Showing posts with label reviews. Show all posts
Showing posts with label reviews. Show all posts

22 December 2020

BEGEDIL HIGH PROTEIN KIMBALL

 


Assalamualaikum dan hai hai hai korang! 


Ada yang dah tengok ig story Dini tak? Mesti dah tengok tu kan? Dini ada kongsikan hari tu video Dini buat unboxing satu kotak besar dengan riben hijau kuning dari Kimball Malaysia bersempena Kempen Kompem Gaya Malaysia. 



Alhamdulillah syukur sangat sebab Dini dapat pelbagai jenis produk keluaran Kimball dalam kotak istimewa tu. Jom tengok apa yang Dini dapat dalam kotak istimewa Kimball. Haaaa… inilah dia:




  • Sos Cili

  • Sos Tomato

  • Sos Tiram

  • Sos BBQ

  • Sos Cili Thai

  • Sup Tomato

  • Chick Peas (Kacang Kuda)

  • Tomato Puree

  • Foul Medammas (Kacang Parang)

  • Sos Spageti Tradisional

  • Spaghetti Pasta

  • Apron

  • 2X Pinggan Kimball

  • Welcome Card + Recipe Card




Apron & 2biji pinggan Kimball



Caption pada pinggan tu comel je… "Masak dengan Kimball la tu." & "Tambah ler lagi!" Hehehe...



Kad resepi & welcome card



Keluarga Dini memang gemar gunakan sos-sos jenama Kimball. Rasanya yang sungguh enak dan kena dengan selera tekak Malaysian ni. Selalu guna sos buat pencicah, perapan dan dalam masakan. Pastu masakan pun rasa enak macam dekat restoran. Sedap! Pastanya pun kami semua suka.



Kalau korang nak tahu, Kimball  merupakan produk tempatan keluaran Malaysia yang sudah terkenal sejak tahun 1970an lagi. Kompemlah rasanya digemari oleh masyarakat Malaysia. Setaraf dengan produk antarabangsa. Yang penting, ianya Halal.





Okay sekarang Dini nak kongsikan dengan korang satu resepi. Resepi ini Dini olah sendiri sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau diet. Hidangan ni menggunakan Kacang Kuda Kimball dan juga Sos Cili Thai Kimball. Kalau korang nak cicah Sos Cili Kimball pun boleh juga. Punnnn sedap!



Korang tahu tak? Dini baru je tahu rupanya Kimball ada produk Kacang Parang dengan Kacang Kuda dalam tin. Lepas cuba rebus kacang kuda Kimball satu famili Dini teruja sebab kacang kuda tu cepat lembut. Gebu.. sedap lemak-lemak. Teruslah terinspirasi buat resepi ni.





Tadaaa! Memperkenalkan… Begedil High Protein diberi nama. Begedil ni mampu mengeyangkan perut tau. Sebab tu Dini cakap tadi menu ni boleh jadi hidangan untuk diet. Nak makan macam tu sahaja boleh, cicah sos pun boleh, makan bersama menu lain pun juga boleh. Jom tengok resepinya:





Bahan yang diperlukan:


  • Setengah tin Kacang Kuda Kimball

  • 2biji ubi kentang saiz sederhana

  • 1tin tuna in chunk (ditoskan minyaknya)

  • Sedikit bayam brazil dihiris halus

  • 2biji cili padi dihiris halus

  • Setengah biji bawang besar dicincang halus

  • Sebiji telur 

  • Garam secukup rasa

  • Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball (untuk pencicah)




Cara-cara membuatnya:



Rebus ubi kentang dan kacang kuda Kimball terlebih dahulu, toskan kemudian lenyek hancur kesemuanya.




Gaulkan bersama kesemua bahan kecuali telur. Boleh masukkan garam juga jika suka. Dini tak letak garam dalam adunan ni.





Kemudian bentukkan begedil tu tak kisah nak buat membulat ke membujur ke… ikut suka koranglah ya. Dini suka bentukkan bujur-bujur.





