24 April 2021

BAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK CONNECT

 

Assalamualaikum, Salam 12 Ramadan. 

 

 

Membebel sikit... 😁

Dah nak sampai ke pertengahan Ramadan rupanya kita. Sedar tak sedar dah hampir 2minggu menjalani ibadah puasa. Nampaknya keadaan masih sama seperti tahun yang lepas. Dunia masih dilanda pandemik covid-19. Namun begitu ia tidak menghalang kita daripada meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Elakkan berkumpul dan sebaiknya tangguhkan  sahaja majlis yang berhimpun ramai orang bagi mengelakkan jangkitan dengan lebih meluas. Kita dah jaga kita, tapi orang pula yang tak jaga diri mereka. Susah juga. Haih!

 

Tibanya Ramadhan, tentulah sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang  ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.





Di kala pandemik tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, msyarakat yang terkesan dengan terbatasnya had pergerakan dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan orang ramai tidak perlu bimbang kerana di rumah juga kita semua dapat tunaikan kewajipan berzakat. Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor antaranya melalui perbankan atas talian, ezakatpay, atm, ewallet dan lain-lain lagi. 





Dini nak kongsikan dengan korang berkenaan dengan bayaran zakat secara mudah melalui laman talian Hong Leong Connect bagi pemegang akaun bank Hong Leong. Bayaran zakat akan disalurkan terus kepada pusat zakat. Jimat masa tenaga dan lebih terjamin sop. Tak perlu keluar dari rumah untuk menunaikan tanggungjawab berzakat. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jom kita study balik serba sedidik berkenaan Zakat Fitrah.



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

 




Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

 

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

 


 

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata: Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R: Al-Bukhary dan Muslim)




Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

 

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

info: Lembaga Zakat Selangor



 

Itulah serba sedikit berkenaan dengan Zakat Fitrah. Jadi, kepada yang pemegang akaun bank Hong Leong yang mahu mengeluarkan zakat bolehlah menunaikan ibadah zakat secara atas talian melalui laman sesawang Hong Leong Connet. Mudah sangat, kan? 24Jam tak ada had masa. Yang penting ada usaha dan niat.






CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK:

 

 

1) Pastikan korang mempunyai akaun di Hong Leong Bank. Log masuk ke Hong Leong Bank Connect

2) Klik pada butang Bayar & Transaksi

3) Klik pada Bayar Bil dibawah Pembayaran Bil

4) Klik pada Kategori dan pilih Zakat




 Zakat Cash Less Sempena 

Kempen Pay Smart Stay Smart


Sedang berlangsung sekarang Kempen Pay Smart Stay Smart yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang bulan Ramadhan bermula 13 April 2021- 12 Mei 2021. Terdapat banyak tawaran istimewa yang disediakan buat mereka yang membayar zakat secara cash less bagi menggalakkan masyarakat membayar zakat melalui kaedah ini.









Haaa... banyak hadiah menarik menanti. Jumlah keseluruhan bernilai RM15,000!







Mudah sahaja cara untuk menyertai kempen ini. Ikuti langkah berikut:

 

1) Lakukan bayaran zakat secara cashless atau atas talian melalui mana-mana cara seperti e-zakatpay, mobile banking, atm, e-wallet atau online@branch. Syaratnya mestilah secara cashless.

2) Isi borang berikut: http://bit.ly/zakatcashless2021 atau gunakan kod imbasan QR yang terdapat pada poster di atas.

3) Daftar e-zakat online di ZAKAT SELANGOR.



ZAKAT di Hati


Jom sama-sama kita ambil kesedaran untuk menunaikan kewajipan berzakat  bagi menyucikan harta yang kita perolehi kerana dalam rezeki yang kita terdapatnya rezeki orang lain. InsyaaAllah, Allah telah janjikan keberkatan dan ketenangan jiwa bagi mereka yang mengeluarkan zakat.





 Dengan zakat inilah Lembaga Zakat dapat membantu ramai orang yang tidak berkemampuan dan asnaf. Jadikan Zakat dekat di hati kita. 



👉Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari:

👉Tunai zakat anda di: 

📌Facebook: Zakat Selangor
📌Instagram: @zakat selangor

📌Telefon: 1 300 88 4343
 
 
 
 
Salam Ramadhan al-Mubarak. Selamat menunaikan ibadah zakat 😊 Semoga segala amalam kita semua diberkati Allah swt, aaamin.

22 April 2021

OPTOM EYECARE PAKAR OPTOMETRIS DAN CERMIN MATA

Assalamualaikum. Hai korang!


