masak
  • 5biji kurma
  • roti paratha
  • kuah dalca daging
  • kopi susu


BERBUKA :
  • nasi kerabu
  • ayam percik
  • 2biji kurma
  • 1biji onde-onde
  • air masak
  • air mata kucing


selepas waktu berbuka antara jam 9-11malam

  • air masak
  • tembikai
  • 2 biji chocodate
  • supplement (vco, fish oil, vitamin c, wum, tablet susu kambing)




itu sahajalah yang dni makan pada hari ini. sebenarnya dni ada beli popia dan kueh cara tapi tak makan... tersadai je bawah saji. haha! dasar rambang mata bila pergi ke bazaar. maklumlah dah lama tak pekena segala kueh tu semua. sekali tengok terus terliur... cmana puasa ibu-ibu mengandung yang lain pula? nak share kat sini pun boleh ;)





untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.




-

Check List Barangan Keperluan Bayi

-
julai dah hampir melabuhkan tirai... ogos pula bakal menjelma... september juga akan menyusul tiba... september yang mendebarkan! baby dalam kandungan dni bakal dilahirkan pada awal/pertengahan setember, InsyaAllah.
jadi, segala keperluan bayi dah kena ada buat masa sekarang. coz nurse nasihatkan semua para bakal ibu siapkan beg terus masa bulan ke 7 in case kalau jadi apa-apa, senang... capai je beg yang disiapkan tu untuk ke hospital. buat masa ni dni masih belum kemas apa-apa barangan lagi. hajat di hati dalam minggu ni or minggu depan dni nak basuh semua barangan baby. pastu baru siapkan beg untuk ke di bawa ke hospital ^__^
antara keperluan bayi yang perlu disediakan adalah:
Pakaian:
  • baju lengan panjang (done)
  • baju lengan pendek (done)
  • seluar panjang (done)
  • seluar pendek (done)
  • baby rompers (done)
  • lampin (done)
  • sarung tangan (done)
  • sarung kaki (done)
  • topi (done)
  • barut/bengkung baby (done)
  • selimut (done)
  • tuala (done)
  • sapu tangan
  • lampin pakai buang

Penjagaan Bayi:
  • minyak telon
  • losyen ruam lampin
  • set mandian (done)
  • penyepit kuku
  • sikat
  • wet tissue
  • tiub penyedut hingus
  • putik kapas

Keperluan Lain:
  • bantal kepala (done)
  • set tilam, bantal, bantal peluk (done)
  • mosquito net (done)
  • air-filler cotsheet (done)
  • botol susu (done)
  • bakul baju kotor
  • besen mandi (done)
  • puting susu
  • termos
  • pembersih botol susu (done)
  • diapers bag
  • breast pump
  • car seat (done)
  • stroller (done)
  • buaian
  • katil
  • mainan
hehe... itu jelah yang dni ingat setakat ni.. tatau kut ada yang tertinggal.. kalau ada, please ingatkan dni eyyy.. dni akan update kat dalam senarai tu ^___^ -

Beringat-ingatlah berpesan-pesan | Ruginya jika mengumpat

-




Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".







Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.



-

22 July 2012

Day 2 | Berpuasa ketika hamil

-



2nd day berpuasa, Alhamdulillah... masih belum rasa kepenatan yang melampau lagi. macam biasa je... hari pertama dan kedua berpuasa jatuh pada hari minggu, jadi Alhamdulillah dapatlah dni dengan asben praktiskan bangun sahur jam 4pagi dan berpuasa. maklumlah, dni baru kali pertama berpuasa di Sarawak. waktu imsaknya lebih awal berbanding dengan semenanjung. jam sebelum jam 5 pagi dah masuk imsak... 6.43pm dah masuk waktu berbuka... awal sangat-sangat...




besok dni akan mula bekerja sebelah petang. biasanya dni mengajar waktu pagi. tapi disebabkan bangunan sekolah yang dibaiki beberapa bulan lepas telah pun siap, Alhamdulillah sesi petang dah boleh masuk belajar ke sesi pagi... jadi guru kafa kena mengajar sebelah petanglah bagi yang mengajar murid sesi petang hari tu. so jadual dni sekarang dah berubah ke hari isnin, selasa dan khamis setiap 1.30pm-4.30. waktu tu adalah waktu mula rasa penat, kan? hehehe... tataulah cmana dni besok. hopefully dapat kerja dengan baik dan tak mengantuk



okay, dni nak share menu bersahur dan berbuka dni sepanjang hari ni iaitu:


bersahur:
  • 7biji kurma
  • 2 keping roti bersalut telur
  • sekeping roti bersalut telur + sosej
  • 1 keping char kuey
  • air masak


berbuka:
  • sepinggan nasi berlauk dalca daging dan daging rusa masak merah
  • segelas air soya
  • 3biji kurma
  • air masak


(selepas waktu berbuka - 11 malam)
  • segelas susu segar
  • sekotak kopi susu dutchlady
  • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
  • 1bar cloud9
  • air masak
  • kurma



itu sahajalah yang dni makan dan minum... banyak betul, kan? hehe... coklat masih tak boleh nak skip sekarang ni. still lagi terliur nak ngap. tu pasal termasuk gak la dalam menu makan dni. later dni akan gantikan dengan chocodate. tadi terlupa nak buka bungkusan chocodate. tunggu besok malam lah dni pekena chocodate. nampak lazat betul ^__^






untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.



-