Macam ni… dah ready untuk dicelup telur.





Telur tu kacau sebati dulu tau dan masukkan sedikit garam. Nak tambah pepper pun boleh juga.





Celup-celup pastu susun ke dalam loyang air fryer / oven. Nak goreng pun boleh tak ada masalah. 







Dini guna suhu 160'c selama 15-20minit. Ikut kesesuaian air fryer korang juga ya. Bakar sampai  begedil nampak kekuningan, kalau nak lebih garing tambah lagi 5minit. Seeloknya sejukkan dahulu sebelum dihidang sebab masa panas-panas tu begedil macam lembik. Tapi bila dan sejuk just nice je bentuk dia. Tak jadi mudah pecah macam ketika masih panas.






Yeayyy! Dah siap Begedil High Protein Dini. Bolehlah dihidang bersama Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball. Dini suuuuka sangat Sos Cili Kimball. Rasanya sangat berbeza. Secukup rasa sangat sosnya tu. Kalu buat burger mesti letak Sos Cili Kimball.  Sos Cili Thai pula Dini suka buat cicah keropok lekor, french fries, ayam goreng, cucur.. alahai kecur liur pula sebut banyak-banyak menu, hehehe… ha ni nak buat cicah dengan begedil. Nikmat betul. Cenggini haaa 👍🏻





Ada baaanyak lagi resepi masakan Malaysia bersama Kimball yang korang boleh cuba. Layari https://kimball.com.my/recipe.html



Dengan Kimball, masakan di rumah pun rasa seperti masakan restaurant. Kompem Gaya Malaysia. Seisi keluarga semua menggemarinya. Jom korang kita masak-masak guna resepi Kimball. 

Selamat mencuba!



Info lanjut: 

Website: https://kimball.com.my/ 

FB Page: KIMBALL MALAYSIA 





#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

08 December 2020

WATER BASED MOISTURIZER UNTUK KULIT KERING YANG TAK BERMINYAK DAN TAHAN LAMA - HANSAEGEE NATURE

Kulit kering dengan Dini tak dapat dipisahkan. Dini mengalami kulit kering sejak selepas bersalinkan anak pertama. Sebelum kahwin, kulit Dini jenis berminyak dan mudah juga naik jerawat. Sepanjang Dini mengandungkan anak pertama Dini tak pakai sebarang produk rawatan muka. Waktu tu rasa malas dan juga Dini ada terbaca mengenai apa yang kita sapu pada kulit mungkin boleh berikan efek pada bayi dalam kandungan. Maka sepanjang tempoh kehamilan Dini abaikan rutin skincare. Sekali haaa, kulit jadi kering kontang pula lepas bersalin. Macam musim kemarau, hehe. Padan muka, malas sangat kan...

 


 

Bila nak cari pelembap kulit je mesti Dini cari jenis water based sebab produk water based sangat bagus untuk kulit kering. Nak rawat kulit kering ni bukan senang. Kena rajin pakai pelembap setiap hari. Selalu baca tips memilih produk untuk kulit kering mesti cari kandungan utamanya adalah air. 





Dan Dini dah jumpa. yeay! Hansaegee Aqua Whitening Cream. Dini 'in love' sangat dengan pelembap muka yang satu ni sebab bila pakai je kulit Dini betul-betul lembap. Kandungan pelembap ni pun helok-helok belaka. Krim ni tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben tau. Jom cekidaut :

Water, Cyclopentasiiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-1-/1 Dimethicone, DMDM Hydantion, Perfume, Gardenia florida fruit extract. 




Tengok, kandungan utamanya water, kan? Tambahan pula krim pelembap ini mengandungi ekstrak herba dan minyak biji benih Camellia Japonica yang bagus untuk memperbaiki kelembapan kulit. Rumusan ini juga menjadikan kulit semakin cerah dan anjal serta bagus juga digunakan untuk melegakan kesan kemerahan akibat sunburn pada kulit. Sebabnya krim pelembab ni bersifat sejuk dan menghidrakan kulit. 