Lama betul Dini tak pakai spek mata lepas spek mata Dini patah tahun 2019 sebelum pindah ke Terengganu. Masa di Miri Dini kerja. Setiap hari perlu keluar dari rumah. Selalunya pakai spek mata sebab Dini silau. Keluar kerja waktu tengahari dengan jemput anak pulang dari sekolah boleh buat Dini rasa senak biji mata gitu bila kena cahaya matahari panas terik. Nak tak nak Dini kena pakai spek mata jenis bertukar jadi gelap bila kena cahaya matahari. Spek silau orang panggil, kan? Silau ni boleh bikin migrain tau. Fuh! Itu yang rela pakai spek dari tak pakai.


Namun, selepas berpindah ke Terengganu Dini dah tak kerja. Keluar dari rumah pun jarang sangat kerana PKP. Tambahan pula Dini dah tak kerja. Dah tamat PKP pun Dini masih tak ke mana-mana juga kerana ada anak yang masih kecil. Duduk rumah tak pun mengekor ikut ke kedai tunggu dalam kereta je. Jadi kurang sangatlah Dini terkena cahaya matahari secara terus. Punca dah tak pakai spek mata sebab dah patah. Makanya adalah terasa nak miliki spek mata baru. Cuma belum berkesempatan ke kedai spek mata lagi. InsyaaAllah, soon...


Blogger Qaseh Dalia di hadapan Klinik Optom Eyecare


Mesin scan belakang retina



Mesin check mata macam kat kedai spek biasa

Mesin untuk check jumlah power dan silau



Duk usha usha pasal spek mata Dini baca pengalaman beberapa orang rakan blogger ke Optom Eyecare. Teruja Dini tengok bilik rawatan yang mereka kongsikan di sana. Wahhh! Canggih betul nampaknada mesin-mesin khas untuk check kesihatan mata. Pastu dni buka website Optom Eyecare. Haaa tu dia... Patutlah canggih. Sebab kedai spek ni sebenarnya klinik kesihatan mata khusus untuk health screening dan theraphy untuk vision. Terbaiklah!



Dini tengok di blog Ummi Nani yang dah buat pemeriksaan di sana, katanya bila buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare bukan sahaja kita boleh analisis kesihatan mata bahkan juga kesihatan tubuh badan. Sebabnya mesin di sana boleh kesan salur mata yang bermasalah. Jadi dengan keadaan salur mata tu boleh kesan kita ada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kena buat checkup dulu baru bagus nak pilih spek.



Tengok ni.. isk kalau kedai spek biasa memang tak adalah nak check salur mata begini kan. Check power mata je lepas tu terus pilih bingkai. Kalau ada masalah mata yang lain, tak dapat nak kenal pasti.


Haaa tengok, siap detail betul pemeriksaan yang dibuat kat sana. 



Pemeriksaan macam ni sangat bagus terutamanya bagi orang tua yang berisiko ada diabetis dan kolesterol tinggi. Sebabnya mereka tak boleh pakai spek dengan sekadar chek mata di kedai spek biasa tu. Jangan sebab nak jimat, kita abaikan kesihatan mata. 


Spek mata untuk anak yang tahan lasak. Anti-bluelight untuk jaga kesihatan mata sepanjang penggunaan gajet. 


Anak-anak zaman sekarang pun banyak terdedah dengan gajet. Nak tak nak kena gunakan gajet sebab sekarang dah tak macam dulu. Sistem pendidikan banyak perlu guna pakai gajet. Jadi, bolehlah bawa anak-anak sama buat pemeriksaan mata. Sebab terdedah dengan gajet ni selalunya mudah kena silau. Kesian anak-anak tak pandai nak describe diorang tak selesa mata tu macam mana, kan.. yang ada masalah juling pun eloklah bawa ke klinik pakar kesihatan mata seperti Optom Eyecare. Barulah diyakini resultnya.






Oh ya. Nak pakai spek. Mestilah kita nak spek tu sesuai dengan bentuk muka terutamanya yang berhijab. Aaaah mau tak spoil mood kalu tudung jadi kembang sebab spek, kan? Duh daku mengerti sangat perasaan itu. Tadi dah tengok mesin canggih check mata. Hah ni ada lagi aplikasi canggih untuk tentukan bentuk spek mata yang sesuai dengan muka kita. Boleh customize nak letak nama dan juga blink blink. Aplikasi ni akan ukur bentuk muka, hidung, mata dengan tepat bagi mendapatkan saiz yang tepat dan paling sesuai untuk pemakai. Pilih je warna, frame, plastik ke besi ke macam mana yang berkenan di hati.




