28 July 2012

Resipi Daging Rusa Panggang Berempah

-



kemain hari ni rasa nak pecah kepala fikir nak masak menu apa untuk berbuka puasa. memang masak ni tak delah susah sangat... yang susahnya nak buat keputusan apa yang kita nak masak. bila dah blur tak tahu nak masak apa, mulalah google bagai.. belek buku resipi... end up tak dapat buat keputusan juga. kena tepuk dada tanya selera barulah menjadi. disebabkan asben dni dok cakap ikut suka dni nak masak apa... dni sendiri pun blur. last-last dni cakap kat dia dni nak makan daging panggang.



sebab pagi tadi asben ada belikan pemanggang elektrik untuk kegunaan ketika berpantang. senang... so boleh guna buat panggang daging. tak perlu guna pemanggang arang tu. kami duk kawasan perumahan teres je... tak de laman pulak tu... nak memanggang huishhh tak tahu nak buat kat mana... syukurlah zaman skang ni segala teknologi moden ada... siap boleh memanggang guna elektrik pulak. thank you asben ku sayang!






yang comelnyeee, asben dni buat dari A to Z. dari basuh daging sampailah ke perap daging, pastu tukang panggang daging pun dialah juga. hehehe... semangat dia guna barangan yang baru dibeli. syukur jugalah dapat suami yang ringan tulang membantu isteri yang sarat mengandung nih. masakan dia sedap-sedap pulak tu...



ekceli dni tak tahu nak share resipi cemana... sebab bahan perap ni boleh guna apa sahaja... macam tadi, asben dni guna:


  • 3-4 sudu kecil rempah satay
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1cm halia*
  • 1biji bawang putih*
  • 2-3 biji bawang merah*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 1-2 batang serai*
  • garam secukup rasa


kisar semua bahan bertanda *, campur dengan serbuk satay, jintan manis, dan jintan putih pastu peraplah dengan daging dalam 3-4jam ^__^ kasi segala rempah tu menyerap sebelum dipanggang.. lagi bagus kalau perap dengan lebih lama.. dan... kalau korang nak tahu, ni daging rusa tau. bukan daging lembu... selalu makan daging rusa sejak duk miri. dulu dni tak pernah rasa daging rusa... mula-mula nak cuba tu risau gak kut-kut tak best ke apa... rupanya best! hohohhh.. nak wat cemana kat sini susah nak dapat daging lembu... dijual di pasaraya milik orang bukan Islam... bila dah was-was tu susah la nak beli, kan? gamaknye makan daging rusa je lah kat sini. but it's okay... sebab ianya sedap!



-

Day 7 | Berpuasa ketika hamil

Link
-



lepas cari barang-barang baby semalam, tetengok jam dah dekat jam 4petang. mulanya asben macam nak dni masak je juadah berbuka tapi disebabkan penat, dan dah lewat... so kami buat keputusan untuk beli je juadah berbuka puasa di bazar berdekatan... kat stadium miri. banyak betul gerai yang menjual makanan dan minuman. tu la kali pertama dni ke bazar kat stadium. hehe... akhirnya dni beli nasi beriani.. asben pun sama :) menu bersahur dan berbuka dni pada hari ke-7 Ramadhan adalah:




BERSAHUR :
  • sepinggan nasi berlauk ayam percik
  • segelas air soya
  • 3biji kurma
  • air masak






BERBUKA :

  • nasi beriani (makan setengah je... tak abis, huhu)
  • sedikit ayam pandan
  • air kelapa
  • 3biji kurma
  • air masak

buah tin YuTa


(selepas waktu berbuka - 11 malam)
  • supplement (vco, fish oil, wum, vitamin c, susu kambing tablet)
  • air masak
  • 5biji kurma
  • 4biji buah tin


untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


-

27 July 2012

Diapers for baby newborn!

-



hari ni dni ngan asben nak jalankan misi untuk shopping barang baby yang mana diperlukan untuk dibawa ke hospital... lampin pakai buang untuk newborn kami belum beli lagi... pastu pad untuk dni sendiri pun belum dibeli. hihihhh... hari tu asben berkenan nak beli yang huggies tapi tengok lah hari ni camana... kut2 berkenan yang lain ke... t dah beli dni blog later :)








diapers bag pun belum dibeli... breast pump pun tade lagi juga... ramai guna AVENT tu kan? mak aih satu set rm500lebih... tengah kumpul duit nak beli nih. haha.. kalau ada brand yang lagi murah maybe beli yang tu la kut... stakat ni tak jumpa yang lain... dok nampak AVENT je... korang beli diapers untuk newborn dan breast pump jenama apa? boleh share dengan dni? ^__^




-

Kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas

-




Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran" Oleh sebab itu, membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran





sekiranya kita kehilangan sesuatu barang atau terlupa meletakkan barangan tersebut, boleh amalkan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 21x dengan yakin dan ikhlas. InsyaAllah barangan tersebut akan ditemui...




selamat beramal!
^__^



-

Resipi | Biskut Cornflakes

-


tiba musim raya je gerenti biskut cornflakes antara biskut raya yang mesti dibuat oleh umi dni dan dibantu oleh adik-beradik. resipinya begitu simple... cuma masukkan cornflakes je... pastu hias dengan buah ceri atau nak letak choc chip ke apa ke terpulang... yang paling best, biskut ni rangup!






resipi untuk buat biskut cornflakes sama je kat mana-mana buku atau kat internet. tapi yang ni dni copy daripada website My Resipi sebab kitab resipi yang selama ni dok guna buat biskut tu kepunyaan umi dni. mana boleh rembat umi punya. hihihhh... so dni google aje. kalau biskut sarang semut, nak kena mintak resipi dengan umi sebab resipi tu memang sedap tahap maxxx lah! sedara-mara sume suka biskut sarang semut yang umi dni buat termasuklah kengkawan. okay jom kita tengok cara buat biskut cornflakes.




Bahan-bahan :

  • 250gm butter (1 buku)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
  • *Papercup dan ceri untuk hiasan

Cara-cara membuatnya :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan tepung dan cornflakes.
  • Sudukan ke dalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min.





kalau tak nak guna papercup, just tekap-tekap je guna acuan yang cencomel atau jadikan biskut tu bulat-bulat macam dalam gambar kat atas tu. biasanya dni buat bulat-bulat cemtu je. senang nak buat dan senang nak makan... ^___^ selamat mencuba!



p/s:
dni tengah berangan nak buat biskut cornflakes minggu ni ;p




-