 

 

 

Sesuai sangatlah dipakai dalam iklim negara kita ni. Yang paling penting, ia bersifat non-comedogenic yang sesuai untuk kulit sensitif dan melindungi faktor penyebab berlakunya jerawat. Tak risau tentang jerawat dah. Tengok tekstur krim ni pun dah boleh nampak krim ni terrrsangatlah lembap, kan...






Cara pakainya mudah sahaja. Yang paling penting, cuci muka terlebih dahulu. Macam Dini, selalu pakai pada waktu pagi selepas mandi. Lepas mandi tentulah kita dah bersihkan muka, kan... Siapa mandi tak cuci muka sini Dini nak rotan! Haha.. 

 

 

 

 

Okay lepas tu ambil sikit krim pelembab Aqua Hansaegee oles pada kulit muka dan urut lembut sampai rasa keluar titisan air halus. Kemudian dap dap je bagi titisan-tisan air tu meresap elok dalam kulit. Alaa... tampo-tampo manja camtu. Jangan duk tampo laju-laju lah karang ada juga yang berbekas setepek tapak tangan kat muka. 

 

 

 

 

 

Jangan lupa pakai pelembap siang dan malam di muka dan leher barulah lembap sokmo kulit tu. Sebelum pakai pada kulit muka kalau risau tak sesuai ke apa, cuba dekat tangan dulu dalam beberapa hari. 



 

 

Nampak, kan water drop tu? Wow!



Pemakaian pelembap ini secara konsisten dapat mencerahkan kulit dari dalam kerana Aqua Whitening Cream mengandungi  kandungan Niacinamide iaitu vitamin B3 yang sangat bagus bertindak mencerahkan serta mampu mengawal sebum/ minyak pada kulit wajah. Oleh sebab itu, tona kulit akan jadi lebih bagus, cerah, sihat dan berseri. Tak adalah nampak kesan kulit menggelupas dan garis halus lagi. Tak nak lah nampak kulit lebih tua daripada usia sebenar, kan? Nak cantik kena rajin. Kalau malas, tak mampu den nak nolong aiiii.


Bau krim pelembap ni wangi tau! Bau macam... Hm.., namanya aqua.. haruman macam aqua gitu. Boleh imagine tak baunya? Bau fresh. Yes! Fresh! Korang pun mesti suka jugalah pelembap aqua ni sebab teksturnya pun ringan je tak rasa melekit.

 


Testimoni


Dini dah pakai selama seminggu pelembap ni. So far, Alhamduillah tak ada kesan sampingan. Helok je kejadiannya. Kulit rasa fresh. Bila tengok cermin tak nampak dah garis-garis kulit kering. Maklumlah biasanya Dini suka skip sapu pelembap bila dah jadi surirumah. Kekononya boleh cantik semulajadi uhwekkkkk sangat. Memang tidok leeee. Kena pakai produk rawatan wajah juga kalau nak jaga kesihatan kulit. Komen Dini mengenai Hansaegee Aqua Whitening Cream:


  • Mudah meresap dan tak melekit
  • Harum segar bau dan rasa kulit
  • Kurangkan garis-garis halus
  • Liang pori pun kurang jelas kelihatan dah (sebab kulit Dini terlampau kering)
  • Jerawat tak ada naik
  • kulit nampak lebih cerah
  • Bila pakai waktu makan, bangun pagi tu rasa glowing je kulit awwww!
  • Pakai masa duduk rumah pun selesa sebab tak berminyak, kalau makeup pun tak bercapuk. 
  • Lagi best bila gabungkan dengan Hansaegee CC Cream 
  • Suka tengok efek water drop masa tengah sapu pelembap
  • Hansaegee dah jadi produk penjagaan kulit favourite Dini!



Tengok ni Dini pakai krim aqua dekat rumah. Tak mekap pun. Cuma Aqua Whitening Cream + oles lipbalm. Simple gaya suri rumah. Hehehe...