Nak ke sana mudah je. Optom Eyecare ada  dua cawangan tau. Satu di Bangi dan satu lagi di Alor Setar. Korang boleh berkunjung ke sana mana-mana yang berdekatan.

1) Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.


Alamat Bangi: No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)


2) Cawangan Mergong, Alor Setar Kedah. 


Alamat Kedah: No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.



Website: http://www.optom.com.


Facebook: http://www.facebook.com/optombangi


Instagram: http://www.instagram.com/optombangi


Antara pilihan jenama untuk spek mata di Optom Eyecare


Klik je link di atas untuk maklumat lebih lanjut. Dini pun tak sabar nak buat pemeriksaan mata ni. Jom sama-sama pilih untuk buat pemeriksaan mata di Pakar Kesihatan Mata yang bertauliah. 






25 March 2021

Mid Valley Megamall menawarkan penjimatan hebat pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!



Rakyat Malaysia kini kembali mengunjungi pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan yang diidami sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19.





Oleh itu, Mid Valley Megamall KL bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan e-baucar menarik dengan potongan harga sehingga 60% daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!







Para pengunjung di Lembah Klang yang ingin ‘menghadiahkan’ diri mereka sepasang kasut baru yang cantik dari JD Sports boleh memilih tawaran 'Me Time Bundle', manakala pasangan yang mengunjungi pusat membeli-belah tersebut boleh menikmati 'Sweet Date Bundle' di mana mereka berdua dapat menikmati sesi urut kaki yang melegakan di Thai Odyssey.







Bagi ibu bapa yang bersiar-siar bersama anak-anak, mereka boleh memilih ‘Family Fun Bundle’. Tawaran ini pasti akan menggembirakan si kecil setelah mereka menjamu selera di Pizza Hut, mendapatkan buku kegemaran dari MPH Bookstore dan menikmati aiskrim yang menyegarkan dari Baskin-Robbins.


Buat mereka yang inginkan staycation, tawaran dari Cititel dan The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences pasti menarik hati. Hotel-hotel ini terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall KL dan amat sesuai sebagai tempat istirehat setelah berjalan-jalan di pusat membeli-belah.


Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran* ini yang boleh ditebus di Mid Valley Megamall KL:


Tawaran

Butiran

Harga asal

Harga promo

Mid Valley Megamall: Me Time Bundle

1x baucar tunai Sushi Jiro bernilai RM30 

1x baucar urut separuh badan selama 30 minit di Siam Oasis

1x baucar tunai JD Sports bernilai RM50

RM138

RM55

Mid Valley Megamall: Sweet Date Bundle

2x baucar urut kaki selama 60 minit di Thai Odyssey 

1x baucar tunai Chili’s Grill & Bar bernilai RM50 

1x baucar tunai HYPE bernilai RM50 

RM276

RM130

Mid Valley Megamall: Family Fun Bundle

1x baucar tunai Pizza Hut bernilai RM100

1x baucar MPH Bookstore Books & Stationery bernilai RM100 

1x baucar tunai Adidas bernilai RM100 

4x baucar Baskin-Robbins Single Regular Scoop Ice Cream

RM346

RM160

Cititel Mid Valley

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Superior Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM303

RM138

The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM390

RM208


Tawaran ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega, festival membeli-belah mega pertama pada tahun 2021 di rantau ini. Berlangsung hingga 4 April, kempen ini menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4, tawaran diskaun dan baucar 95% setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee di mana para peserta memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul.


Selain itu, anda berpeluang memenangi 44,444 Syiling Shopee apabila anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam dompet ShopeePay anda.


Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti, iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.


Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam. Acara ini akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Dato’ M. Nasir.


Acara membeli-belah ini akan memuncak pada 4 April dengan penampilan Midnight Madness dari 12 tengah malam - 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi. Kumpulan gadis K-Pop terkenal di dunia, Mamamoo, yang dipilih menjadi 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam - 11 malam.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari - https://shopee.com.my/m/4-4 


*Jangan lupa untuk membaca terma dan syarat serta tempoh sah bagi baucar-baucar ini.