Yang ni pula Dini ready nak keluar rumah. Jadi, Dini add on CC Cream dari Hansaegee Nature juga dan pakai lipmatte dan blusher. Satu sebelum keluar rumah, satu masa kat taman tengah berpeluh main dengan famili. Haaa... makeup tetap nampak glowing dan tak bercapuk, kan? Sukaaaa sangat! Tak susah-susah nak touch up dah. kecuali kalau makan makanan berminyak, comot lah sikit lipmatte tu kan. Topup lipmatte je lah, gitewwww.



Korang yang rasa nak cuba juga dapatkan krim pelembap Aqua dari Hansaegee boleh tekan link di bawah. Dijamin authentic:



 

🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



28 November 2020

HADIAH BERNILAI RM1000 KEMPEN ZAKAT SAHAM 2020 UNTUK DIMENANGI

Zakat Saham? Itu soalan pertama yang berlegar-legar dalam fikiran Dini lepas je baca info mengenainya. Rupanya pelaburan saham pun dikenakan zakat. Selama ni tak pernah ambil tahu pun mengenainya sebab Dini tak ada melakukan jual beli saham di mana-mana intitusi kewangan kecuali ada simpanan dalam bank sahaja.






Sebab itulah yang buat Dini jadi kurang cakna. Ternampak ada KEMPEN ZAKAT SAHAM oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR hari tu, barulah Dini cari gali lebih sikit mengenainya. Jomlah Dini kongsikan serba sedikit perihal zakat saham di sini untuk korang yang mana belum tahu. Kot-kotlah kan dah layak bayar zakat saham haaa boleh terus tunaikannya secepat yang mungkin.








Bagi memenuhi kriteria zakat dikenakan ke atas pemilik saham dan pelaburan, nisab portfolio pelaburan tersebut mestilah cukup haul iaitu genap tempoh 1tahun pemilikan. Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat. Pelaburan tersebut juga mestilah halal dan mengikut syarak. Tidak kiralah pemilik saham itu adalah individu ataupun syarikat. 


Oleh sebab itulah Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ini supaya masayarakat lebih cakna berkenaan dengan zakat saham dan pelaburan. Ini bersesuaian dengan dalil yang mewajibkan pengeluaran zakat saham:


 “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

 

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

 





SIAPA YANG WAJIB ZAKAT SAHAM

Namun bukanlah semua pelabur saham mesti berzakat. Mereka yang wajib dikenakan zakat saham dan pelaburan adalah golongan tersebut:

  • Islam
    diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna
    mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu
    saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab
    Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul
    Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal
    Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal


Untuk lebih lanjut mengenai topik ini boleh baca selanjutnya di laman web Lembaga Zakat Selangor. ( Klik Di Sini )

 


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT SAHAM DAN PELABURAN

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

  • Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
  • Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

 

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

  • Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
  • Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
  • Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500





Bagi mengira zakat saham dan pelaburan denganl lebihjelas boleh buat pengiraan di sini : KALKULATOR ZAKAT SAHAM

 

 

 

 

 

PENYERTAAN KEMPEN ZAKAT SAHAM LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Bermula 15 September sehingga 30 November 2020 Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan satu kempen zakat saham yang terbuka kepada pembayar zakat saham di LZS. Setiap peserta hanya layak menyertai 1x penyertaan sahaja dengan menjawab beberapa soalan mudah  dan layak untuk memenangi hadiah bernilai RM1000. Antara tawaran menarik yang menanti penyertaan adalah:

  • Hadiah Utama: 1X Telefon Bimbit bernilai RM1000
  • Hadiah Kedua: 1X Tablet bernilai RM600
  • Hadiah Ketiga: 3X Voucher AEON bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati: 5X Cenderahati oleh Lembaga Zakat Selangor

 

CARA PENYERTAAN:

Ikuti langkah-langkah penyertaan Kempen Zakat Saham seperti berikut:

1. Lakukan pembayaran zakat saham di mana-mana kaedah berikut:

Laman web Lembaga Zakat Selangor :  http://fpx.zakatselangor.com.my/

25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor

Mana-mana ejen kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor


2. Setelah pembayaran Zakat Saham dilakukan, buat imbasan bar code seperti dalam gambar di atas (langkah 2). Boleh juga layari laman berikut untuk menjawab soalan ---> bit.ly/zakatsaham2020


3. Lengkapkan soalan mudah yang disediakan dan masukkan maklumat diri. Selesai.


Mudah sahaja, kan? Kepada semua warga Selangor yang layak menyertai kempen ini di. Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak Lembaga Zakat Selangor. Tunaikanlah zakat bagi yang layak mengeluarkan zakat kerana ianya adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan dalam Rukun Islam yang ke-4. Bersihkan jiwa sucikan harta, InsyaaAllah diberkatiNya.

 








Laman Web:  www.zakatselangor.com.my

Facebook: zakatselangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: zakatselangor

Telefon: 1 300 88 4343

 

 

 

 

.

 

 

16 October 2020

Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra Yang Selesa dan Tahan lasak

Salah satu benda penting yang mommies mahukan semasa mengandung dan menyusukan tentunya untuk memiliki bra yang selesa dan mudah digunakan. Kalau boleh, nak bra yang boleh digunakan 2 in 1 semasa mengandung dan juga menyusu. Tak perlu nak tukar bra lain bila habis fasa mengandung. Dini pun macam tu. Banyak kos yang perlu dikeluarkan kalau nak tukar-tukar bra khas masa mengandung dan khas untuk menyusu. 

 

Kan best ada bra yang selesa dan sesuai dipakai pada bila-bila masa. Hm... mana nak cari? Ada ke bra yang macam tu? Serius, ada! Maternity & Nursing bra dari Mamaway  jawapan kepada kehendak mommies. Sebabnya Dini sendiri dah pun cuba. Best sangat tau. Apa yang best tu? Ha... ini komen Dini lepas dah gunakan  Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra.

  • Ringan
  • Mudah untuk menyusu
  • Tahan lasak
  • Cantik!
  • Tak cengkam bawah dada
  • Berkualiti
  • Padding yang tak mudah tercabut
  • Pakai waktu tidur pun selesa 



Sebenarnya masa Dini dalam pantang hari tu ada kawan blogger yang syorkan pada Dini untuk cuba Mamaway seamless bra sebab Dini BF-kan baby. Selesa sangat-sangat katanya. Haih! Mula-mula tu tak boleh nak bayangkan selesa tu macam mana. Dah cuba barulah Dini faham, memang selesa. Ini dia keistimewaan Mamaway seamless bra yang dni nak kongsikan dengan mommies:


TIDAK BERDAWAI  

Rekaan Mamaway Seamless Bra tidak berdawai dan tahan lasak. Walaupun tak berdawai tapi ianya dapat menampung dan menyokong bahagian dada dengan baik. Jadi, bra ini selesa dipakai sewaktu tidur.  Ibu menyusu biasanya mengenakan bra sepanjang masa.


FABRIK & ANTI-BAKTERIA

Fabriknya bersifat germ-free, memeri, tidak mudah berpeluh dan mudah menyerap. Sangat selesa digunakan sepanjang hari. Tidak kiralah semasa mengandung, berpantang dan juga menyusu. Masa mengandung suhu badan kita jadi mudah berpeluh dan panas camtu kan? Pemilihan bra yang salah akan buat kita rasa rimas. Material yang digunakan untuk bra ini tidak memerangkap bau dan pengudaraannya juga bagus. Jadi, kuranglah rasa mengewap/berpeluh.




SPAN/ PADDING

Banyak jenis bra di pasaran yang mudah tercabut padding terutamanya bila dicuci menggunakan mesin basuh. Padding Mamaway seamless bra kukuh betul tau, ianya dijahit rapi dan tetap kekal ditempatnya walaupun dengan cucian mesin basuh.