-TAMAT-

16 March 2021

COSMODERM SKIN-LAB PERFECT BALANCED REVIEW

Kotak pink yang comel dan menawan dan sampai! Teruja sungguh bila unboxing kotak pink ni. Cantik! Serius cantik sangat. Tengok rakan-rakan blogger tunjuk kotak pink mereka masa parcel Dini belum sampai hari tu rasa, aduhhhhh! Cantiknya... tak sabar nak dapat kotak pink sendiri. Design lawa, packaging cantik. Siap berebut pula kotak pink tu dengan Darwish. Tiap hari dia tanya bila mama nak siap ambil gambar sebab dia nak kotak pink tu kat dia. 


Inilah dia set Cosmoderm Perfect Balanced. Ada 4 langkah penjagaan kulit yang kita boleh apply dengan mudah sebab dah ada sesiap dah nombor pada packagingnya. Senang sangat nak guna bagi mereka yang selalu ragu-ragu nak guna produk yang mana satu dahulu. Sesuai sangat dengan hashtag #skindependence. Istimewanya set penjagaan wajah ini mengandungi prebiotik dan calamin. Fungsinya adalah untuk:

Prebiotic: meningkatkan pertahanan semulajadi kulit dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit yang sihat.

Calamine: membantu menenang dan melegakan kulit daripada kemerahan.
 
 
 
 
STEP 1: PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER
 
Formulasi pembersih wajah sulfate-free yang membersih liang pori dan menyucikan kulit dengan melegakan kemerahan dan meningkatkan kadar penyerapan dalam kulit dari bahan berkhasiat yang lain.Mudah je cara gunakannya. Cuma basahkan kulit muka dan leher, sapukan clenser dan buat double cleansing sebaiknya. Bilas dengan air bersih.




STEP 2 : PERFECT BALANCED TONING LOTION
 
 
Langkah kedua set penjagaan ini dengan menggunakan Toning Lotion yang bertindak dalam menyeimbangkan PH kulit. Ia mampu memperbaiki dan melembapkan kulit. Toning Lotion ni mesti goncang dahulu sebelum digunakan tau kasi sebati. Kemudian boleh sapu rata pada kulit dap dap atau guna kapas muka.



STEP 3 : PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM
 
 
Haa... ini langkah yang ketiga iaitu Soothing Wow Cream. Krim ni adalah krim pelembap yang melembapkan kulit dengan 3 kali ganda menggunakan teknologi Water In Oil. Boleh digunakan sebagai krim siang dan juga malam.



STEP 4 : PERFECT BALANCED  SUN MILK SPF25PA++
 
 
 
Langkah terakhir ini yang paling penting sebab ramai yang skip. Sun Milk ni bertindak sebagai perlindungan sinaran UVA & UVB. Walaupun kita berada di rumah, kita tetap terdedah dengan sinaran UV. Jadi, duduk di rumah pun mesti sapu juga tau. Tambahan pula krim ni juga mampu merawat kulit kering dan melegakan kulit daripada sunburn.
 
 


Untuk pengetahuan korangg, semua produk Perfect Balanced tidak mengandungi paraben, bebas dari wangian dan warna artifikal serta telah diuji secara dermatologi. Semuanya boleh didapati di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terpilih. Paling mudah, beli sahaja secara online sama ada di website Cosmoderm atau di Shopee.

08 March 2021

Selamat Hari Wanita 2021


Beberapa hari ni asyik rasa nak makan kek batik. Nak buat sendiri, tak ada masa. Dapatlah idea cari dalam group facebook servis delivery kek batik sekitar Kuala Berang. Pucuk dicita ulam mendatang, terjumpa post S&Zlicious jual kek batik comel comel boleh cod juga. 






Terus buat pesanan 3biji kek untuk jiran-jiran sama. Masa tu tak tahu lagi esoknya tu hari wanita sedunia. Kiranya saja buat pesanan sebab teringin nak makan kek. Rupanya besoknya tu ada hari istimewa. Maka bila dah dapat kek yang dipesan, daku ucaplah selamat hari wanita buat jiran-jiran ohsem semua. Hehehe..




 

Kek dia cukup rasa. Tak terlalu manis. Tak keras. Banyak Darwish makan hari tu. Sedaplah maknanya. Sebab Darwish ni makan memilih. Kalau dah makan banyak slices tu maksudnya dia sukalah. Nanti mama boleh repeat order lagi.




Mama pula jenis suka kek batik yang tak ada rasa kruk krak biskut marie tu. Kiranya menepati kriteria kek batik yang mama suka. Alhamdulillah, semua suka. Berbaloilah mama order kek batik yang kebetulan bersempena Hari Wanita. 



Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita-wanita yang membaca blog mama ni.