 

 

 







SAIZ

Mempunyai pilihan saiz dari S-2XL. Tak perlu risau tentang saiz cup dah dengan Mamaway bra sebabnya kita cuma perlu pilih saiz mengikut ukur lilit sahaja kerana seamless bra ni mampu memeri sehingga 2-3 cups. 

 

Rekaannya sesuai dipakai walaupun semasa dalam tempoh kehamilan. Lazimnya pada bahagian bawah dada akan mengembang seiring dengan perut yang semakin membesar, jadi dengan adanya bra ini kita dah tak perlu tukar kepada bra yang lain.


Untuk pilih saiz bra boleh rujuk gambar disebelah. Pastikan ukuran yang paling tepat.



WARNA & CORAK

Terdapat 5 variasi warna yang boleh dipilih iaitu merah jambu, biru muda, nude, dusty purple dan juga hitam. Semua warna ni cantik-cantik belaka. Coraknya pun simple. Ada yang bercorak stripes ada yang plain. Semuana warna pastel. Boleh buat koleksi gitu.


REKAAN

Mamaway bra mempunyai rekaan mudahkan penyusuan iaitu terdapat klip yang mudah dibuka dan dipasang semula. Terdapat 4 baris cangkuk yang boleh dilaras dengan ukur lilit badan. Rekaan ballet pada bahagian belakang pula dapat memberikan sokongan yang stabil. Dah tak perlukan bra extender lagi.

 


Mommies yang sedang mencari bra serbaguna untuk kehamilan dan menyusu bolehlah cuba Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Bra. Dini rekomen mommies pakai bra ni, betul-betul selesa. Banyak lagi keperluan mommies yang terdapat di Mamaway seperti pakaian dalam, support belt,  bantal, bengkung, aksesori, pyjamas, baby sling dan banyak lagi.

 

Produk-produk Mamaway memahami dan menepati kehendak mommies kerana ianya direka oleh para ibu untuk membantu ibu-ibu mempermudahkan urusan seharian dan menambahkan lagi keyakinan diri sewaktu dalam tempoh mengandung dan juga menyusu. Dengan Mamaway, mommies dapat bergaya dengan lebih yakin dan selesa. Wah, terasa diri dihargai gitu. Untuk dapatkan produk-produk Mamaway boleh layari:


Official  Website: https://my.mamaway.com/ 

Seamless  Bra: https://my.mamaway.com/collections/lingerie-bra-panties

28 September 2020

MAMAWAY BABY SLING FAEDAH DAN PENGALAMAN MENGGUNAKANNYA



MAMAWAY BABY 
SLING | Sebelum ini Dini biasa guna baby carrier je. Itupun masa Darwish dah berusia 3tahun lebih. Dia malas jalan / takut jalan sendiri. Barulah kami suami isteri buat keputusan beli baby carrier sebab bukan semua tempat sesuai guna baby stroller contohnya pasar malam, gerai makan, dan juga pantai. Lebih senang guna baby carrier






Kali ni untuk adik Darwish, Dini nak cuba guna baby sling ataupun gendongan. Nampak macam lebih santai dan mudah digunakan. Nak pakai masa buat kerja rumah dan jalan-jalan untuk Dalisa. Lagi satu, baby sling mudah dicuci, cepat kering dan jimat ruang apabila disimpan. Masuk handbag pun muat. Makanya pilihan yang tepat untuk kemudahan dengan Dalisa adalah baby sling.






Duk usha-usha nak beli, Dini jumpa banyak info berkenaan dengan baby sling. Faedahnya penggunaannya memang banyak. Yang penting pilih baby sling yang betul dan berkualiti. 




Walaupun gendongan atau baby sling ni dah terkenal sejak zaman dahulu lagi, tapi kita perlu tambah ilmu agar tak tersilap guna yang boleh membahayakan bayi yang dikendong. Pendek kata, baby sling, baby carrier, baby stoller semua tu dah jadi 'gajet' golongan ibubapa. Sekurang-kurangnya perlu ada salah satu kerana gajet ini sangat membantu dalam mempermudahkan ibubapa menguruskan anak-anak terutamanya apabila di luar rumah.



(Berpoket)


Faktor pemilihan baby sling sangat penting untuk keselamatan bayi yang dikendong. Kita perlu menitik beratkan kualiti fabrik yang kukuh dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan bayi rasa selesa, tenang, selamat dan tak panas. Dalam banyak-banyak baby sling, Dini tertarik dengan baby sling dari Mamaway.






Dini pilih Mamaway Baby Sling corak  Tropical Fruits sebab berkenan dengan warnanya yang ceria dan juga unisex. Kemudian hari kalau-kalau ada rezeki adik Dalisa pula tak adalah nak kena beli baby sling yang baru. Hehehe... Kegunaan long-term gitchew! 





Lepas dapat je parcel dari Mamaway, terus Dini buka tutorial cara menyarungkan baby sling. Sabar sajalah ye Dalisa dengan mama yang terkial-kial nak biasakan diri sarung baby sling kat awak. Mama cuba dengan berhati-hati sebab Dalisa baru saja berusia 2bulan. Tak kuat lagi tulang badannya. Liuk-lentok lagi. Maka bermulalah episod baby wearing...




Nak guna baby sling pun bukan sebarang guna je tau. Mesti ikut tutorial yang betul dan juga ikut usia baby. Kalau pakai cara yang salah, boleh beri kesan buruk pada tulang baby, tau. Untuk usia Dalisa, Dini ikut panduan teknik pemakaian ala koala. Dalisa selesa dengan posisi tu macam nak burpkan dia. 





Fabrik baby ring sling dari Mamaway mampu menampung berat sehingga 50kg. Yang penting fabrik ni tak panas, bebaskan haba dan berkualiti premium. Sesuai untuk penggunaan cuaca di negara kita.  




Selain memudahkan pergerakan ibubapa, pemakaian baby ring sling juga mudahkan baby nak tidur sebab baby rasa selamat dan rapat dengan ibu/bapanya. Tambahan pula kain baby sling tu boleh dijadikan sebagai poncho ataupun nursing cover bagi ibu-ibu yang direct feeding. Dinilah salah sorang daripadanya. Anak-anak Dini semuanya tak nak menyusu botol. Bila berada di tempat awam atau ada orang datang rumah, kenalah cover bila nak menyusu. Ha... tak payah susah-susah dah sekarang sebab baby sling Mamaway ni pun boleh guna terus buat nursing cover. Multipurpose gitu.







Apa yang Dini dapat kenalpasti, bila Dalisa berada dalam baby sling, Dini dapat pantau Dalisa dengan mudah dan cepat daripada guna baby stroller. Mommies yang nak gendong anak masa buat kerja rumah pun boleh. Menyapu ke vacuum rumah ke menyidai kain ke. Kalau Dini, nak menyidai tak boleh gendong anak sebabnya kat jemuran tu tak ada peneduh. Panas matahari, jadi tak gunalah masa menyidai. Masa masak pun risaukan keselamatan di dapur. Jadi, lebih banyak guna baby ring sling masa di luar rumah.


Oleh sebab itu, Dini recommendlah pada mommies yang masih rasa berkira-kira nak gunakan atau tidak baby sling. Mesti cuba untuk kegunaan santai sebab mudah sangat nak pakai.


Mommies yang sedang mencari baby sling boleh dapatkan baby ring sling berkualiti di Mamaway tau. 


Istimewa buat pembaca ilhamdinidot com # mommies boleh gunakan promo kod : MAMABLOG-ARDINI untuk potongan RM25 dengan pembelian RM180 ke atas di laman web Mamaway.


 Info lanjut boleh layari:


Website: www.my.mamaway.com

Facebok: www.facebook.com/mamawaymalaysia

Instagram: www.instagram.com/mamawaymy